Assalamualaikum semua!!!
Alhamdulillah sudah menginjak 20 Ramadhan.
Maka bermulalah 10 hari terakhir dan misi kita untuk mencari Lailatul Qadar bermula.
InsyaAllah....Aamin.
Selain dari itu juga bahang EID FITRI juga makin terasa kan?
Masa ni kita sibuk untuk mencari Baju Raya untuk dipakai di Hari Raya nanti.
Serba baru dan SEDONDON warna dan tema.
Itulah trend terkini.
Tapi Marsha memang dari 9 tahun lepas sentiasa sedondon warna dan tema untuk famili kecil Marsha.
Almaklumlah time ni kita nak melaram satu famili kan?
Biasanya yang tentukan tema dan warna ni Mem Besar la....Marsha...hihihi
Warna tema pilihan??
Untuk 2017 ni warna tema pilihan tahun ini ialah EMERALD GREEN.
Baju Marsha dan anak dara, Anith dah Marsha beli awal melalui PS Minaz.
Marsha punya jenis Peplum dan untuk Anith jenis Dress.
Masa tu belum preggy lagi now dah hampir 6 months tak pasti muat ke tak tapi dah ada backup jubah warna yang sama.
Untuk husband, Marsha pilih kurta yang tema warna yang sama iaitu Emerald Green.
Jadi usai untuk warna tema pilihan tahun ini....alhamdulillah.
Memandangkan semua dah ada baju tapi Marsha belum lengkap.
Belum cari shawl yang ikut tema warna iaitu Emerald Green.
Jadi Marsha masuk web LAZADA untuk cari shawl yang sesuai dan tak kan lepaskan peluang untuk grab PROMOSI sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia tahun 2017 ni.
Jadi berkenan dengan MUMUSCARVES ni...dengan harga HOT DEAL pula tu....ohsem sgt!!
Dah jumpa shawl idaman rasa tahun ni nak melaram dengan handbag tema warna yang sama.
Jadi hasil carian dalam web LAZADA terkenan dengan handbag ni..cun tak??
Kalau uolss berkenan yang sama boleh klik di setiap gambar dan akan direct ke page 2 item yang Marsha adore ni....pastu terus buat belian. Senang kan??
Oh ya, untuk pengetahun uolss semua, Lazada malaysia telah buat promosi gempak iaitu Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale yang akan bermula dari 19 Mei 2017 sehingga 30 Jun 2017.
Jadi bila masuk jer website Lazada Malaysia kita akan nampak banyak diskaun yang menarik untuk pelbagai barangan sehingga 90%.
Jadi masa ni kita nak grab harga yang berbaloi-baloi kan?
Sebab tu Marsha tak kan diam lepaskan peluang.
Jadi tengah tunggu en suami aka banker untuk grab 2 item yang jadi pilihan hati ni.
Tengah sale ni baik cepat sebelum OOS....hihihi
Okey khas untuk kawan-kawan blogger pula, jom kita sama-sama join Ramadhan Raya Blogger Contest yang bermula dari 19 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017. Pelbagai hadiah menanti kawan-kawan bernilai sehingga RM10 000. Menarik kan? Mana tau rezeki menyusul nanti...😍😍 Nak tau detail tentang Ramadhan Raya Blogger Contest dan syarat-syarat boleh klik banner kat bawah yea. Good Luck semua!!!
Marsha
Part Time Blogger Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
12 Comments
kami sejak kawin memang sedondon.. tapi tahun ni tak pasti lagi.. makin besar anak makin susah nak cari..
ReplyDeleteBetul susah nak cari lepas tu saiz pula xde...huhu
Deletehai awak....kak lina singgah sini dan follow hihihi
ReplyDeleteHai kak lina...nanti marsha dtg minum teh ye...:)
DeleteWhoaaaaa, semua emerald nampaknyaaa!
ReplyDeleteMeh tengokkk cuci mata pilihan Nona
http://nonasani.blogspot.my/2017/06/baju-raya-nona-tahun-2017.html
Tu la macam majoriti emerald taun ni....ok jom...
DeleteSama lah dengan AM..
ReplyDeleteSetiap tahun sedondong..
Ikhlas Dari
Along Misuari
Kan masa ni nak sedondong pun..hihi
DeleteSama la kita hijau tapi saya hijau petronas..hehe...
ReplyDeletexpe fieza tp tahun ni ramai memilih hijau kan?..hihi
DeleteYeayy kita sama theme .. Selamat menyambut hari raya eid buat kak marsha sekeluarga =)
ReplyDeleteyeay jom sepppp...hihi
DeleteSelamat hari raya juga buat yana sekeluarga...:)
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)