TeddyVille Museum Ohsem!!

Assalamualaikum.....
Alhamdulillah akhirnya mai dah mood nak mengarang review tentang muzium teddy bear yang satu-satunya di pulau pinang.
Memula nak pergi tu macam-macam perasaan ada. Excited, risau pun ada.
Kenapa risau? Sbb takut boring...ada ke pikir sampai camtu skali....hihihi
Untuk pengetahuan korang trip visit kali ni bersama BIG Famliy Blogger Utara.
Dan ini kali pertama dapat bersua muka dengan family Blogger Utara.
Ok meh nak citer lokasi Teddyville Museum ni. Ia exactly terletak di Batu Feringhi di bawah bangunan Double Tree Hilton yang masih dalam renovation. Jadi mengikut manager Teddyville Museum ia x official open lagi dan skrg ni hanya open pada hari sabtu & ahad sahaja. TeddyVille museum ni berdekatan dengan Pantai Miami. Kalau susah nak cari korang waze kan aje confirm jumpa....hihihi
Ok meh kita masuk dalam ke Teddyville Museum ni.....


Ok gambar kat atas ni adalah kaunter beli tiket. Harga tiket nt akan reveal yer..hihi. 
Bila masuk memang rasa sangat teruja.
Kami dilayan oleh Manager TeddyVille Museum sendiri iaitu Encik Eskay Yap.
Nak kenal tak beliau?
Ok tgk pic kat bawah ni yer...


Bila dah kat dalam muzium ni fuhhhhh....
Penuh dengan patung-patung beruang dari pelbagai tahun, kebolehan dan juga saiz. Ok bab saiz ni bear paling kecil saiz 1 cm. Lepas tu ada bear yang pertama dicipta pada zaman pemerintahan Theodore Rosevelt ( Presiden Amerika). Menurut En Yap, patung beruang dicipta sebenarnya atas kesedaran kepupusan beruang pada masa tu. Sebab tu la bear dedulu muka tarak senyum...hihi. Ada bear pertama yg berjalan dan bercakap juga.


Ok comel-comel belaka kan?
Dalam muzium ni jugak dorang cipta miniature bear yang comel comel berdasarkan kaum-kaum yang ada di Pulau Pinang dan juga aktiviti yang popular di sana.


Comel kan? Kecik je dan ada yang bertudung...:)
Bukan miniature je tau. Bear BIG SIZE pun hado. Juga direka berdasarkan kaum-kaum yang ada dan paling menarik ada sejarah juga pada zaman pemerintahan British.
Haaaa bear Dato LCW dan Dato Nicol David pun ada tau.


Mmg seronok sgt seakan berada dalam negara patung beruang....hihihi
Ok kalau nak merasa pengalaman yang menarik ni boleh la terjah Teddyville Museum ni. Mmg puas hati dengan harganya. Harga???



So mana mana yg masih study tu bawak la kad student k. Jimat banyak...hihi
Ok last pic nak belanjer. Kenangan puteri ku kat Teddyville Museum.


Sebenarnya kat TeddyVille Museum ni ada souvenir shop tau.
Buntang mata tgk pelbagai souvenir yang cute miut. Tp lupa nak berposing sbb puteri ku tgh pening memilih souvenir...hihi.

Buat kengkawan yang nak terjah boleh ke alamat ni:

TEDDYVILLE MUSEUM PENANG
(Ground Floor) Double Tree Resort by Hilton Penang,
Jalan Low Yatt, Batu Feringhi,
11100 Pulau Pinang.

Web: www.teddyvillemuseum.com
Fb: TeddyVilleMuseum

So tggu next review iaitu 5D Museum ya 
Terima kasih buat big bos Blogger Utara kita En Arz Moha arrange trip yang best ni.
Terima kasih juga buat team BU yang ohsem :)
Sayonara...

Marsha
Blogger
Shaklee Independent Distributor
Ibu kepada seorang puteri
Isteri kepada seorang suami 

13 Comments

  1. buat peminat teddy bear...mesti kena sampai sini...atau bawa anak-anak...konfem tersenyum sampai telinga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy betuiii...,jangan lupa belikan bear bear comeiii 😘

      Delete
    2. Bear jenama stuff Mahal betul. Tapi antara bear yg tak senyum...

      Delete
  2. Kena poket tebal baru syok boleh shopping teddy yang kiut miut kat sana

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us