Kembara Turki Day 5

Tido awal....sebab kami kenal bangun awal.
4 pagi waktu Turki (jam 10 pagi waktu Malaysia)
Awal pagi dah bangun semata-mata untuk menjalani aktiviti yang diidamkan.
Kalau group travel kami ada yang xjoin sebab yang ni optional.
Bayar asing yang ni...tapi memang nak sangat.
Memang spare duit lebih untuk buat aktiviti ni.
Mulanya Anith boleh join...tapi sebab angin agak kuat Anith xdapat join skali.
Jadi Anith dijaga tour guide kami tapi still g tempat yg sama.
Angin kuat??
Apa aktiviti kami agaknya di Cappadocia??
Haaa...........dah tau dah kan??
Ye kami nak naik HOT BALLON
Alhamdulillah tercapai juga impian.
Bayaran naik dia agak mahal tapi sebab bukan senang nak naik jadi pejam mata aje.
Bayaran?? USD 220 seorang.
Tapi berbaloi....meh layan pic....













 *Anith bersama tour guide dan kawan baik Anith bersama ibu nya yg tak naik


💎kami💎

Dah selesai menjalankan aktiviti yang AMAT MENYERONOKKAN INI kami pulang ke hotel.
Elok sampai hotel waktu breakfast.
Jadi kami terus breakfast.
Lepas breakfast kami naik rehat - mandi - bersiap then kul 9 berkumpul di lobi.
Masa kita melawat kawasan sekitar plak....
Kul 9 kami gerak mula2 ke satu bangunan kraftangan pembuatan tembikar.
Sangat unik dan mengujakan...
Pottery in Avanos Village



*cawan apple tea*





*ni la kedai dia

Actually sangat berkenan dengan kraftangan kat sana.
Tapi harganya uiii mahal.....tak berbaloi nak bawak balik.
Risau takut pecah dalam lugage bag.
Almaklum la kan....hahaha
Kemudian kami singgah dikedai perhiasan
Ada jual pelbagai batu permata
Ada yang boleh bertukar warna ikut keadaan
Jadi sangkut la dua tapi amik yang Torkuaz yang patern asli je.
Satu untuk Anith dan satu untuk marsha total 215 USD lepas tawar menawar.
Pic kat kedai permata tu xde...hihi
Ok lepas tu kami ke PASABAG VALLEY...wah cantik betul pemandangan di sini
Jom layan pic..








Kemudian kami ke Carpet Factory
Wah...teruja tengok pelbagai karpet dari pelbagai sumber
Ada dari cotton, silk, sutera pun ada
Tapi harganya.....makan beribu USD...mahai..hihi
Tapi kami amik juga 1 karpet sebesar sejadah.
Harga 100USD tu pun lepas tawar menawar.
Dibuat dari cotton yg agak kasar tapi corak asli Cappadocia.
Boleh la nak buat kenangan...layan pic lagiii...




Selesai urusan di Carpet Factory kami lunch dulu....hihi.
Gambar masa lunch xde sebab semua lapar...hihi
Kemudian kami dibawa ke Underground City of Kaymakli.
Ia dibina dibawah sebuah bukit...yup inderground yang amat unik dan mempunyai pelbagai bilik ikut keperluan. Ada bilik tidur, dapur dan banyak lagi.
Palin unik dia ada sistem keselamatan manual yang boleh mengelirukan pihak musuh.
Lorong2 yang sempit buat hati rasa xkeruan tapi akhirnya berjaya juga ke destinasi.
Layan gamabar k...





Setelah tgk City Undergroud tadi kami ke Unchisar Village.
Tengok uniknya rumah-rumah yang dibina dalam sebuah batu besar.
Sangat kagum...dan dalamnya sangat sejuk. Tak perlu aircond..hihi










Kami sampai ke hotel agak petang dan rest.
Lepas tu kami amik kesempatan jalan kaki di kawasan berdekatan sementara tunggu dinner.
Malam ada Belly Dance tapi kami tak join sebab budak mana bleh didedahkan lagi kan.
Lagipun ia bayar asing....naik HOT BALLON pun dah rasa sangat puas hati.
Lepas makan kami rest dan tido awal.
Esok nak travel lagi....nantikan Day 6 plak ye.

Adiosss....=)

4 Comments

  1. salam... waa bestnya!!! turki. tapi ada pic yang senget, senget kepala nak tgok. heehehe.. on day saya pun akan sampai ke sini. amin.. akak, saya nak akak join ni.. liebstar awards!! sila la klik disini.

    http://isabellaidura.blogspot.com/2014/09/liebstar-awards-dapat-award-kah-saya.html

    salam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Akak doakan sis akan jejak ke turki tak lama lagi..amin. Ok sis akk join...tq nominate akk..m��

      Delete
  2. Akak...ada nama akak. Tp entry liebstar award yang lagi satu. Saya tunggu tau.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us