Akhirnya..........Breastpump Pilihan Hati

Akhirnya Sudah Jumpa Breastpump Pilihan Hati


Assalamualaikum


Dari masa awal preggy dan akhir-akhir preggy Marsha masih blur nak beli breastpump yang mana.
Memang dah ada 2 jenis pilihan hati antara Medela Freestyle atau Spectra 9 Plus.
Memula tu more pada Medela Freestyle tapi harganya agak tinggi tapi kualiti setanding harga.
Suami pun dah bagi green light sebenarnya untuk memiliki Medela Freestyle tersebut.
Kawan-kawan pun ramai suggest Medela Freestyle sebab dorang pakai tahan bertahun-tahun.
Spectra 9 Plus ni harga affordable dan ianya produk latest dari Spectra.
Tapi kualitinya masih tak kalah oleh Medela Freestyle.
Sebab Marsha ni kira begineer nak fully breastfeeding, jadi Marsha kena timbal balik banyak faktor...hihi.
Sementara nak memikior yang mana pilihan hati Marsha beli dulu manual pam yang silicon di Shopee brand HAKA untuk backup....hihihi

Medela Freestyle atau Spectra 9 Plus?


Akhirnya setelah timbal balik dari semua faktor Marsha telah memilih Spectra 9 Plus.
Dari segi harga yang affordable dan kualiti yang terbaik setanding Medela Freestyle.
Nanti boleh request ngan encik suami freezer so dah dalam bajet Medela Freestyle...hihihi
Marsha juga tambah collection cups yang boleh handsfree iaitu Fremmie.
Harga combine masih dalam range harga Medela Freestyle lagi....seronok....hihihi.

Pilihan Marsha buat ni setelah buat research dan banyak lagi.
Nanti ada rezeki lebih kita try Medela Freestyle pula.
Sementara ni kita try Spectra 9 Plus dulu untuk baby.
Sebenarnya ada banyak lagi brand breastpump ni.
Antara yang Marsha ingat selain Medela & Spectra ialah Malish, Lacte, Halford dan banyak lagi.
Lepas tu setiap brand tu ada jenis-jenis dia pula.
Ada yang kecil yang boleh guna power bank pun ada.
Jadi sekarang memang sangat banyak pilihan.
Pilih je selari dengan bajet kita.
Tu paling penting.

Spectra S9 Plus, Collector Freemie & Free Gift


Spectra 9 Plus ni Marsha grab dari Puan Hazarina Ishak owner Suri.My.
Puan Haza juga memberikan tips-tips menggunakan breastpump juga share tentang BF juga.
Actually Puan Haza ni adalah kaunselor laktasi.
Best kan?

So bila try Spectra 9 Plus ni boleh add collector. Jadi marsha amik Fremmie untuk collector handsfree.
Jadi nt dah naik kerja boleh pump direct kat workstation atau tgh drive.
Tak perlu nak g surau or mana-mana tempat tertutup.
Orang tak perasan pun kita tengah pam susu....hihihi.
Bila ditambah dua item tu harga jauh lebih murah lagi dari medela FS.
Jadi boleh request freezer ye tak??...hihihi

Buat masa ni Marsha masih menyesuaikan diri untuk breastfeeding.
Doakan misi Marsha untuk anak kedua ni berjaya ye.
Dulu lack of knowledge sekarang kena belajar dan belajar.
Lagi satu jangan putus asa ya Marsha!!!! 😍😍😍







Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

11 Comments

  1. Wah bestnya. Buat stok untuk baby banyak2

    ReplyDelete
  2. Tahniah kerana berusaha sedaya upaya untuk fully bf, semoga konsisten dan berjaya...

    ReplyDelete
  3. semoga berjaya marsha...itulah yg terbaik untuk anak

    ReplyDelete
  4. Annur pun guna freemie.. Tapi dengan pam lacte duet. Tempat kerja Annur jauhh..nak sampai ke tempat kerja tu makan masa sampai 45 minit. So memang berbaloi beli freemie, Annur boleh mengepam sambil driving.
    Gudlak tau akak. Kak marsha boleh!

    ReplyDelete
  5. mmg berguna untuk ibu2 yang bekerja nanti bole simpan buat stok susu untuk anak dekat rumah pengasuh

    ReplyDelete
  6. Dulu guna spectra juga, tapi spectra 3 yang besae gabak tu. Kali ni boleh pinjam medela freestyle adik punya lah untuk penyusuan next year

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us