Tips Elak Gadget | Latih Anak Belajar Lagu Rakyat dengan Tepuk Amai-Amai Sing-and-Record Fun Book Dari Baba Baa

Assalamualaikum

Latih Anak Belajar Lagu Rakyat dengan Tepuk Amai-Amai Sing-and-Record Fun Book Dari Baba Baa | Since Baihaqi sudah ada koleksi pertama dari Baba Baa iaitu Rasa Sayang Sing-and-Record Fun Book, Marsha memang menunggu koleksi yang kedua dari Baba Baa iaitu Tepuk Amai-Amai Sing-and-Record Fun Book. Melihat minat Baihaqi pada koleksi pertama Rasa Sayang Sing-and-Record Fun Book, Marsha tanpa berpikir panjang terus dapatkan Tepuk Amai-Amai Sing-and-Record Fun Book untuk Baihaqi.

Lagu rakyat memang perlu didedahkan kepada anak-anak sebab ia akan mengingatkan kita pada zaman kecil kita dulu. Lagu rakyat memang tak lapuk dek zaman. Marsha memang salute dengan Baba Baa sebab keluarkan buku-buku lagu rakyat yang kita boleh dengar dan rakam kembali nyanyian. Jadi ia adalah proses pembelajaran yang positif untuk anak-anak. Ini juga adalah salah satu cara kita jauhkan anak-anak dari pengaruh gadget.



Kali pertama Baihaqi lihat Tepuk Amai-Amai Sing-and-Record Fun Book Dari Baba Baa ni dia amat 'suprise'. Mybe dalam hati dia cakap eh ni macam buku Baihaqi yang lama tapi warna lain. Tak sampai seminit udah direbutnya dari tangan Marsha....hahaha. Bila dah jumpa buku kegemaran dia memang tak boleh dibuat kira kata orang Kelantan...tengoklah video unboxing 😂😂. Tapi kat instagram ni tak full...








| Repost!! Korang Wajib Kenalkan Anak-Anak Dengan Lagu-Lagu Zaman Kita Membesar Dulu - Lagu Rakyat | Hmm tak puas hati sebab di IGTV video yang gigih di edit jadi gedabak..hahaha. . Jadi repost semulaa...walaupun kat IG ni dapat tengok separuh sebab lebih 1 minit. Tapi boleh sambung tengok di FB Marsha atau terus ke Youtube Channel Marsha 👉🏻 https://www.youtube.com/c/Marshalizadotcom . Tepuk Amai-Amai Sing-and-Record Fun Book adalah pilihan korang untuk kenalkan lagu rakyat kepada anak-anak. Buku ini ada fav book Baihaqi. Tengoklah betapa ‘tazabar’ beliau 😂😂 . Disertakan dengan helaian aktiviti yang menarik untuk anak-anak. . Eh mana nak dapatkan? Tentulah di http://www.bababaa.com/ & korang boleh ke @mybababaa untuk tengok promosi. . Baihaqi memang fav dia lagu rakyat ni sebab sebelum ni dah grab Rasa Sayang Sing-and-Record Fun Book. At the same time boleh alih perhatian dia dari TV & gadget. Memang seronok tengok dia menari 😘 . Apa tunggu lagi baik pi order sesiap. Memang best habaq ni 😘 #marshalizadotcom #tepukamaiamaifunbook #mommyblogger #parentingblogger
A post shared by Blogger & Media Influencer (@marshalizadotcom) on

Nak full meh singgah channel youtube Marsha 👇




Haa macam tu lah 'peel' Baihaqi bila dapat buku kesukaan & kesayangan dia. Ibu dia pun tak sempat nak cover ayu unboxing...hahaha. Jadi Marsha biarkan dia explore dengan buku baru kesayangan dia. Marsha memang suka Sing-and-Record Fun Book dari Baba Baa ni sebab banyak ciri-ciri yang sesuai untuk kanak-kanak. Antaranya:

Saiz Buku Yang Mudah Dipegang

Saiz buku yang tidak terlampau besar dan tidak terlampau kecil. Sedang-sedang sahaja untuk anak-anak berumur 1-3 tahun. Jadi tak terlampau berat untuk dibawa dan tidak terlampau ringan. Jadi saiznya amat sesuai dan selesa untuk kanak-kanak explore dengan lebih lanjut. Baihaqi memang bawa buku ni kesana kemari dalam rumah. Sambil dengar lagu rakyat kegemarannya.




Saiz Perkataan Yang Besar & Jelas

Ya....saiz perkataan yang digunakan dalam Tepuk Amai-Amai Sing-and-Record Fun Book ini menggunakan saiz perkataan yang besar dan jelas. Jadi anak-anak boleh baca dengan jelas. Memang sangat membantu.


Ketebalan Helaian Buku Yang Susah Terkoyak

Ini adalah ciri-ciri yang penting bagi Marsha. Ini sebabnya Baihaqi ini kategori ganas juga kalau baca buku. Kalau buku biasa yang helaian nipis tu memang akan koyak walau sikit.

Haaa....kan Marsha dah cakap tebal. Jadi possibility nak koyak tu sangat tipis. Dan buku ini boleh dibuat lasak...hihi



Halaman Berbeza Warna dan Terang

Setiap halaman dalam Tepuk Amai-Amai Sing-and-Record Fun Book ini mempunyai warna yang berbeza dan warna yang digunakan adalah warna terang yang memang akan menarik minat kanak-kanak bila pertama kali bertentang mata.

Ini juga membantu kanak-kanak seusia Baihaqi iaitu 1-2 tahun mengenali setiap helaian. Baihaqi boleh tau yang mana helaian lagu yang dia suka berdasarkan warna dan gambar. 




Butang Tekan dengan Grafik Menarik untuk 7 Lagu Berlainan

Pada Tepuk Amai-Amai Sing-and-Record Fun Book ni ada 7 butang tekan yang diwakili grafik atau gambar tersendiri menggambarkan lagu-lagu rakyat yang ada. Jadi kita boleh pilih nak dengar lagu rakyat yang mana dulu. Tak perlu ikut giliran..hihi.

Dengan butang grafik ni Baihaqi tau pilih mana lagu kegemaran dia. Marsha akan tau dia gemar sesuatu lagu bila dia mainkan berulang kali...hehehe


Butang Play, Record, Play Recording, & Off

Tepuk Amai-Amai Sing-and-Record Book ni mempunyai 4 butang yang penting. Ada butang Play, Off dan paling menarik ada butang Record dan Play Recording. Jadi boleh lah kita rakam suara anak-anak sambil menyanyi lagu rakyat yang ada dalam buku. Kami asyik rakam suara sambil menyanyi....hihi


Setiap butang ini ada fungsi dia tau:

PLAY : Mainkan lagu yang telah sedia ada dalam fun book
RECORD : Rekod nyanyian dengan mengikut minus 1 yang ada di dalam fun book.
PLAY RECORDING : Dah rekod, kita boleh guna butang ini untuk dengar kembali nyayian kita.
OFF : Setting bila nak simpan, Takdelah bateri cepat habis.



Tepuk Amai-Amai Sing-and-Record Fun Book ini hanya gunakan 3 biji bateri AAA untuk ON dan ianya mudah untuk kita cari bateri jika bateri habis. Senang je kan. Kedai runcit pun ada jual bateri AAA ni.


Aktiviti Tambahan Untuk Main Bersama Anak

Berserta dengan dengan pembelian Tepuk Amai-Amai Sing-and-Record Book, akan diserta dengan helaian aktiviti tambahan untuk kita luangkan masa buat aktiviti bersama anak-anak. Jadi more fun kita bersama anak-anak nanti. Ayah Ibu boleh 'take part' bersama anak-anak.


Haa...👆 sticker yang ada disertakan skali. Jadi kita boleh buat aktiviti bersama anak-anak. Lebih bermakna kan??

Bagaimana Nak Dapatkan?

Eh kacang je ni....hihi. Korang boleh dapatkan Tepuk Amai-Amai Sing-and-Record Fun Book ini di

Website


Facebook


Instagram



Jadi jom lah grab satu macam Baihaqi....sure gadget letak tepi pasni...hihi



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

9 Comments

  1. Tips yg bgus berbanding bg anak main smart fon saja.

    ReplyDelete
  2. I need this to reduce gadget time for my boy

    ReplyDelete
  3. memang bagus ada buku mcm ni...anak secara tak langsung jadi minat dan tak boring

    ReplyDelete
  4. Bagus ada buku macam nie untuk anak kan..

    ReplyDelete
  5. bagus ni..kalau tunjuk dekat anak-anak nad mesti diaorang suka juga..siap joget..hahaa

    ReplyDelete
  6. Menarik.. dah tengok harganya di website. Boleh lah buat tabungan nanti. Grab satu. Bagi budak budak kenal lagu rakyat juga kan

    ReplyDelete
  7. This is very edutainment, the kids can learn while having fun. Good one!

    ReplyDelete
  8. bestla. skrg dah ada set macamni. dlu dgr makkita je la yg nyanyikan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us