13 Oktober 2017 Sepatutnya Masuk Hospital

Tarikh Masuk Hospital


Assalamualaikum


13 Oktober 2017

Tarikh kat atas tu adalah tarikh yang sepatutnya Marsha dijadualkan masuk hospital untuk di induce jika baby belum menunjukkan tanda-tanda mahu melihat dunia. Di induce bermakna dipaksa bersalin. Kenapa? Sebab Marsha ada GDM semasa preggy iaitu Diabetes. Bila dengar dipaksa tu hati sangat berdebar-debar kerana belum pernah berpengalaman lagi. Dulu masa kakak Anith overdue pun tak paksa bersalin sebab masa tu belum educate lagi.  Menurut doktor di klinik kesihatan Marsha tak boleh overdue sebab dikhuatiri nanti akan memberikan komplikasi pada bayi yang akan dilahirkan. Jadi untuk selamatkan bayi dan ibu perlu diinduce jika pada tarikh yang dinyatakan bayi belum menunjukkan tanda-tanda.

Bila tau macam tu Marsha berdoa pada ALLAH moga Marsha bersalin awal dari due date.  Setiap kali doa tak lekang dari hati dan bibir . Alhamdulillah ALLAH mendengar doa hambanya yang hina ini dan baby keluar 2 minggu awal dan dipermudahkan proses bersalin...Alhamdulillah syukur atas rezeki MU YA ALLAH. Tepat 420 pagi, 30-09-2017 sabtu lahirnya seorang putera dalam famili kecil kami seberat 3kg. Bersamaan 10 Muharram iaitu Hari Asyura. Alhamdulillah.

Pada hampir tengah malam 29 September Marsha rasa mild contraction dan turun sedikit darah. Kami packing barang dan bertolak ke hospital jam 1230 tengah malam. Jam 1 pagi sampai di hospital masa tu dah 5cm bukaan. Alhamdulillah jam 420 baby selamat melihat dunia. Rasa bermakna sangat semasa proses bersalin suami ada sama menyaksikan proses bersalin.

14 hari umurnya

Baby pun semakin membesar dengan sihat di samping Marsha sekeluarga. Bersyukur kerana dapat melahirnya baby dengan selamat dan dipermudahkan ALLAH. Saat entry ni ditulis, Marsha tengah berpantang selama 14 hari. Bermakna umur baby pun dah 14 hari.

Semasa mengandungkan baby alhamdulillah semua dipermudahkan ALLAH. Cuma ada alahan tapi mild je alahan. Selain tu Marsha aktif seperti mengandungkan kakak Anith dulu. Syukur alhamdulillah dapat tunaikan juga harapan kakak Anith nak adik. Dah lama dia menunggu kehadiran adiknya ni. Akhirnya Allah dengar doa Kakak Anith.

Moga kedua-dua anak ibu akan menjadi anak yang soleh dan solehah. Disenangi orang sekeliling dan berhati mulia. Aaamin.






Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

4 Comments

  1. alhamdulillah.. semoga jadi anak soleh aset ibu ayah ke syurga =D

    ReplyDelete
  2. amin, alhmdulillah, selamat berpntang kak marsha!

    ReplyDelete
  3. Syukur Alhamdulillah, moga baby sentiasa sihat...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah semuanya selamat, susah kan nak jadi ibu... semua penyakit datang awal hahahaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us