Kebaikan Sarang Burung Layang-Layang Buat Ibu Hamil
Assalamualaikum 💕💕
Arini Marsha nak share sikit tentang
sarang burung.
Sarang burung yang glemer dan boleh
makan mestilah sarang burung layang-layang kan?
Mana ada sarang burung lain betui
dak??..hihihi
Memandangkan gift sarang burung
terperam di rumah Marsha plan nak mula minum sup sarang burung ni
Cuma kena masak sendiri buat sup.
Nanti next entry Marsha share resepi
buat sup sarang burung ni.
Entry kali ni Marsha nak share serba
sedikit khasiat sup sarang burung ni untuk ibu mengandung.
Masa anak pertama dulu tak ade rezeki
nak merasa sup sarang burung tp merasa makan burung merpati….hihi
Ye la lain anak lain rezeki
kan…..hihihi
Ok jom kita tengok khasiat sarang
burung kepada ibu-ibu hamil yang mengamalkan sarang burung layang-layang ni:
Sarang burung
layang-layang atau burung Walit ni adalah antara produk kesihatan terbaik
untuk wanita hamil.
Menurut kajian Prof.
Wang Bing, pakar akademik dari Jabatan Molekul dan Sains Hayat, Mikrobiologi,
Manusia Pemakanan University of Sydney, Australia, sarang burung
layang-layang mengandungi asid sialik (SA) yang merupakan sejenis karbohidrat
berguna untuk peningkatan sel-sel otak dan membran sinaptik.
Oleh yang demikian
sarang burung penting untuk pertumbuhan bayi yang sihat.
Mengikut kajian dari Jepun pula, sarang burung walit mempunyai kandungan asid sialik yang tinggi. Kekerapan pengambilan sarang burung walit semasa hamil boleh menguatkan badan ibu dan janin kerana sarang burung walit kaya dengan protein dan ia boleh menggalakkan pertumbuhan tisu,dan meningkatkan imuniti. |
Kesimpulannya, ibu-ibu
mengandung mestilah memastikan bahawa mereka mengambil makanan yang mempunyai
kandungan asid sialik yang tinggi.
Selain dari itu juga,
mama preggy dalam masa yang sama boleh mencantikkan kulit.
Sape cakap mengandung
tak leh cantik-cantik dan awet muda?
Boleh dengan sarang
burung layang-layang ni tau…hihi
Sarang burung
layang-layang juga dikenali sebagai Gen Kecantikan tau.
Ini kerana sarang burung terdiri daripada
hormon peptida yang sangat penting yang dikenali sebagai faktor pertumbuhan
yang berhubung dengan kulit ("EGF").
EGF memainkan fungsi yang sangat penting
terutamanya untuk gen mencantikkan.
Ia merangsang pembahagian sel dan
perkembangan, serta menggalakkan pembezaan sel, menyuburkan kulit dan luka
daripada pembedahan dengan cepat, ia juga dapat menggalakkan penyembuhan
luka. Ia membantu dalam meningkatkan kelembutan kulit dan mengurangkan kadar
penuaan.
Jadi bagus kan kesan sarang burung layang-layang
ni kepada ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan.
Kulit bayi bersih, baby kuat dan juga
paru-paru baby juga kuat.
Ni tengah semangat mencari resepi untuk masak
sup sarang burung layang-layang ni.
Dah masak nanti Marsha share resepi yer…
|
Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
9 Comments
Tak pernah lagi makan sarang burung ni.. rasa macam nak cuba la sebab banyak khasiat dia kan..
ReplyDeleteBila tengok khasiat dia tu meronta nak buat sup. Tak preggy pun boleh ni sbb utk kulit dan kesihatan dalaman
Deletesarang burung mmg banyak khasiat nya kann. bagus
ReplyDeleteBetul tu busyra. Khasiat dia banyak sgt
DeleteWah..wah..kemain..hehe..x pernah try lgi mkn sarang burung lyg2 ni..tau khasiat dia tu tpi klu nk beli,rega dia boleh tahan kan...
ReplyDeleteBetui kalau beli tak merasa kot...ni kwn bg kita amik 😋
DeleteBagusnya.. Banyak khadiat dia..
ReplyDelete#khasiat
Deletekan bagus sgt 😘
DeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)