Cipta Detik "Scent-sasi" Dimana-mana Sahaja
Assalamualaikum....
Korang nak tahu tak apa yang 'wajib' dan satu kemestian bagi seorang gadis atau wanita?
Mesti wangi.....betul tak? Ala....lelaki pun sama kan? Sebab wangi akan membuatkan seseorang lebih yakin bila keluar dan melakukan aktiviti formal atau tidak formal.
Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi,
rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di
hadapan cermin sebelum melangkah keluar.
Menjelang tengah hari, selepas menghadiri
beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain, kita akan touch up mekap at least menyapu gincu selepas makan tengahari dan juga solat. Menjelang petang pula, akan membuat
perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, ataupun temujanji
bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan
sebelum melangkah keluar.
Satu perkara yang perlu kita sebagai wanita ingat setiap kali
selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian
memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi
impresi yang berkekalan.
ENCHANTEUR berbangga
menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan
dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan
produk yang relevan. ENCHANTEUR juga sedar bahawa sesetengah
wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk
merapikan semula wangian diri.
Enchanteur Petite Parfume |
ENCHANTEUR memperkenalkan
wangian terbaharu mesra beg tangan dan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM
dalam bentuk bebuli – yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini
merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh
dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usaha sama bersama pencipta wangian
Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada
pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para
gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian
ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri
dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.
ENCHANTEUR
PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang
sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa
perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini
membolehkan aromanya bertahan lebih lama.
Direka
dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan
mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat
membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban. Juga tidak mudah tumpah.
Dengan
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM
yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di
mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk
dimuatkan di dalam tas tangan anda – direka untuk kelihatan hampir sama dengan
saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan
rumah. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik
atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah. Kini, para wanita
boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang
lebihan ruang atau muatan.
Rangkaian
ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri
mereka! Mereka boleh suai padankan mana mana wangian untuk mencipta wangian
tersendiri yang menjadi ‘signature’
si pemakai.
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)
Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear
amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa
dengan rakan-rakan, atau insan instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat
sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan.
Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.
Jolie (Lovely) |
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling)
Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan
bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi
si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya,
aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri
hati dan mendapat perhatian ramai.
Cheri (Darling) |
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour
(Beautiful Love)
Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat
jantungmu berdegup dan meransang deria bau. Pembungkusan merah jambu ini bakal
mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple
Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan
gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan si pemakai menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikan si pemakai teman
istimewanya selamanya.
Belle Amour ( Beautiful Love) |
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable)
Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan,
keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi
sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan
dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya.
Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan
kasih padamu.
Adore (Adorable) |
Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia.
Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa yang anda inginkan dan anda
akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya.
Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
28 Comments
Jolie dengan belle amour sedap sangat bau nya..
ReplyDeleteBetul sama
DeleteAummm mesti bau best best nii hehe.
ReplyDeleteAummmm.....memang semua wangi.....senang nak masuk dalam kocek je
DeleteMenarik perfume ni..senang di bawa..
ReplyDeleteBetul masuk kocek je
Deleteenchanteur haruman sepanjang masa..
ReplyDeleteWangian dia tahan lama kan kak
DeleteMemang wangi bau enchanteur ni
ReplyDeletesokong!!
DeleteBestnya wangi-wangi semuanya. Saiz dia pun comel jadi mudah sangat nak bawak kemana saja
ReplyDeleteYup yang best selain bau ialah ia praktikal
DeleteWah bestnya. Mudah nk bawa. Boleh lah kekal wangi lepas ni.
ReplyDeleteBetul tu mana-mana boleh roll on je
Deletemenarik dan of courselah wangi!
ReplyDeletesokong sangattt!!
Deletemesti wangi semuanya tu
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
sure mai....semua wangi
DeleteSuka keempat2 koleksi perfume petite enchanteur ni..senang buh dalam beg...
ReplyDeleteKite pun sama suka semuanya
DeleteMesti wangi ni kan
ReplyDeletememang wangi
DeleteHarga mampu milik. Roll saja dah wangi :)
ReplyDeleteBetul tu harga memang berbaloi
DeleteKaklong suka yang warna biru tu. Lembut je baunya :D
ReplyDeleteAnak marsha booking yang orange...hihihi
DeleteSuka semua bau...wangi2
ReplyDeletesama suka semua
DeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)