Diabetes Semasa Mengandung
Assalamualaikum...
Diabetes sekarang ni dah sinonim semasa mengandung pada Marsha.
Masa mengandung anak pertama pun didiagnosis Diabetes setelah minum air gula kali pertama.
Mengandung kali ni pun sama after minum air gula didiagnosis Diabetes juga.
Tapi time mengandung je tau....hihi
Jadi untuk kandungan kali ni Marsha kena kontrol diet dan makan makanan seimbang ikut kuantiti yang dibenarkan.
Makan nasi 2 senduk setiap kali makan.
Banyakkan sayur dan kurangkan makanan berminyak.
Banyakkan makan makan kukus dan rebus.
Kurangkan makanan manis serta makanan yang tak berkhasiat seperti jajan.
Selain dari diet control Marsha kena amik bacaan gula dalam darah atau blood glucose sehari sebelum checkup dengan doktor.
4 kali sehari iaitu jam 8 pagi, 12 tengahari, 6 petang dan 10 malam.
Pada kandungan kali pertama Marsha berulang ke KKIA dan juga hospital untuk amik bacaan blood sugar ni.
Tapi kali ni Marsha keluarkan bajet untuk beli alat sendiri sebab lebih menjimatkan masa dan tak perlu berulang alik.
Lagipun sebab yang kedua ia tak akan menganggu waktu bekerja sebab tak perlu ulang-alik ke klinik.
Peneman Semasa Mengandung kali ke3 |
Marsha juga perlu bersenam untuk mengawal tahap gula dalam darah.
Dalam masa yang sama bersenam jugak akan memudahkan baby ke laluan nanti.
Boleh berjalan laju atau senaman ibu bersalin janji kuarkan peluh dan badan cergas.
Jadi itulah rutin yang Marsha perlu ikut dan konsisten semasa mengandung.
Ada juga ibu-ibu mengandung yang terpaksa inject insulin semasa mengandung.
Biasanya bacaan gula yang sangat tinggi.
Alhamdulillah Marsha punya tahap masih boleh untuk diet control lagi.
Menurut doktor, jika ibu mengandung yang mengalami diabetes semasa mengandung ni saiz bayi berkemungkinan akan besar.
Lagi satu ibu yang mengandung yang mengalami diabetes ni tak digalakkan 'overdue' kerana kebarangkalian baby akan mudah poo.
Sebab tu doktor pesan if 39 weeks 6 day belum ada tanda-tanda nak bersalin, sila serah diri kat hospital....hihi
Minggu ni dah masuk 31 weeks.
Kawan-kawan pun tegur perut dah turun.
Agaknya adik baby tengah cari 'laluan' kot.
Jadi Marsha pun kena get ready dengan barang-barang yang penting.
Mana tau adik baby nak keluar awal jumpa abah, ibu & kakak kan??...hihihi
Doakan Marsha ye semua 💕💕
Buat kawan-kawan nak tau lanjut tentang Diabetes semasa mengandung ni boleh baca kat 👇
Diabetes Semasa Mengandung
Banyak info dekat page Babycenter.com ni.
Doakan semua dipermudahkan yer....love u all!!
Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
10 Comments
kakak ai, time preggy mesti high blood pressure.. bila baby dah keluar terus normal balik..
ReplyDeletehttps://ceritaaisyaismail.blogspot.my/
Tu la ai...time preggy je ni...hihi
DeleteSemoga dipermudahkan ya sis..
ReplyDeleteAamin tq sha 😘
Deleteallah...jaga diri, pemakanan..kawan SA pun sama..siap kena insulin lagi..
ReplyDeleteTu la kak SA...memang kena jaga pemakanan kalau x kena cucuk insulin...huhu
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan ye marsha. Take care. InsyaAllah semua akan baik2 saja.
ReplyDeleteTq ana 😘
Deletesemoga dipermudahkan kak marsha
ReplyDeleteAamin tq ZF 😘
DeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)