Kembara Turki Day 3

Alhamdulillah....hari ke 3 berada di Turki.
Negara antara yang mempunyai DUA BENUA.
Benua ASIA dan EROPAH. Unik kan?
Dihari yang ke 3 ni kami berada di salah satu negeri di Turki ni iaitu BURSA.
Hotel yang kami duduk ni namanya Gold Majesty Hotel.
Dapat bilik yang luas...untuk 3 orang...1 katil Queen dan 1 Single.
Meh tgk...........



Selesa kan biliknya??
Ni hentian pertama kami. Ada 4 hotel lagi menunggu ketibaan kami...hihi
Ok jom kita cerita tentang hari ke 3.

Bangun pagi jam 6 kami dah bergambar depan hotel..jam 6 pagi dah siang macam 10 pagi tau.
Kul 7 pagi baru lah kami sarapan.
Ok sarapan dia buffet tapi bukan macam Malaysia
Ada daging kebab, olive fruit, madu lebah dan sarangnya, berbagai jenis roti dan banyakk lagi.
Selepas selesai makan, kami checkout dan bergerak pusing BURSA dan terus ke PAMUKKALE.
Kami melawat Ulu Mosque, Green Mosque dan membeli serba sedikit souvenir di SILK MARKET.




*Jumpa mak cik sepupu 















Selepas pusing2 area BURSA...kami meneruskan perjalanan ke PAMUKKALE
Sepanjang ke Pamukkale pemandangan sangat cantik.
Penuh kiri kanan jalan dengan ladang gandum, ladang olive, hutan2 renek dan juga ladang anggur.
Subhanallah sangat mengujakan. Oh ya time ni Turki tengan awal SUMMER...suhu dalam 28 darjah celsius.



Alhamdulillah petang baru kami sampai ke Pamukkale setelah 6 jam dalam perjalanan
Kami singgah di Hierapolis
satunya tempat yang paling unik..tempat pembekuan mineral dan jadi lah 'cooton castle' ni
Meh layan gambar








 * Penjual eskrem

 *Ni la bas yang bawa kami



Gambar ada yang kena 'teleng' kepala...
Layankan je k...hikhikhik...
Dah lama jenjalan kami ke hotel untuk check in.
Kami ke Colossae Thermal Hotel di Karahayit, Pamukkale
Ni hotel dia...

Alhamdulillah...selesa....=)

Kemudian kami siap2 dinner dan rehat.
Untuk kumpul tenaga esok untuk perjalanan yang jauh...
Daa....zzz




0 Comments

Subscribe Us