Kambing Grill

Assalamualaikum....
Salam jumaat buat rakan-rakan blogger.
Moga semua sihat & ceria arini.

Arini nak citer sal makanan plak.
Ambe ni satu family hantu kambing.
Jadi teringin nak buat kambing grill sendiri.
Kambing dah beli.
Macamana nak perap??
Haaa.....google kan hado...hihihi
Godek pilih akhirnya jumpa satu resepi yg bahan bahan dia semua dah ada kat rumah.

Meh nak share tp ada derhaka sket sket...ampun..hihihi

Resepi Kambing Panggang Marinate
______________________________________

4 keping daging lamb

Bahan rempah perap:
5 ulas bawang putih

1 sudu besar lada hitam

1 sudu makan daun rosemary kering

1/2 sudu makan jintan kasar

2 sudu besar sos tiram

1 sudu makan kicap manis

1 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

2 sudu besar jus limau

2 – 3 sudu besar minyak zaitun

Cara penyediaan
1. Goreng bawang putih  dengan minyak zaitun hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

2. Tumbuk jintan, lada hitam, daun rosemary kering, garam, gula hingga lumat. Kemudian masukkan bawang putih yang telah digoreng, minyak  zaitun ( bekas gorengan bawang putih tadi ), jus limau, kicap dan sos tiram.

3. Tumbuk dan gaul sebati rempah tadi dengan daging lamb.

4. Perap semalaman dalam peti sejuk.

5. Bila masa untuk memanggang bolehlah di bakar atas kuali non stick  atau pembakar elektrik…

** Hidangkan lamb dengan sos lada hitam, coleslaw, mashed potato, timun dll

Klik OWNER RESEPI

https://blogwana.wordpress.com/2010/06/21/grilled-marinate-lamb-kambing-panggang-perap/


Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697

6 Comments

  1. Hmm... sah memang sedap menggoda
    Lawan dgn coleslaw paling win.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru perap malam ni baru nak grill...lawan dengan coleslaw fuh terangkat...hihi

      Delete
  2. memang sedap kalau dapat buat sendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arz akak ni festime ni...aduh harap jadi la dinner malam ni...

      Delete
  3. mcm sedap je..klu xsebut kambing mgkn kita mkn jer..tp bila sebut je terus alergik hehe

    ReplyDelete
  4. Kite dulu alergik jugak tp skrg ni pantang tgk...hihi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us