Sihat dari Ladang dengan Botanic Health & Rasai Ketenangan dengan Relief Essential Oil - Pure Therapeutic dari Lynnity


Lynnity| Sihat dari Ladang dengan Botanic Health & Rasai Ketenangan dengan Relief Essential Oil - Pure Therapeutic


Assalamualaikum


Hari ni Marsha nak share tentang dua produk keluaran Lynnity yang berbeza fungsinya. Satu adalah minuman kesihatan (Botanic Health) dan lagi satu ialah minyak (Relief Essential Oil) untuk release stress. Kedua produk ini dihasilkan dengan menggunakan herba cina yang mempunyai banyak khasiat. Kita sedia maklum bahawa herba cina banyak manafaat dari segi kesihatan serta memberikan impak yang positif kepada kesihatan.

Botanic Health ( Phyto Citrus Blend)


Produk pertama yang Marsha nak share ialah minuman Botanic Health- Phyto Citrus Blend yang dihasilkan untuk membantu dalam kesihatan tulang dan 'joint', kesihatan kardiovascular , pengurusan kolestrol dan juga tenaga. Di zaman ini ramai anak muda sudah mengalami masalah joint atau sambungan terutamanya pada lutut.Tak tunggu berusia malah ramai yang mengalami masalah ini.

Dengan ini, pihak Lynnity telah menghasilkan minuman kesihatan | Botanic Health- Phyto Citrus Blend fokus untuk kesihatan tulang dan juga sendi untuk membantu individu yang mengalami masalah kesihatan tulang dan sendi.


Botanic Health Drink

Jangan Biarkan Detik Indah Anda Dipenuhi Dengan Kesakitan


Ayat diatas ialah dari page Lynnity sendiri dan bagi Marsha ianya sangat betul. Ini kerana dalam aktiviti seharian kita menggunakan semaksimum mungkin tulang temulang dan juga sendi kita. Masa berjalan, berlari malah duduk sekalipun. Jika kita menghadapi masalah kesihatan tulang dan sendi bermakna kita akan susah untuk bergerak dan membuat aktiviti ringan sekalipun. Jadi ia akan membuatkan kita sangat tidak selesa.

Faktor penuaan akan lebih cepat berlaku jika kita tidak mengamalkan hidup sihat dan juga pemakanan yang sihat. Jika menghidapi penyakit seperti radang sendi (osteoarthritis) dan  osteoporosis, ia akan menghalang pergerakan individu dan menghalang pesakit menjalani gaya hidup yang aktif.

Untuk masalah berkaitan tulang dan sendi ini pihak Lynnity telah menghasilkan Botanic Health- Phyto Citrus Blend yang mengandungi bahan-bahan unik untuk melindungi tisu rawan, meningkatkan kepadatan tulang dan menambah mobiliti. Pengambilan secara konsisten akan memberikan manafaat kepada tulang dan sendi serta membantu mencegah osteoporosis dan osteoarthritis.

Ianya juga amat sesuai untuk individu yang 'vegetarian' jadi ianya boleh diamalkan oleh semua orang.
Seeloknya untuk wanita yang peratusan untuk menghidapi osteoporosis yang tinggi.

Kandungan Botanic Health- Phyto Citrus Blend


  • Delima
  • Manggis
  • Alga
  • Orthosiphon (Misai Kucing)
  • Rumpai Laut Lithothamnion
  • Halia Hitam
  • Asid Askorbik
  • Bran Oat
  • Chia Seed
  • I-arginine
  • Taurina
Botanic Health- Phyto Citrus Blend


Kelebihan Botanic Health- Phyto Citrus Blend



  • Meningkatkan kesihatan tulang dan sendi
  • Membaikpulih dan mengekalkan kesihatan tulang dan rawan.
  • Mengurangkan kesakitan dan keradangan.
  • Meningkatkan dan mengekalkan pergerakan fizikal.
  • Mengurangkan kolestrol dan tekanan darah
  • Meningkatkan kesihatan kardiovaskular (jantung)



Review Marsha:


Sedap dan Sihat


Serbuk putih yang berwarna putih krim dibancuh dengan air panas suam memberikan rasa seakan minum minuman protin yang biasa Marsha minum sebelum ini. Rasanya sedap dan badan lebih bertenaga walau seharian melakukan aktiviti. Kemanisan yang just nice buat Marsha mengambilnya setiap pagi kerana Marsha jenis person yang kurang manis. Ada rasa ala-ala oat sikit dan ia mengenyangkan. Suprisingly ia sangat sesuai dengan Marsha...💓💓.

Bila dibancuh


Relief Essential Oil - Pure Therapeutic (10 ml)


Ok produk yang kedua yang Marsha nak sharing kat sini ialah Relief Essential Oil-Pure Therapeutic.
Bila buka pakaging dia sangat cantik dan bau essential oil yang wangi kat dalam sangat mengujakan Marsha utk mencubanya.

Lynnity Relief ini adalah gabungan propetiari minyak yang paling penting dan ia banyak digunakan di rumah. Ia membantu dalam melegakan ketidakselesaan yang kecil dan boleh digunakan dimana sahaja dan bila-bila kita perlukan. Direka dalam botol kecil berbentuk roll-on dan minyak asli yang di gabungkan secara esklusif diformulakan untuk memberi kesegaran, memberikan tenaga serta boleh diaplikasikan di bahagian kepala dan juga leher pada bila-bila diperlukan dan dimana sahaja!!! Yang menariknya ia mengandungi 100% Therapeutic Essential Oil...best kan?

Relief Essential Oil -  Pure Therapeutic 

Kandungan Relief Essential Oil


Mentha piperita (Peppermint) oil, Abies balsamea (Balsam Canada) needle oil, Eugenia caryophyllus (Clove) bud oil, Cocos nucifera (Coconut) oil, Lavender Flower, Hawaiian Sandalwood, SunFlower, Eucalyptus Leaf, Clary Sage Flower, Roman Chamomile Flower, Cedarwood Wood, Ylang Ylang Flower, Geranium Plant.

Cara Penggunaan


Ada 2 cara penggunaan Lynnity Relief ni mengikut jantina. Suggestion dari pengeluar sendiri. Jom kita tengok....

Dalam botol ada Chamomile Flower

Jejaka


Untuk kaum lelaki, Lynnity Relief ni disarankan dan elok diaplikasikan sebagai peneman sewaktu 'work out' di Gim atau bersukan setelah seharian stress dengan kerja harian di pejabat. Ia memberikan kesegaran, rasa dingin sewaktu dan selepas work out dengan bau yang menenangkan untuk memberikan tenaga kepada badan untuk terus aktif. Hanya sapu di leher, hujung jari, pergelangan tangan dan juga bahu.

Selain tu Marsha share kegunaan Lynnity Relief ni secara khusus:

  • Sapu pada tangan, lengan, kaki dan lutut sebelum dan selepas 'work out'
  • Gosokkan pada bahu dan bahagian bawah otot belakang selepas membuat kerja berat di pejabat atau semasa membuat pergerakan.
  • Gosok pada dada atau pergelangan tangan untuk meningkatkan mood dan kesuburan.
  • Sepanjang hari yang stress di pejabat sapu sbelum memandu untuk hilangkan stress.

Wanita

Baunya sangat wangi


Untuk wanita Lynnity Relief ini dihasilkan khusus buat wanita untuk memberi keselesaan dan ketenangan semasa haid.

Kegunaan secara khusus:

  • Semasa haid, sapukan ke bahagian abdomen untuk lebih rasa selesa dan tenang.
  • Semasa dalam keadaan hari yang panas, aplikasikan pada kulit untuk kesan yang dingin dan selesa.
  • Memberikan aroma yang tenang untuk melegakan emosi yang tidak stabil.

Bayi & Kanak-kanak


Boleh digunakan untuk fokus semasa belajar atau mengulangkaji pelajaran. Ia juga melegakan dan memudahkan pernafasan dan melegakan kesejukan dan batuk. Hanya sapu di bahagian dada, belakang, tapak kaki dan ia membantu tidur yang lena di waktu malam.

  • Bila kesejukan, selsema atau batuk boleh sapu di bahagian dada untuk kanak-kanak.
  • Aplikasikan semasa tidur malam untuk dapatkan tidur yang berkualiti.
  • Urut Lynnity Relief pada bayi secara lembut atau kaki untuk kanak-kanak sebelum tidur.


Review Marsha:


Memang Marsha suka sangat guna Lynnity Releif ni membantu Marsha untuk tenang dan selesa ketika berpantang. Baby pun lebih tenang tidak berjaga malam dan menangis seperti sebelum ini. Rasa lebih tenang dan nyaman serta stress pun berkurang kerana badan lebih bertenaga. Marsha menjalani tempoh pantang yang baik dengan Lynnity Releif ini...💗💗. Bau nya sangat wangii!!


Ok menarik kan dua produk yang Marsha share dalam entri kali ni? Jadi untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi pihak Lynnity seperti dibawah:

Website: Lynnity


Instagram: lynnityhealth





Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

38 Comments

  1. semua bahan-bahan yang depa pakai semua bagus-bagus...

    ReplyDelete
  2. essential oil tu akak suke.. golek2 je kat pergelangan tangan.. relax je rasanya..

    ReplyDelete
  3. Lin baru je mencuba produk lynnity ni. Terbaca banyak review yang best-best.

    ReplyDelete
  4. Banyaknya kebaikan produk ni. Agar ia memberi manfaat kepada penggunanya 😎

    ReplyDelete
  5. Bagus ni.. nak cuba try test yang Lynnity Relief tu

    ReplyDelete
  6. Hi salam kak marsha . Selamat pagi.. Menarik produk ni.. Sekarang banyak sangat produk untuk kesihatan.. Tinggal pilih je.. Bagus perkongsian camni.. Banyak membantu kite untuk memilih produk yg sesuai untuk kita.. Tq kak marsha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Wassalam Iris...tq iris sudi membaca sampai habis kebaikan produk ni.

      Delete
  7. Relief essential oil nie nampak senang digunakan

    ReplyDelete
  8. Sis mmg alami sakit sendi dn tulang, turun naik tangga punyalah susah. Cuba jugak supplement lain..mmg bagus tapi kalau tak ambik sakit balik. Nanti nak cuba lah produk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Recommended untuk akak...memang untuk tulang dan sendi

      Delete
  9. Linnity ni macam2 product botanic kan...semuanya ke arah bahan-bahan semulajadi yang selamat...nanti kalau ada rezeki nak cuba juga la

    ReplyDelete
  10. Hari tu kawan Rawlins share Lynnity essential oil sebab sengal2 badan. Memang best sebab takde bau minyak angin

    ReplyDelete
  11. Essential oil tu nampak macam menarik. Botol comel, mudah nak selit dapam poket

    ReplyDelete
  12. Sekarang dah ramai produk yang menggunakan essentail oil . Baguskan

    ReplyDelete
  13. Tertarik dengan Lynnity Relief tu. Kecil dan mudah nak dibawa. Jika bau yang selesa dan wangi sangat sesuai la dipakai.

    ReplyDelete
  14. macam saya perlukan Relief Essential Oil je ni untuk release stress..ingredient dia mmg organik ye?

    ReplyDelete
  15. Suka guna essential oil ni. Baunya best jer

    ReplyDelete
  16. Kita suka guna Lynnity Releaf oil tu memang melegakan dan rasa selesa jer kalau lenguh-lenguh tambah2 kita ni memang selalu mengadap laptop 24 jam huhuhuhu....

    ReplyDelete
  17. Kinah ni pun dah mula ada sakit-sakit sendi. Nampaknya kena cuba jugakla Linnity ni. Dah banyk komen dan review yang positif pasal ni. Thanks kak marsha

    ReplyDelete
  18. yes i agree with you, dont let the life fill with pain and sorrow. especially during old age after retirement. so prevention is better than cure!

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  19. Oil tu menarik sgt..mcm nk cuba juga hehe

    ReplyDelete
  20. Tertarik dengan Relief Essential Oil tu boleh cuba nanti sebab sesuai untuk semua

    ReplyDelete
  21. mnearik produk ni..memang sekrang sakit sana sini..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us