Cara Mudah Buat Brownies Kedut versi hakakAni Pasti Jadi

Assalamualaikum

Brownies menjadi viral sekarang ni. Brownies ni sejenis kek juga tapi jenis kek yang 'berat' tapi sedap buat kudapan. Ianya tak muak seperti kek biasa. Anak Marsha memang suka makan brownies ni. Ia nya lembut dan tak puas makan. Asyik nak kudap-kudap je. Sebenarnya banyak resepi cara buat brownies kedut ni. Tetapi Marsha tertarik pada satu-satu nya resepi yang bagi Marsha tak renyah. Tak perlu guna mixer dan hanya gaul-gaul je. Apa resepi dia? Meh Marsha share | Cara Mudah Buat Brownies Kedut versi hakakAni Pasti Jadi

Cara Mudah Buat Brownies Kedut versi hakakAni Pasti Jadi

Buat pengetahuan korang, resepi ini Marsha dapat dari rakan seperjuangan jual shaklee juga iaitu hakakAni dan dia halalkan resepi ini juga untuk korang guna. Jadi kalau korang nak guna resepi ini boleh je ambil je tau...hihi. Kalau korang nak tahu, resepi ni tak perlu nak guna bekas banyak-banyak. Ni yang marsha suka...hihi

Sebelum Marsha cuba resepi ni, Marsha dah cuba beberapa resepi lain tetapi semuanya hampa. Semuanya tak menjadi. Jadi bila resepi kali ni menjadi memang Marsha lompat bintang lah! Pastu anak pun cakap sedap lagi lah suka bangat...hihi.

Kenapa Marsha cakap resepi ni tak perlu guna bekas banyak-banyak? Resepi ni SESUAI UTK ORG YANG MALAS NK BASUH BEKAS BANYAK2. Sebab resepi ni x perlukan kita cairkan coklat + butter dahulu. Semuanya kacau terus periuk ikut step. Hakak suka! Yang penting ianya menjadi dan sedapp


BROWNIES KEDUT CHEWY FUDGY VERSI HAKAK ANI


Bahan A

100g butter pada suhu bilik ( hakak guna butter anchor)
100gram gula biasa ( hakak guna brown sugar organic)
90gram gula perang ( pun hakak guna brown sugar organic)
2biji Telur gred A

Bahan B

130gram semisweet choc bar ( hakak guna brand Beryls) 
Potong kecik2 supaya cepat cair -  Marsha guna jenis coin lagi mudah cair dan tak perlu nak potong kecik-kecik dah.

Secubit nescafe ( kt umah ni ada plak tersesat nescafe stick mak hakak bawak balik dr hotel rasanya.muahaha)

Bahan C

100gram tepung gandum
40gram serbuk koko
(Ayak 2 ni letak tepi)
Secubit garam

Guna periuk yg tebal sikit utk haba yg sekata. Hakak guna kuali je

Cara penyediaan


Masak bahan A, KECUALI TELUR atas api sederhana sampai butter cair dan agak likat. Kacau selalu utk elakkan gula jadi caramelize. Tutup api. Agak2 dlm 2-3minit lepas tutup api, masukkan telur. Kacau dgn whisk utk bg sekata

Masukkan bahan B sampai semua coklat mencair. Kalau lambat sangat cair, letak atas api jap. Haha. Tutup api balik

Masukkan bahan C kacau sekata. Marsha masukkan coklat cip dalam adunan.
Kemudian, boleh dh prepare loyang. Hakak guna loyang 7x7 bakar suhu 160darjah selama 25minit bergantung kepada oven masing2. (Marsha guna suhu yg sama cuma up lamakan sikit 5 minit jadi 30 minit)

Boleh tabur walnut ke almond ke choc chip ke kt atas utk menambahkan lg ksedapan.

Siap bakar, tggu sejuk dh boleh potong n ngap!




Nampak tak outcome dia? Sedap dimata dan di mulut tau! Jadi selamat mencuba korang.

Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697

5 Comments

  1. wah..lapar pula...menawan sungguh warna brownies tu..;)

    ReplyDelete
  2. rajin nya..JM tgk bahan2 pun dh rasa malas nk buat heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM resepi ni kira xbanyak dah...kalau biasa lg renyah...hihi

      Delete
  3. bila nak cuba buat tak tau.. salam perkenalan dr mama jue

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us