Sekolah Dahulu dan Sekolah Sekarang
Assalamualaikum
Dah lama rasa Marsha
meninggalkan alam persekolahan sejak tahun 1999 masa tu ambil SPM tapi masih
lagi berada di sekolah sekarang sebagai insan yang berbeza iaitu pendidik. Dulu
sebagai pelajar sekolah yang biasa-biasa tak menonjol di sekolah. Akhirnya pada
umur 30 tahun masuk balik ke sekolah sebagai pendidik…alhamdulillah. Ini bermakna
sekolah dengan Marsha tak boleh berpisah. Rezeki memang di sekolah akhirnya
walaupun masa degree jurusan yang diambil ialah perhutanan. Tambahan lagi abah
pun happy ada juga anak dia yang ikut jejak dia sebagai seorang pendidik. Ya,
Marsha seorang sahaja yang ikut jejak abah sebagai seorang pendidik dari lima
beradik.
Ok bila tengok tajuk
diatas masa ni rasa nak imbas kembali sekolah di zaman Marsha dulu, pada tahun
90-an. Marsha ni generasi 90-an tau, UPSR tahun 1994, PMR atau
sekarang dikenali sebagai PT3
tahun 1997 dan SPM tahun
1999. Banyak kenangan dan pengalaman yang Marsha dapat di zaman persekolahan
dulu. Bila berada di zaman sekarang memang nampak banyak perbezaan dan
perubahan sekolah dahulu dan juga sekolah sekarang. Bukan dari segi pelajaran
sahaja tapi banyak juga sisi atau segi lain yang mengalami perubahan yang
ketara dan ada juga yang tidak ketara.
Perbezaan Sekolah Dahulu dan Sekolah Sekarang?
Sekolah dahulu kita
masih sangat kurang menggunakan pengangkutan untuk ke sekolah.Biasanya paling
ok pun ibu bapa hantar atau naik bas sekolah dan bas biasa. Tu pun kiranya
kawan-kawan yang ayah ibu bekerja dengan jawatan yang agak tinggi. Kebanyakkannya
akan berjalan kaki dan juga naik basikal ke sekolah. Jarang tengok yang tak
berlesen bawak motosikal atau kereta. Tetapi sekolah sekarang sudah jarang
datang sekolah berjalan kaki, berbasikal atau dihantar oleh ibu bapa. Boleh
dikira dengan jari jemari. Kebanyakannya menaiki motosikal walaupun tidak
mempunyai lesen memandu yang sah. Biasanya lesen memandu motosikal boleh di
ambil bila individu mencecah umur 16 tahun keatas berdasarkan tarikh lahir.
Jika belum mencapai umur 16 tahun maka individu terbabit tidak layak untuk
memohon lesen memandu motosikal. Tetapi pada zaman sekarang ibu bapa lebih
mementingkan kemahuan anak-anak dan sanggup membeli motosikal walaupun sedar
anak tidak mempunyai lesen memandu dengan alasan hanya untuk ke sekolah. Tetapi
ia sebenarnya mengundang bahaya kepada anak-anak jika berlaku perkara yang
tidak diingini. Di sekolah Marsha sendiri pun ada berlaku kemalangan antara
pelajar dan orang luar dan lagi teruk sebab pelajar tersebut tidak mempunyai
lesen memandu. Jadi, sebolehnya anak-anak perlu ada lesen memandu dan kita
sebagai ibu bapa dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Budaya di sekolah
dahulu dengan sekolah sekarang juga berbeza. Jika sekolah dahulu pelajar dari
jauh dah berlari menolong cikgu bila nampak cikgu membawa beban yang banyak
semasa ke kelas tambahan cikgu tersebut sarat mengandung atau sudah berusia.
Pointnya disini bukan nak suruh pelajar asik bantu cikgu tetapi itu adalah satu
nilai murni yang ada pada diri seseorang terutamanya pelajar. Tetapi pelajar
sekarang hanya melirik anak mata sahaja. Lebih mementingkan diri dari menolong
cikgu. Mungkin ia adalah satu trend pada anak-anak zaman sekarang. Kerana
mereka lebih terdedah pada gadget dan kurang bersosial di luar dengan orang
yang lebih tua. Namun masih ada segelintir pelajar yang masih ringan tulang
membantu cikgu. Sangat berterimakasih kepada segelintir anak-anak pelajar yang
masih bersikap ringan tulang.
Dari segi pemakaian
pelajar juga sama, sangat ketara perubahannya. Mungkin pada zaman kini lebih
mengikut gaya K-POP jadi seluar sekolah yang telah dijahit elok kakinya
ditambah jahitan menjadi sempit dibawah. Baju kemeja dikecikkan menjadi
muat-muat badan. Itu pelajar lelaki. Pelajar perempuan pula tudung menjadi
singkat, baju menjadi muat-muat badan dan banyak lagi. Ini semua adalah
peniruan budaya. Kalau sekolah dahulu baju sekolah yang dipakai loose dan
selesa. Tapi pada zaman sekarang pelajar lebih suka ‘modify’ supaya Nampak
lebih trendy. Pelajar perempuan mula memakai lipstick ke sekolah yang dulunya
lipstick memang tidak boleh dipakai sehingga sekarang. Tapi pelajar hanya
‘ignore’ sahaja peraturan sekolah. Pemakaian kasut dan stokin juga mengikut
peredaran zaman sekarang. Pelajar sanggup menabung untuk kelihatan lebih
menarik di sekolah. Kerana para pelajar sekarang lebih mementingkan penampilan
diri dari pelajaran.
Sekolah Dahulu dan Sekolah Sekarang |
Lagi satu kalau
sekolah dahulu ibu bapa serahkan anak-anak pada guru. Kalau salah minta di
jalankan hukuman asal tidak memberi kesan negatif kepada pelajar. Janji
anak-anak akan tahu kesalahan mereka. Tapi lain pada zaman sekarang kerana ada
ibu bapa yang lebih banyak memihak pada anak-anak walaupun terang lagi bersuluh
anak mereka membuat kesalahan. Kemudian bila pelajar dihukum kerana membuat
kesalahan, ibu bapa pula membuat laporan polis dan viralkan di media social.
Sudahnya pelajar menjadi besar kepala.
Bukan sahaja dari segi
budaya ke sekolah dan juga pemakaian, dari segi Pendidikan juga berubah.
Antaranya ialah cara pembelajaran, sumber pengetahuan dan pada sekolah itu
sendiri. Sekolah dahulu cara pembelajaran sangat ringkas hanya menggunakan
papan hijau bersama kapur putih. Tapi sekolah sekarang kita ada pelbagai ABM
(Alat Bantu Mengajar) yang berteknologi tinggi seperti laptop, LCD projector
dan pelbagai lagi. Ia lebih mudah dan pelajar lebih berminat. Cara pelajar
mendapatkan sumber pengetahuan juga berbeza. Sekolah dahulu pelajar banyak
menghabiskan masa di perpustakaan sekolah malah perpustakaan negeri untuk
mendapatkan maklumat. Membuat pinjaman buku untuk mengulangkaji dan sebagainya.
Sekolah sekarang, pelajar sudah jarang menghabiskan masa di perpustakaan.
Mungkin hanya segelintir yang masih menjadikan perpustakaan sebagai tempat
mencari maklumat. Sekolah sekarang bagi yang mempunyai kemudahan internet
dirumah akan mencari maklumat secara digital melalui laman-laman web yang
diperlukan. Hanya ‘search’ dan maklumat akan terus dapat dengan masa yang
singkat. Tak perlu guna komputer atau komputer riba. Telefon pintar juga boleh.
Lebih senang dan juga praktikal pada zaman sekarang. Jadi tak hairanlah kalau
seawal 4 tahun kanak-kanak sudah mempunyai telefon pintar atau tab. Dah pandai
explore macam-macam.
Dulu semua maklumat
pelajar atau markah peperiksaan akan dilakukan secara manual oleh guru. Tapi
sekarang tidak lagi. Maklumat tentang pelajar juga seperti nama, alamat,
maklumat keluarga akan diisi oleh guru secara online dalam aplikasi yang di
panggil sebagai APDM.
Jadi guru-guru dapat mengemaskini sahaja maklumat dari tahun ke tahun jika ada
perubahan dari segi gaji ibu bapa, alamat atau lain-lain. Dengan adanya
aplikasi APDM ni, ia memudahkan guru biasiswa untuk menapis pelajar yang
betul-betul layak untuk mendapat biasiswa. Markah pula juga diisi online oleh
guru dalam aplikasi yang dikenali sebagai SAPS. Ini
memudahkan ibu bapa memantau pelajaran para pelajar secara online tanpa
menunggu hari bertemu waris untuk berjumpa guru. Jadi ibu bapa boleh membuat
perancangan awal untuk anak-anak jika ada masalah dan pelajar tidak boleh
menyorok markah mereka dari ibu bapa.
Sekolah dahulu tidak
banyak dibina kerana pada masa itu pembangunan belum pesat. Ada pelajar yang tidak
bersekolah kerana sekolah jauh dan tiada pengangkutan. Namun, sekolah sekarang ekoran
dari pembangunan yang makin berkembang ditambah dengan pelajar yang makin
bertambah banyak sekolah telah dibina. Pelajar tidak perlu bersekolah jauh dari
tempat tinggal kecuali yang mendapat tawaran ke sekolah-sekolah berasrama penuh
atau sekolah khas. Boleh dikatakan setiap kawasan mempunyai sekolah dan ia
sangat membantu ibu bapa yang bekerja kerana anak-anak bersekolah berhampiran
rumah. Macam Marsha sendiri jarak rumah ke sekolah anak hanya 500 meter. Tapi
jarak rumah ke sekolah tempat mengajar adalah 15 kilometer. Jauhkan? Tapi tak
apa sebab Marsha boleh memandu sendiri. Tambahan lagi memang ditugaskan
mengajar di sekolah sekarang. Walaupun sedikit jauh tapi Marsha selesa mengajar
di sini.
Itu adalah antara
perbezaan sekolah dahulu dan sekolah sekarang. Banyak sangat perbezaan kan?
Kita belum tahu lagi perbezaan yang akan berlaku pada masa hadapan. Lagi 10-20
tahun apakah perubahan dalam pendidikan dan di sekolah. Apa yang anak-anak kita
bakal lalui pada tahun-tahun berikutnya. Dengan sistem Pendidikan yang kerap
berubah mengikut tahun dan keperluan pelajar. Mungkin 10 tahun lagi Marsha
boleh buat artikel yang sama lagi kan. Ok jadi ini sahaja coretan dari Marsha
moga sistem Pendidikan kita akan jadi lebih baik dari masa ke semasa dengan
pelajar yang berdedikasi insya Allah.
Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
3 Comments
Memang byk bezanya dulu dan sekarang. Salam kenal
ReplyDeleteKan banyak beza....salam perkenalan juga..:)
ReplyDeleteSy hormat guru sy sejak tadika hinggalah sekarang zaman universiti, selamat mengajar Cikgu Marsha :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)