The TOPS, Penang Tarikan Terbaru di KOMTAR

Assalamualaikum....

Rentetan selepas ke Georgetown Herittage Chocolate di Lebuh Light, kami geng Blogger Utara berpecah menuju destinasi masing-masing.
Ada yang ke hotel untuk next review dan ada ke kenduri.
Lain pulak tempat tuju Marsha sekeluarga iaitu ke KOMTAR.
Pernah dengar tentang The Tops tak?
Meh Marsha story tentang The Tops ni....

The TOPS? Apa yang MENARIK?

Nampak tak perkataan 'THE TOP'??

The TOPS adalah satu-satunya tarikan yang ada di KOMTAR.
Sebelum ni dok tengok je iklan kat KOMTAR gambar dinasor tapi tak terpergi.
Tapi lepas settle job review kat Georgetown Herittage Chocolate en suami ajak ke The TOPS kebetulan tengah PROMO MERDEKA.
Yang teruja nak pergi tu sebab ada Rainbow Walk.....wah bila lagi nak cuba kan?
Walaupun ujan gerimis kami tetap ke sana sebab nak ke Penang ni bukan senang...hihi

Harga tiket?? Meh sini tengok.....

Murah kan?? Sangat berbaloi

Untuk harga tiket ni kita dapat masuk beberapa tempat seperti 7D Discovery Motion Theater, Dino Gym, Jurassic Research Center, Jelly Bump, UFCX, Dragon Regatta, Magic Mirorr Maze, Musical Carousel, Ocean Explorer, Dance Oki dan Rainbow Walk.
Tapi makyong tak boleh masuk semua sebab ada yang tak digalakkan untuk makyong.
Masa tu 7D Discovery Motion Theater pun tengah renovate so tak masuk yang tu.
Yang bestnya nak ulang masuk tempat sama banyak kali pun boley tau.....tu yang rasa berbaloi-baloi sangatt..

The TOPS ni more pada permainan ala-ala kat genting tapi indoor dan yang paling seronok adalah anak-anak.
Tapi dalam entry ni Marsha nak cerita 2 tempat yang paling recomended untuk korang datang sini.
2 tempat yang memang kat mana-mana tak kan ada.
Sangat rare for me.....hihi
Iaitu Jurrasic Research Centre dan Rainbow Skywalk.

Jurrasic Research Centre


Jurrasic Reserach Center ni more pada pengenalan pada zaman Jurassic.
Kita boleh tengok spesis yang ada. Macamana fosil dinasor ni dijumpai dan juga kita boleh tengok 'real' dinasor yang telah dicipta seakan yang real.
Jadi anak-anak memang seronok.

Belakang ada Dinasor....hihi

T-Rex dengan anak-anak

Lagi seronok bila kita masuk je Jurrasic Research Center tu rasa kita memang berada di tempat yang 'real'....memang excited.
Dalam Jurrasic Park Center ni juga ada macam lab dinasor. Tempat pembiakan dinasor seperti yang kita tengok dalam filem.
Dan 'baby' dinasor yang ada seakan 'real' serius cakap....hihi





Rainbow Walk


Satu lagi tarikan yang menarik di The TOPS ni.
Kita boleh naik ke tingkat 65 untuk lihat pemandangan dari dalam bangunan.
Tingkat 65 ni adalah tingkat tertinggi masa KOMTAR dibina dulu. Ia dikenali sekarang sebagai Observation Deck.

Pic dari jurugambar yang ada kat tingkat 65

360 View

Kemudian, masa nak buat The TOP ni dorang tambah lagi 3 tingkat untuk tarikan pelancong tak kira dari dalam dan luar negara.
Ia dikenali sebagai Rainbow Walk sebab ada titian kecil yang transparent ke bawah tau.
Agak gayat tapi bila nak grab peluang ni kan?
Kebetulan masa naik tu hujan jadi Rainbow Walk ni ditutup sementara.
Bila ujan brenti dia open balik....rezeki makyong rupanya meniti di titian kaca Rainbow Walk ni.
Memang fefeeling habis la dan nasib baik ada pengunjung yang datang sudi amikkan gambar Marsha bertiga...eh berempat sebab dalam tummy ada adik baby...hihi

Akhirnya tercapai impian

Best sangattt!!!


Alhamdulillah kenangan yang tak kan marsha lupakan.
Oh ya....PROMO TIKET MERDEKA sampai akhir bulan ni je tau nak beli.
Kepada yang beli online tiket boleh beli sekarang sehingga akhir bulan September ni tapi boleh reedem hingga hujung Disember.
Kalau walk in sampai end September ni je tau.
Apa tunggu lagi??? Jom......💖💖💖

Belanja gambar makyong





Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

2 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us