Tips Booking Hotel Malaysia Dengan Traveloka
Assalamualaikum….Uolsss….
Sihat ke semua? Wiken ritu Marsha rest
dari updated blog kejap sebab Marsha baru discharge.
Kena more bedrest. Nt Marsha share tau
next entry.
Arini Marsha nak share beberapa tips
untuk booking hotel di Malaysia.
Marsha ni memang ‘hantu’ travel tak kira
lah dalam ke luar negara janji boleh travel & release stress…hihi.
Sape yang satu geng ngan Marsha mesti
faham kan kepuasan travel ni…hihi
Now banyak travel dalam negara since
preggy dan juga USD melonjak naik…hihihi
Jadi insyaAllah next year kita plan
untuk ke oversea.
Maybe Australia? Or Krabi….kita tengok
bajet ya….hihihi
Ok, berbalik pada TIPS BOOKING HOTEL
MALAYSIA DENGAN TRAVELOKA ni…
Kita semua memang maklum Malaysia
merupakan sebuah negara yang sangat istimewa.
Mostly ramai pelancong luar
negara malah rakyat Malaysia juga
memilih negara sendiri sebagai destinasi pelancongan.
Apakah sebab-sebab rakyat Malaysia memilih untuk melancong
di negara sendiri? Nak tau tak kenapa?? Ini kerana Malaysia sebenarnya
mempunyai pelbagai jenis industri pelancongan yang boleh dikomersialkan. Selain
mudah mendapat akses makanan halal, Malaysia merupakan antara negara yang mudah
bagi pelancong Islam menunaikan solat tidak kira di mana mereka berada,
termasuk di kompleks membeli-belah dan juga di lapangan terbang selain suasana
yang selamat.
Jika korang tahu ke mana lokasi percutian yang telah dipilih,
korang juga pasti perlu tahu dimana dan apa tempat penginapan yang akan didiami
kan?? Jadi dengan adanya traveloka. Korang tidak perlu pening lagi nak
memikirkan tentang tempat penginapan.
Traveloka menyediakan pelbagai informasi terbaik dari setiap
pelosok negeri dan negara. Jika terpilih sebagai pengguna bertuah,
untung-untung dapat promosi yang best dari Traveloka. Sangat beruntung!!
Traveloka dapat menyelesaikan masalah korang yang tidak tahu
dimana lokasi penginapan atau harga. Traveloka akan memaparkan setiap lokasi mengikut
bajet keperluan dan destinasi. So korang akan dapat hotel yang memenuhi
citarasa dan pastikan akan berpuas hati.
Cara Booking Hotel |
Tak tau kenapa perlu menempah dengan menggunakan traveloka?
Haa….meh Marsha nak bagi tau. Ini kerana ia tiada fi tempahan, harga yang terpapar
adalah apa yang perlu dibayar, tiada caj
tersembunyi. Malah akan dapat penjimatan lebih lagi! Tidak hanya murah malah
harga lebih jujur. Jadi tak perlu was-was untuk menggunakan Traveloka. Selain
itu korang juga boleh membuat kaedah pembayaran yang lengkap dan mudah tanpa
perlu sampai ke destinasi terlebih dahulu. Pilihan kaedah pembayaran samada Kad
Kredit (Visa, MasterCard, AMEX) dan Perbankan Internet. Dan yang terakhir
Traveloka adalah penyelamat kepada lokasi penginapan percutian korang sebab
boleh tempah penerbangan dan hotel sekali gus.
Perlu booking dengan Traveloka |
Aplikasi Traveloka boleh di download kedalam telefon bimbit korang
dalam apple store atau google play. Senang untuk digunakan di kemudian hari. Korang
perlu rasa bertuah tau sebab juga bakal menjadi antara 1.5 juta pengguna
traveloka yang bakal mendapat harga promosi yang berpatutan.
Terdapat tiga langkah mudah untuk cari apa yang korang nak.
Pertama adalah masukkan lokasi yang nak pergi atau nama hotel. Kedua adalah
masukkan tarikh percutian. Dan yang terakhir adalah masukkan bilangan orang dan
jenis katil. Traveloka akan memaparkan harga yang tinggi dan rendah dengan
pelbagai kualiti yang diperlukan.
Senang kan?? |
Berikut adalah hotel popular di Malaysia. Diketahui sebagai hotel
penginapan yang berkedudukan strategik, Hard Rock Hotel Penang terletak di
pantai yang terkenal, iaitu di Batu Ferringhi. Khazanah luar biasa ini
mempunyai kira-kira 249 bilik dengan ruang dan hiasan yang bergaya dan sesuai
untuk keluarga, pasangan atau pelancong perseorangan. Hard Rock Cafe Penang
menggunakan satu konsep yang bergaya serta dihiasi dengan dinding merah yang
dilukis, tambahan pantulan cahaya keemasan dan dinding kafe yang dihiasi dengan
memorabilia artis-artis terkenal dari dekad yang berbeza. Memang Hard Rock
Hotel Penang menjadi wishlist Marsha jika melancong ke Pulau Pinang. Dengan
adanya Traveloka ni boleh la usha-usha harga terbaik dan terjujur dari
Traveloka…yeayyy!!
Seterusnya adalah Hotel 99 Kuala Lumpur terletak di kawasan /
bandar Bukit Bintang. Hotel terletak hanya 0.84 km dari Hang Tuah Station. Terdapat
banyak tarikan pelancongan yang berdekatan, contohnya Plaza Rakyat LRT Station
dalam 0.25 km, dan Chinatown / Petaling Street dalam 0.48 km. Bagi korang yang
ingin melancong dengan selesa mengikut bajet, Hotel 99 Kuala Lumpur ialah
tempat yang sesuai untuk menginap dengan adanya kemudahan yang baik dan
perkhidmatan yang hebat. Juga dekat dengan Berjaya Times Square….rindunya nak
ke sana lagi!!!
Selain itu Sri Serdang Homestay terletak di bandar Kepala Batas.
Terdapat banyak tarikan pelancongan yang berdekatan, contohnya Fort Cornwallis dalam
13.78 km, dan Pinang Peranakan Mansion dalam 14.2 km. Sri Serdang Homestay
ialah pilihan yang ideal bagi anda yang inginkan penginapan yang selesa dan
mampu milik.
Penginapan
di Georgetown City Hotel juga ialah pilihan yang baik apabila kita nak melawat
Gurney Drive. Hotel ini amat mudah ditemui kerana kedudukannya yang strategik
berdekatan dengan kemudahan awam. Sama ada anda merancang satu acara sahaja
atau majlis khas yang lain, Georgetown City Hotel ialah tempat yang sesuai bagi
anda dengan adanya bilik majlis yang besar dan serba lengkap untuk memenuhi
keperluan anda. Terdapat pelbagai lagi jenis hotel penginapan yang terbaik yang
akan dipaparkan oleh traveloka. Jadi segeralah booking hotel online untuk harga yang lebih menarik.
Haa….next
2 weeks Marsha plan nak ke Langkawi untuk travel sebelum bersalin. Boleh la
dapatkan hotel yang harga best melalui Traveloka nanti. Marsha dah siap-siap
install apps Traveloka dalam telefon bimbit. Jadi jom korang cepat-cepat
install apps Traveloka dalam telefon bimbit dan jangan lepaskan peluang
keemasan ni. Jommm!!!
Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
17 Comments
Tq for tips mmg berguna
ReplyDeletesama-sama mamapp :)
Deleteskarang zaman canggih senang semua hujung jari.. main klik klik saja..
ReplyDeleteBetul tu CT...klik klik dah setel..hihi
DeleteMenarik ne. Nak download kat henpon lah senang nak plan bercuti nanti
ReplyDeleteMarsha pun dah install sesiap....hihi
Deletememang ramai cakap traveloka menjimatkan dan memudahkan...
ReplyDeletenak cuba juga survey dengan traveloka
Betul sangat mudah dan menjimatkan...klik klik je...hihi
Deletedah byk kali jugak try usha traveloka ni.. memang menarik
ReplyDeleteJom plan jenjalan jom...hihi
Deletehihi, lepas ni klau travel lagi nk try guna traveloka la pulak, hoho..mesti lgi berbaloi kan..
ReplyDeleteJom Timm....amboi best la jenjalan pasni...hihi
DeleteJom Timm....amboi best la jenjalan pasni...hihi
Deletewahh bestnya tempah jer dengan traveloka
ReplyDeleteKan tempah jer....tak perlu pergi jejauh nak tempah...hihi
Deletemudah booking dengan traveloka ni..cepat dan pantas
ReplyDeleteKan kak azi...sokonggg...:)
DeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)