Nak tanya ni....weekend ni ada kemana-mana tak? Kan cuti sekolah pun dah mula kan. Kalau tak ada nak kemana-mana boleh lah bawa anak-anak ke karnival yang confirm anak-anak tak tolak. Kemana tu??? Ia diadakan di MAEPS Serdang.....jeng jeng jeng!!!
Karnival Upin Ipin Sangat Luar Biasa
Kepada peminat fanatik Upin Ipin mesti dah tau kan sebab karnival ni tahun lepas dah diadakan di Putrajaya. Tapi tahun ni berbeza sedikit dengan tema 'Luar Biasa'. Ini kerana sambutan yang luar biasa pada tahun lepas memberi keyakinan kepada pihak Les Copaqe untuk mengadakan Karvinal Upin Ipin Luar Biasa 2017 ditempat yang lebih luas dan lebih selesa. Aktivitinya lebih gempak dan luar biasa. Luar biasa kah Karnival Upin Ipin ni? Jom baca entri Marsha sampai ending tau.
Tentang Karnival Upin Ipin Luar Biasa 2017
Diadakan di MAEPS Serdang bermula dari 24 Nov hingga 26 Nov iaitu hari ni. Bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Harga tiket?? Ok jom tengok kadar bayaran untuk dewasa, kanak-kanak, warga emas dan OKU serta ada pakej VIP dan Keluarga juga.
Harga tiket Karnival Upin Ipin
Tiket boleh dibeli secara online atau walk in di Hall C MAEPS. Ok dah tau venue, masa dan kadar bayaran kan? Bebaloi kan bayaran mampu milik untuk papa mama yang mahu bawa anak-anak family time kat sini. Oh ya, untuk parking, ada parking berbayar serendah RM5 dan disana akan ada tram untuk ke Karnival Upin Ipin Luar Biasa. Karnival Upin Ipin ni diadakan di dua Hall berbeza iaitu Hall A dan Hall C dengan pelbagai aktiviti yang berbeza. Jom kita tengok apa ada pada Hall A dan Hall C.
Majlis Pelancaran, Persembahan Ultraman Ribut, Upin Ipin, Pada Zaman Dahulu & Puteri Limau | Hall A
Marsha dan keluarga kecil Marsha pergi ke Karnival Upin Ipin Luar Biasa 2017 pada hari pertama iaitu Jumaat 24 Nov. Memang sengaja pergi hari jumaat sebab yakin kalau sabtu ahad crowdnya mesti ramaiiii sangat...hihi. Kami tiba di karnival jam 2.30 petang selepas solat jumaat dan terus ambil tiket. Kebetulan jam 3 petang akan bermula pelancaran jadi kami terus ke Hall A dan mengambil tempat berhampiran pentas untuk memeriahkan majlis pelancaran Karnival Upin Ipin Luar Biasa 2017. Kami mengambil tiket VIP dan boleh duduk ditempat yang selesa bersama bean bag berdekatan pentas dan Marsha rasa selesa dengan adanya baby.
Bahagian Tetamu VIP
Selesakan Baihaqi
Majlis Pelancaran ini dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia.
Perasmian oleh YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia
Alhamdulillah Majlis Pelancaran berjalan dengan lancar dan sukses. Tahniah kepada team Les' Copaque Production Sdn. Bhd.. Selepas majlis pelancaran dan press conference dari YAB, bermula lah persembahan diatas pentas oleh Upin Ipin - Pada Zaman Dahulu - Ultraman Ribut - Puteri Limau sehingga menjejak jam 0615 petang. Persembahan mereka sangat mantap dengan tarian, jawab kuiz dan juga bergambar. Kakak Anith berpeluang menjawab soalan Pada Zaman Dahulu dan dapat cupcake dari mereka.
Persembahan Upin Ipin
Sempat bergambar dengan anak dara
Sempat Bergambar dengan Mei Mei
Persembahan Puteri Limau
Kakak Anith bersama Cupcake Pada Zaman Dahulu
Yang paling seronoknya ialah buat peminat Ultraman, pihak Les' Copaque Production Sdn. Bhd. telah menerbangkan Ultraman dan raksasa direct dari Jepun untuk membuat persembahan di sini. Special sangat!!
Ultraman dengan Raksasa Kecil
Ultraman Segak Bergaya
Antara aktiviti lain di Hall A ialah aktiviti anak anak seperti face painting, buat bracelet, aktiviti maze dan banyak lagi. Kakak Anith hanya sempat buat aktiviti Maze dan Face Painting sahaja. Tapi itu pun dah sangat happy dia kata.
Proses Face Painting
Cantik tak Puteri Purut??
Selain tu juga banyak gerai jualan yang menjual jajan Upin Ipin dan juga merchandise Upin Ipin dengan harga yang berbaloi. Marsha grab T-Shirt dengan aktiviti press dengan harga RM15 Dewasa, RM10 kanak-kanak. Berbaloi sangat sebagai kenangan.
Baju yang Marsha grab RM50 4 helai
Dewan Magic | Hall C
Hall C berbeza dengan Hall A aktiviti dia. Tiada persembahan yang dijalankan di Hall C ini tapi ada beberapa aktiviti yang kita boleh buat di Hall C ini. Di dalam Hall C ini pihak Les' Copaque Production Sdn. Bhd. telah mendedahkan beberapa aktiviti yang melibatkan penghasilan kartun Upin Ipin dan juga siapa di sebalik Upin Ipin ini.
Belakang Tabir| Pereka Model
Kakak Anith sempat bergambar dengan 'real' Ehsan tau. Ala...si intan payung tu...hihihi. Juga bersama watak kancil dalam kartun Pada Zaman Dahulu.
Kakak Anith bersama Ehsan & Kancil
Paling menarik hati Marsha adalah anak-anak diberikan peluang untuk merakam suara mereka. Kakak Anith mengambil peluang ini untuk merakam suara dengan bantuan team Les' Copaque Production Sdn. Bhd. Jom kita tengok sebelum dan selepas.
Semasa Rakaman
Setelah Selesai Editing
Best kan anak-anak kita berpeluang untuk merakam suara mereka sendiri. Video rakaman ini boleh kita dapat dengan harga RM15 sahaja dapat sekali dengan pendrive. Berbaloi kan?? Marsha beli sebab nak abadikan kenangan Kakak Anith merakam suara.
Pendrive yang dibeli dalam tu ada rakaman Kakak Anith
Selain pada itu juga, Hall C adalah port terbaik untuk bergambar. Bagi yang suka bergambar Hall C adalah venue yang terbaik. Ada port seperti Tadika Mesra, Rumah Opah dan Alam Dino. Jika betul timing, boleh bergambar dengan Ultraman Ribut dan juga berinteraksi dengan Kak Ros. Tapi kakak Anith tak sempat nak bergambar dengan Ultraman Ribut dan berinteraksi dengan Kak Ros kerana terlepas jadual....huhuhu. Tapi ibu dah tarik perhatian dengan aktiviti face painting di Hall A, jadi Puteri Purut kejap...hihihihi
Tempat Mewarna
Nenek Kebayan
Jom study Upin Ipin
Kami depan rumah Opah
Bersama Ultraman
Ada juga persembahan wayang kulit tau cuma Marsha juga tak berpeluang sebab terlepas jadual. Semua nak pegi sebab best sangat!! Luar biasa!!
Antara Wayang Kulit
Secara keseluruhannya buat Marsha yang pertama kali ke Karnival Upin Ipin ni Karnival Upin Ipin ini sangat luar biasa dengan pelbagai aktiviti yang menarik untuk anak-anak. Sebenarnya bukan anak-anak je teruja. Papa mama pun teruja tau....hahahaha. Dan kalau boleh untuk next year kalau boleh pihak Les' Copaque Production Sdn. Bhd. boleh memanjangkan tarikh dari 3 hari ke 1 minggu supaya ramai lagi yang berpeluang ke Karnival Upin Ipin yang luar biasa ini.
Untuk maklumat lanjut dan melihat gambar-gambar sekitar Karnival Upin Ipin
Sally tak sempat nak pi karnival ni...biar la org kata Upin Ipin utk budak kecik ke apa...hahaha..tetap suka tgk dorang...teringin betul nak tgk rumah Upin Ipin tu..haihhhh~ harap-harap cepat la siap taman tema dia!
Dah suggest kawan-kawan datang sini bawak anak-anak. Kartun Puteri Limau tu best jugak. Selalu juga duduk depan TV sampai kena marah sebab time Maghrib kan. Hehe
27 Comments
Memang luar biasa best sangat-sangat. Anak-anak miza pun sampai tak nak balik
ReplyDeletewah seronoknya jumpa upin ipin. Kalau dekat dah terjah jugak ni.
ReplyDeleteMemang luarbiasa dan meriah! harap dapat pergi next year hahaa
ReplyDeleteBest gila tengok ramai blogger post pasal karnivel ni. Tak dapat pergi haritu sebab ada dekat langkawi
ReplyDeletekalau bawak adik pergi ni mesti dia suka
ReplyDelete2 tahun lepas pernah pergi karnival ni. memang terbaik. anak2 hepi giler..
ReplyDeleteSally tak sempat nak pi karnival ni...biar la org kata Upin Ipin utk budak kecik ke apa...hahaha..tetap suka tgk dorang...teringin betul nak tgk rumah Upin Ipin tu..haihhhh~ harap-harap cepat la siap taman tema dia!
ReplyDeleteTengok gambar2 pun dah best dan seronok.. kalau dapat pergi jugak kan best.. sebab iols peminat setia budak botak kembar tu.. hehe..
ReplyDeleteMemang meriah betul
ReplyDeletePackage vip berbaloi tak?
ReplyDeleteDah suggest kawan-kawan datang sini bawak anak-anak. Kartun Puteri Limau tu best jugak. Selalu juga duduk depan TV sampai kena marah sebab time Maghrib kan. Hehe
ReplyDeleteTak sempat nk beli baju. Habis size katanya. Lawa dia cop guna color gold hari tu.
ReplyDeleteBestnya. Rugi hari tu xdpt bawa my dotter dtg sni. Kan best kalau sepanjang cuti sekolah dibuka. alahaiii xde rezeki my dotter.
ReplyDeleteBukan sahaja kanak yang excited ni. Dewasa pun terhibur cmni. Jumpa karakter kartun best best plak tu
ReplyDeleteWhat a fun event for kids! So sad I miss it already.
ReplyDeletemeriah karnival upin ipin kali ni... Sedih tak dapt terjah
ReplyDeleteupin ipin ni yang paling popular dekat malaysia kan. too bad not my generation punya~~ cannot understand. haha
ReplyDeleteKalau bawak kanak-kanak ke karnival ni . Diorang la yang paling suka . Mana taknya selalu tengok dalam tv . Kali ni tengok upin ipin depan mata
ReplyDeleteMemang best sangat karnival ni. Tak rugi pergi ☺
ReplyDeleteSeronoklah anak-anak kalau dapat ke sini.
ReplyDeleteBest la kaka anith berpeluang buat recording. Untung siapa datang hari Perlancaran, sebab tak sesak sangat dengan orang ramai.
ReplyDeleteI went there too. Lots of peoples in the queue and my children had fun joining the activities.
ReplyDeleteMeriah juga sambutan dan program ini, tengok anak-anak pun gembira dan layan je aktiviti
ReplyDeleteWahhh ramai betul yang dah pergi. Jelesnya!! Kalau dpt pergi dengan adik2 mesti seronok diorang ni. Hihi
ReplyDeletesyoknyee ... dapat test lakonan suara tu ... lain2 pun best .. bebudaka suka la ni
ReplyDeleteMemang tersangat LUAR BIASA ! i SUKA Pergi event macam ni best sangat tau.. kanak-kanak pun sangat enjoy !
ReplyDeleteCuti sekolah ni, bawak anak-anak ke karnival ni pun dorang dah suka bebenor..hehe..
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)