Pembedahan Caesarean atau Normal???

Pembedahan Caesarean atau Normal???


Assalamualaikum.....💝


Semalam genap 23 minggu Marsha mengandungkan bakal anak kedua Marsha ni.
Wah ada lebih kurang 118 hari lagi untuk melihat pertama kali bakal anak kedua Marsha.
Moga anak ibu senantiasa sihat dalam rahim ibu ya....ibu, abah & kakak xsabar menantikan kehadiran kamu yang dah lama kami nantikan...💕💕
Moga dipermudahkan segalanya dengan izin Allah.....In Sya Allah...

Tajuk post pada hari ni selalu bermain di fikiran Marsha lately.
Pembedahan Caesarean atau Normal delivery???
Sejujurnya hasrat di hati mau bersalin normal sebab belum pernah merasa lagi.
Semua mommy preggy pun macam tu kan? Cuma kita hanya merancang.
Yang menentukan hanya DIA yang satu.
Kandungan kali pertama dulu belum ada rezeki bersalin normal tp pembedahan emergency sebab masa tu kakak dah hampir lemas dan jantung lemah akibat lama sgt push dan Marsha dah habis tenaga untuk meneran.
Akibat dari kesalahan sendiri yang tak nak makan ketika contraction....huhuhu
Kali ini moga ia menjadi pengajaran yang sangat-sangat bernilai buat Marsha.

Pembedahan caesarean (sumber google)

Sedikit info hasil bacaan Marsha tentang Pembedahan Caesarean dan normal delivery ni.
Ada pro dan kontra juga.
Tapi secara amnya, percent bersalin normal adalah lebih selamat berbanding pembedahan caesarean.
Biasanya pembedahan caesarean akan dilakukan bila ibu mengalami risiko-risiko yang bahaya dan tidak membolehkan bersalin secara normal.
Pembedahan ceasarean biasanya dilakukan untuk menyelamatkan ibu dan juga bayi yang berisiko tinggi,
Tidak dinafikan dalam kes-kes berisiko pilihan pembedahan ceasarean adalah paling selamat.

Antara risiko yang boleh menyebabkan keputusan pembedahan ceasarean ini ialah kedudukan bayi songsang, ibu yang menghidapi darah tinggi, ibu mengalami tumpah darah, uri yang berada dibawah dan banyak lagi kes-kes yang membawa kepada pilihan ini.
Pembedahan ceasarean juga perlu dipilih di saat akhir atas nasihat doktor jika ibu sudah di induce dan bukaan belum mencapai 10 cm dalam jangkamasa tertentu kerana untuk mengelakkan bayi stress dan lemas dalam kandungan.
Ia adalah cara yang selamat untuk menyelamatkan ibu dan bayi.
Jika tiada masalah...normal delivery adalah menjadi pilihan.

Apakah RISIKO pembedahan Ceasarean?

Ya...pembedahan Ceasarean juga mempunyai risiko tersendiri.
Di sini Marsha kongsikan serba sedikit risiko pembedahan ini hasil dari pembacaan Marsha.

Kesakitan


Ya, ini adalah risiko biasa bila kita menjalani pembedahan. 
Kesakitan yang dialami selepas pembedahan sangat-sangat perit.
Semasa pembedahan kita tak rasa sebab kita dibius separuh badan.
Bila lepas tu, Allah je tau macamana sakitnya.
Dan ia membataskan pergerakan dan kita perlu menahan sakit dalam jangkamasa yang lama dan juga berpantang lebih teliti dari ibu yang bersalin normal.

Jangkitan


Sebelum proses pembedahan dilakukan, biasanya ubat antibiotik akan diberikan untuk mengurangkan risiko dari terkena jangkitan.
Namun begitu, ada beberapa peratus ibu yang menjalani pembedahan mengalami jangkitan selepas pembedahan.
Antara jangkitan ialah:
1. Jangkitan pada bahagian luka. Tanda-tanda jangkitan pada luka termasuk kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut.
2. Jangkitan pada lapisan uterus (rahim). Ini dipanggil endometritis. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku jika air ketuban anda pecah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin atau sekiranya anda menjalani banyak pemeriksaan faraj sebelum pembedahan. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pendarahan yang teruk dan berbau serta demam.
3. Jangkitan salur kencing. Semasa pembedahan, sebatang tiub nipis atau catheter akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.

Darah Beku


Setiap pembedahan juga akan mengalami risiko darah beku.
Jadi macam Marsha dulu selepas keluar dari hospital, dibekalkan ubat untuk mencairkan darah.
Selain itu, kita kena kerap bergerak dan berjalan supaya peredaran darah menjadi normal.
Jika rasa lain macam, atau ada tanda seperti sesak nafas, batuk atau kesakitan dibahagian betis hendaklah segera refer doktor.

Lekatan


Seperti juga pembedahan lain pada bahagian perut atau pelvis, caesarean berisiko menyebabkan lekatan (adhesion) semasa proses penyembuhan. Lekatan ialah kelompok tisu parut yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen anda melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut. Kira-kira separuh daripada wanita yang menjalani caesarean mengalami lekatan, dan jumlah ini meningkat kepada 83 peratus selepas tiga pembedahan caesarean. 

Lekatan boleh jadi menyakitkan kerana ia mengehadkan pergerakan organ-organ dalaman. Dalam sesetengah kes, ini boleh menyebabkan masalah kesuburan apabila ia menekan tiub falopia atau menyekatnya.

Pembiusan

Suntikan epidural (sumber google)

Proses ni memang amat penting dalam pembedahan caesarean ni.
Kalau tak bius 'masak' la kita merasa kesakitan yang amat sangat. Betul tak??..hihi
Biasanya untuk pembedahan secara caesarean ni kita akan diberikan suntikan epidural yang membuatkan kita rasa kebas dibahagian pinggan ke kaki. Tetapi kita tidak tidur.
Ingat lagi pengalaman 9 tahun lepas.
Sejuk aircond dalam bilik ot sangat lah mencengkam tulang.
Marsha diberikan pek air panas oleh nurse untuk mengelakkan rasa sejuk ya amat.
Dan nurse berbual dengan Marsha untuk elakkan Marsha boring dan tertidur...hihi
Selepas mendapat suntikan epidural ini, sesetengah ibu akan mengalami:

  • Sakit kepala yang teruk yang mungkin dialami 1% wanita.
  • Kerosakan saraf. Biasanya ia hanya berlaku hanya beberapa minggu sahaja.
Jadi pantang selepas pembedahan caesarean ni sangat lah strict dan wajib ikut untuk kesihatan jangkamasa yang panjang.

Proses pembedahan caesarean (sumber google)

Ok setakat itu sahaja dulu perkongsian Marsha.
In Sya Allah Marsha akan kongsikan lagi tentang pembedahan ceasarean ni dan risiko untuk bayi pula.
Doakan proses bersalin Marsha kali ni dipermudahkan ye.
Moga Allah bagi rezeki Marsha untuk bersalin normal....Aamin.



Marsha 
Part Time Blogger 
Review Product & Place Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

5 Comments

  1. Peritnya membaca...teringat kesakitan mama melahirkan kami 7 beradik normal/bedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang perit...Marsha masa melahirkan anak pertama ni pembedahan ceaserean.

      Delete
  2. Alamak ngeri Pula tengok gambar pisau tu

    ReplyDelete
  3. akak.. dedua pun menakotkan.. guanaaa tu.. T.T

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us