FitBit...Gadget Canggih Terkini



Assalamualaikum semua pembaca setia blog Sporting Mummy ni.
Harap uolss semua sihat dengan ceria bersama family masing-masing ye…☺
Marsha nak Tanya ni….
Sape interested or hobi dia mengumpul GADGET terkini?
Haa…..meh angkat tangan nak tegok siapa yang kena….hihihi
Tak ada kena apa pun…gurau saja….hihihi

Sebenarnya hari ni Marsha nak share dengan uolsss salah satu gadget teknologi yang terkini.
Sesuai untuk yang mementingkan kesihatan.
Untuk abang-abang sado kita atau kawan-kawan yang mementingkan kesihatan dan stamina juga yang nak menurunkan badan juga..
Apa gerangan gadget yang Marsha maksudkan tu??
Nak tau meh kita tengok…..jeng..jeng..jeng….hihihi










Zaman sekarang, kalau tak cukup update dengan teknologi, amat susah untuk kita menyesuaikan diri dalam kehidupan.
Maklumlah, semuanya bergantung dengan alat berkaitan teknologi contoh paling senang, yang kita selalu pegang dan tak lepaskan sampai waktu tidur iaitu handphone.
Macam Marsha juga banyak juga update blog Sporting Mummy ni menggunakan handphone. Tapi, kalau nak lebih ke hadapan lagi, mari kita kenali apa itu [Fitbit tracker]  yang makin digilai orang ramai.
Selaris dengan zaman berteknologi tinggi, aksesori ini sememangnya trendy.
Malah ia akan jadi trend anak-anak muda sekarang dan juga golongan yg dewasa pun sama. Pasti…hihi






Oleh kerana fungsi Fitbit ini sangat berguna kepada mereka yang amat mementingkan kesihatan ataupun baru sahaja mulai berjinak dengan menjaga kesihatan diri, tak hairan Fitbit semakin laris di pasaran.
Korang mahu mula diet? Atau mahu mulakan program di gym tapi kurang keyakinan?
Dengan Fitbit, semuanya dipermudahkan untuk korang.
Pada asasnya, setiap Fitbit mempunyai fungsi lengkap seperti kiraan jumlah tidur, pengiraan kalori makanan dan kadar degupan jantung.
Menarik kan?
Alahai rasa berminat pula nak memiliki FitBit ni.
Sape rasa macam Marsha??
Angkat tangan please…..hihihi
Kita GENG…..hihihihi







Tambah lagi, Fitbit ini juga mempunyai kebolehan untuk dipasangkan dengan telefon pintar anda.
Apabila kedua-duanya telah dipadankan, notifikasi emel, panggilan dan mesej akan dapat diterima oleh Fitbit kepunyaan kita.
Bukan sahaja fitness tracker tapi juga merupakan jam pintar atau smartwatch.
Sangat berbaloi untuk dibelikan sebagai hadiah atau dijadikan sebagai ganjaran untuk diri anda kerana Fitbit juga amat sesuai untuk digayakan bersama apa-apa sahaja jenis pakaian dari style kasual, formal dan atletik.

Kalau macam ni boleh la buat hadiah Anniversary atau Birthday untuk yang tersayang.
Betul tak?
Nampak cun bagi yang wanita dan maskulin bagi yang lelaki.
Yang penting Nampak cool dan trendy….fuyoo….hihihi
Tau dah kana pa niat Marsha??
Kalau lah dapat present ni best ni…hihihi




Bagi yang mahu mencuba atau mempunyai azam untuk lebih sihat tahun depan, korang disyorkan untuk membeli Fitbit yang trendy ni.
Kenapa?
Sebab Fitbit juga dilengkapi dengan built-in workout training yang bermaksud, ia dapat menjadi jurulatih korang.
Jadi, tak perlu susahkan diri untuk mencari latihan apa yang sesuai untuk korang kerana sudah tersedia dalm Fitbit untuk kemudahan semasa korang memerlukan.
Jika berminat nak memiliki semasa berenang, korang kena beli Fitbit Flex 2 yang kalis air dan mempunyai spesifikasi tertinggi antara semua model Fitbit yang lain.
Jadi tunggu apa lagi?
Jom sihat dan bergaya dengan Fitbit!
 


Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2017

4 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us