Lampin Kain Pertama Baihaqi
Assalamualaikum
Maaf sebab lately tak sempat nak updated sehari satu entry sebab kekangan masa.
Tapi Marsha akan tetap cari masa untuk updated secara konsisten walaupun masih bertitle 'maktang'...hihi
Jadi sementara menunggu hero kecik nak menyusu, Marsha amik peluang ni untuk sharing sedikit sebanyak tentang cloth diaper.
Sebenarnya cloth diaper atau lampin kain ni telah bertapak 8 tahun lepas.
Masa tu Marsha start cloth diaperkan kakak Anith.
Masa tu cloth diaper agak pricey tapi disebabkan ia boleh basuh dan guna semula, pelaburan jangkamasa panjang sangat berbaloi.
Apakah Lampin Kain (Cloth Diaper)
Teaserrr!! |
Lampin kain ni adalah lampin moden yang berbentuk seperti lampin pakai buang tetapi materialnya adalah dari kain, mempunyai insert dan booster dari beberapa fabrik seperti cotton, hemp dan bamboo.
Ia di cover dengan cover yang mempunyai PUL supaya tidak bocor.
Ia boleh digunakan berulang kali (pakai-basuh-pakai) dan ianya bertahan at least 5 tahun jika amalkan penjagaan dengan betul.
Sekarang ni ada banyak jenama lampin kain moden ni dari local dan juga luar negara dan sangat berkualiti tinggi.
Masa kakak Anith dulu brand pertama ialah coolababy & lunatots (local owner).
Yang menariknya lampin kain moden ni mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik yang sangat cantik.
Konsep lampin kain moden ialah pakai-basuh-pakai...ala macam lampin dedulu mak kita guna cuma ia dimodenkan.
Kebaikan Lampin Kain Moden
Kebaikan guna lampin kain moden ni untuk Marsha ialah anak bebas dari bahan kimia yang ada pada lampin pakai buang.
Bum baby pun tak melecet sebab bila pakai lampin kain moden ni buat kita sebagai ibu lebih alert.
Biasanya lampin kain moden ni akan bertahan paling lama 2 jam if baby tak berapa pee or poo.
Kalau kerap lagi sikit masa bertahan sebab konsep ia adalah kain.
Tak mengandungi bahan kimia utk serap dan rasa kering.
Nak tau tak proses potty training kakak Anith pun mudah sebab bila guna lampin kain moden ni, bayi akan alert kebasahan juga.
Marsha hanya amik masa 2 minggu untuk ajar kakak Anith diaperless.
Bum dia pun tak ada ruam.
Lampin Kain Moden Pertama Baihaqi
Sebenarnya Baihaqi hanya recycle lampin kain kakaknya yang Marsha dah basuh dan simpan bertahun lamanya.
Tapi ada beberapa yang Marsha beli pada kehamilan kedua sebelum misscarriage iaitu saiz newborn.
Sebelum ni tak ada size newborn sebab mula cding kakak Anith masa tu umur dalam hampir setahun.
Lepas tu yang lain Baihaqi akan guna lampin kain kakaknya....pinkish tu layankan je adik ye..hihi.
Lampin pertama Baihaqi Marsha dah pre-wash dan sedia untuk dirasmikan....hihi
Kali ni Marsha gunakan lampin kain moden bersaiz newborn jenama Grovia.
Jenama Grovia ni dari luar negara dan brand ni sangat femes.
Susah ke nak Manage Lampin Kain Moden?
Ermmm....yang ni payah sebenarnya nak explain.
Tapi Marsha share dari mata Marsha yer dan sebenarnya ia depends pada masing-masing.
Ada yang bagitau leceh nak basuh, tak sempat dan banyak lagi.
Mungkin masa tu Marsha jobless jadi fokus Marsha untuk CDing kakak Anith success.
Untuk Baihaqi ni Marsha akan cuba fokus.
Bab basuh tu sebenarnya Marsha campak mesin basuh je.
Cuma mula-mula tu kita perlu bilas poo dan pee baby, perah dan letakkan dalam baldi.
Biasa dulu Marsha akan basuh 2 hari sekali.
Tiada bau sebab kita dah bilas awal-awal.
Sabun basuh lampin kain ni hanya guna sabun serbuk biasa yang brand DAIA dll tapi tak boleh gunakan pelembut kerana ia akan menyekat penyerapan insert.
Ok jadi next entry Marsha akan terangkan lebih lanjut tentang lampin kain moden ni yer.
Serta pengalaman Baihaqi dengan lampin kain moden ni.
Ok see ya....
Marsha
Part Time BloggerReview Product & Place, Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
13 Comments
Dah lama x tgok diapers mcm ni kan..rasanya blom ramai yg guna lagi ni...
ReplyDeletetak pernah lagi cuba..menarik! menjimatkan
ReplyDeletedulu macam terkenal kan cloth diaper ni. pada sha rasanya memudahkan kot kalau ada cloth diaper ni
ReplyDeleteComel je cloth diaper ni. Biasa nampak yang jenis moden tu je. First time nampak yang jenis macam ni. Rasanya kalau pakai diaper kain macam ni pun ok. Cuma bab basuh tu ajelah pada yang malas dan nak jimat masa :)
ReplyDeleteWow dah ada lampin macam ni canggih dan cantik... Senang nak basuh ker yang ni tak perlu lah nak pakai buang...
ReplyDeleteJimat duit xpyh beli pampers...suka CD ni conel2 design
ReplyDeleteComel je lampin kain skrg. Sis dulu2 kalau x pamper pakai kain yg putih tu je..hehehe
ReplyDeletesaya pun guna cloth diaper masa anak kdua umur 10 hari smpai setahun. Lepas tu sbab sibuk kerja tak sempat nak uruskan. tapi serius memang best. Dan boleh buat ketagihan membeli cloth diaper yang comei2.
ReplyDeleteMenarik jugak...
ReplyDeleteInterest in having my second baby maybe I should try this out!
ReplyDeleteAnk 1st dulu mmg rajin pkaikan CD...mai yg anal no 2 ni boleh kira dgn jari brp kali pkai...
ReplyDeleteBila tgk org pakaikan ank dgn CD...berkobar2 la blik nk pkaikan si kecik CD
Mmg rajin mak2 yg pakaikan CD ni.. Hehe.. Sy sbb suami yg jaga anak.. Dia tak nak guna CD.. jadi beli aje pampers..
ReplyDeletetime anak2 kecil2 dulu, pernah juga beli cd,.. tapi dua tiga kali guna dah tukar pada pampers balik kerana memang surrender, x sompat, x larat, x mampu... uwaaaaa
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)