Assalamualaikum
Apa khabar semua kawan-kawan yang masih setia membaca nukilan-nukilan simple dari Marsha? Moga semua diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan...Aaamin. Lately cuaca tak menentukan? Kejap panas, kejap hujan. Ada time seharian hujan dan ini membuatkan badan kita jadi tak berapa selesa dan ada yang selsema, batuk dan juga demam. Biasanya bulan Disember ni adalah musim tengkujuh jadi hujan berlarutan tu kita dah faham dan get ready awal-awal. Bila cuaca tak menentu macam ni yang paling kesian ialah bayi. Bila cuaca tak menentu ni bayi lah yang mudah terkena selsema dan hidung tersumbat. Sebab bayi imun badan dia belum kuat lagi. Bila dah terkena selsema dan hidung tersumbat pastinya ibu-ibu susah hati. Betul tak?? Jadi Marsha nak sharing tentang satu produk yang akan membantu ibu-ibu diluar sana mencegah dan melegakan selsema dan demam ini dengan cara yang simple dan mudah.
Balm Bayi Tok Syed Bantu Legakan Selsema,Batuk dan Hidung Tersumbat Pada Bayi Dengan Langkah Mudah
Balm Bayi Tok Syed |
Mesti ramai dah pernah dengar Balm Bayi Tok Syed yang meniti dibibir-bibir para ibu-ibu sekarang kan? Balm Bayi Tok Syed ni sekarang amat terkenal sebab ia membantu ibu-ibu yang susah hati bila anak-anak terutamanya bayi bawah setahun yang selsema seperti Marsha. Umur Baihaqi baru masuk 3 bulan dan memang Marsha susah hati kalau Baihaqi dijangkiti selsema dan juga demam. Bukan bayi je tau yang boleh guna Balm Bayi Tok Syed ni malah kanak-kanak dan orang dewasa pun sesuai. Percaya tak? Jom kita tengok dengan lebih teliti tentang balm istimewa ni okay 😍😍. Buat yang belum pernah dengar tentang produk ni jom Marsha share secara detail tentang Balm Bayi Tok Syed ini.
Tentang Tok Syed Distribution (TSD)
"Tok Syed Distribution Sdn Bhd adalah syarikat yang mengeluarkan Balm Bayi Tok Syed ini dan ia ditubuhkan pada bulan April 2017 dengan pada awalannya membawa kepada perniagaan menjual produk-produk barangan keperluan ibu dan anak yang berasaskan herba-herba berkualiti traditional.
Keprihatian kami adalah penggunaan produk-produk berasaskan herba traditional kepada pelanggan kami dan sekaligus mengurangkan penggunakan bahan-bahan kimia merbahaya lain yang selalu terkandung di dalam produk-produk di dalam industri ini.
Tok Syed Distribution (TSD) |
Siapa yang sanggup melihat si manja mereka tercemar dengan penggunaan produk yang dicampuri SLES, Paraben dan yang sewaktu dengannya kan? Begitulah juga kami. Maka TSD mula melakukan beberapa kajian serta R&D untuk mengeluarkan produk-produk kegunaan harian si manja dan ibu malah orang dewasa lain sekali pun yang berasaskan kandungan pati herba-herba terpilih dari pelbagai serantau benua yang terdapat di Asia.
Di TSD kami amat mementingkan kebersihan, kualiti serta mutu terhadap produk-produk yang dihasilkan. Ianya bermula dari bahan material asas yang digunakan (kami menggunakan material asas yang berkualiti patinya) sehinggalah kepada penyediaan serta penghasilkan sehingga menjadi end-produk kami yang dikilangkan di kilang bertaraf GMP.
TSD juga membuka peluang kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini menjadi sebagai rakan niaga kami. Konsep rakan niaga yang kami bina ini merangkumi satu konsep yang legnkap di mana ia dibawah pantauan sistem pengedaran yang dibina oleh kami.
Kami cuba sedaya upaya untuk menyediakan fasiliti serta bahan marketing terlengkap bagi rakan niaga serta pengedar kami. Sekaligus ia akan memudahkan uruskan marketing mereka seharian. Di samping itu TSD juga menyediakan pelbagai insentif serta bonus tambahan bagi menggalakkan para rakan niaga dan pengedar kami terus bersemangat dan lama berniaga bersama kami.
Semoga TSD dapat membantu melahirkan ramai lagi usahawan dalam talian serta peniaga berbakat di luar sana yang memberikan perkhidmatan pelanggan berkualiti dari masa ke semasa. Dan juga diharap produk-produk yang dihasilkan dapat mencapai matlamat dalam membantu pengguna di luar sana. "
Ternyata TSD bukan calang-calang syarikat yang mementingkan keselesaan dan kesihatan bayi-bayi di serata Malaysia. Moga pihak TSD akan terus gah membina nama di serata dunia kelak dengan produk-produk yang berkualiti.
Balm Bayi Tok Syed
Ok kita dah tau tentang Tok Syed Distribution (TSD) dan Marsha nak share tentang Balm Bayi Tok Syed ni pula. Ia diformulasi khas untuk melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat bayi. Seperti yang kita maklum bayi ni sangat sensitif dan jika tak selesa memang bayi akan meragam dan kadang-kadang kita buntu macamana nak legakan ketidakselesaan pada bayi kita bila terkena selsema, batuk dan hidung tersumbat. Jadi, dengan adanya Balm Bayi Tok Syed ni ianya pasti akan memberi nafas kelegaan kepada ibu-ibu diluar sana. Bayi boleh tidur lena dan ibu pun lega...betul tak??
Menariknya Balm Bayi Tok Syed ini diadun dari bahan-bahan semulajadi dan bukan hanya dikhususkan untuk bayi sahaja malah semua peringkat usia boleh menggunakan Balm Bayi Tok Syed ini. Balm Bayi Tok Syed juga adalah balm serbaguna yang diproses di kilang bertaraf GMP. Bermakna kita tak perlu risau dengan kualiti Balm Bayi Tok Syed yang pastinya terbaik kerana ia telah melalui pelbagai proses R&D.
Balm Bayi Tok Syed Berasaskan Bahan Semulajadi, Halal Lagi Suci Tanpa Paraben dan SLES
Balm Bayi Tok Syed ni diformulasikan dengan 4 bahan semulajadi sebagai kandungan utama iaitu Beeswax (Lilin Lebah), Minyak Kelapa Dara, Minyak Bunga Matahari dan Pati Minyak Lavender. Kesemua empat-empat bahan utama ini mempunyai khasiat tersendiri yang membuatkan Balm Bayi Tok Syed ini mampu melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat. Melalui beberapa peringkat R&D didapati keempat-empat bahan ini dapat memberikan kesan terbaik kepada pengguna. Ini kerana sebahagian besar kandungan bahannya diperkaya dari bahan-bahan halal lagi suci merupakan warisan herba sepanjang zaman.
Empat bahan utama dalam Balm Bayi Tok Syed |
Untuk pengetahuan semua keempat-empat bahan ini mempunyai khasiat tersendiri dalam membantu melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat. Jom kita tengok khasiat keempat-empat bahan utama ini.
Beeswax
Dikenali sebagai Lilin Lebah merupakan pekatan bahan asli yang dihasilkan dari lebah serta dapat membantu masalah radang kulit. Ini kerana ia bersifat anti-inflamasi seperti madu juga.
Minyak Kelapa Dara
Minyak Kelapa Dara pula terbukti khasiatnya dan diiktiraf seluruh dunia. Ia bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering. Manfaat minyak kelapa pada kulit adalah setanding dengan krim pelembab. Malah ia jauh lebih baik daripada krim pelembab kerana ia diserap kedalam kulit, tidak ada kesan samping pada kulit dengan penggunaan Minyak kelapa dara. Ia membantu mengelakkan kulit menjadi kering, mengelupas dan sekali gus melambatkan proses penuaan. Jadi pemilihan Minyak Kelapa Dara sebagai bahan dalam Balm Bayi Tok Syed sangat sesuai.
4 Bahan Utama Yang Semulajadi |
Minyak Bunga Matahari
Minyak Bunga Matahari pula diekstrak dari bijinya yang kaya dengan nutrien dan komposisi yang seimbang. Ia mengandungi Vitamin E dan Asid Lemak Omega 6 yang tinggi menjadikannya sangat efektif untuk urutan luaran.
Pati Minyak Lavender
Pati Minyak Lavender dipilih kerana ia menjadi agen utama untuk mengurangkan stress. Ia juga bukan sekadar aromaterapi kerana mempunyai bau yang menyenangkan malah terbukti dalam kebaikan merawat selsema dan demam.
Balm Bayi Tok Syed Membantu Marsha Legakan Ketidakselesaan Baihaqi
Haa....jangan korang tak tahu Marsha pun pengguna Balm Bayi Tok Syed ni tau. Dah 2 minggu guna sebab Baihaqi ada bunyi kahak dan ianya mungkin dari dalam rahim lagi. Kadang-kadang ada lah juga bunyi wheezing dan cepat-cepat Marsha sapukan kat Baihaqi. Alhamdulillah dia tidur lena sampai ke pagi. Jaga pun sebab nak menyusu je. Nampak je Baihaqi tak selesa terus je Marsha sapukan Balm Bayi Tok Syed ni dekat tapak kaki, belakang, dada dan zon T muka Baihaqi dan urut perlahan. Memang nampak selesa sangat dia lepas Marsha applykan balm ni. Baunya pula ni wangi dan menenangkan tau sebab ada Pati Minyak Lavender kan membuatkan bayi tenang dan lena sepanjang malam. Kulit Baihaqi pun makin licin sebab kandungan beeswax yang melegakan radang kulit dan minyak kelapa dara yang melembapkan kulit.
Baihaqi ceria je bila selesa lepas gunakan Balm Bayi Tok Syed |
Sebenarnya bukan Baihaqi je guna Balm Bayi Tok Syed ni, Kakak Anith pun Marsha sapukan balm ni sebelum tidur sebab Kakak Anith suka tidur lambat. Bila dah sapu Balm Bayi Tok Syed ni dia sekarang mudah lena dan mudah bangun pagi. Alhamdulillah. Ini mungkin kerana pati lavender yang ada dalam Balm Bayi Tok Syed ni. Best kan? Memang sesuai dengan konsep balm serbaguna.
Cara Menggunakan Balm Bayi Tok Syed
Cara menggunakan Balm Bayi Tok Syed ini sangat mudah dan simple. Hanya sapu dan buat urutan dengan perlahan. Pejam mata sebelah pun boleh buat....hihihi. Jom ikut cara penggunaan Balm Bayi Tok Syed dalam bentuk video yang Marsha buat sendiri. Senang sikit kan tengok real...hihi
Testimoni Balm Bayi Tok Syed
Sebenarnya dah banyak testimoni yang positif dari pengguna Balm Bayi Tok Syed termasuk Marsha sendiri. Balm Bayi Tok Syed ini banyak membantu para pengguna dan rata-rata pengguna sangat berpuas hati dengan hasilnya. Jom kita tengok apa kata pengguna :
Testimoni Balm Bayi Tok Syed |
Testimoni Balm Bayi Tok Syed |
Testimoni Balm Bayi Tok Syed |
Testimoni Balm Bayi Tok Syed |
Kan ramai pengguna yang berpuashati selepas menggunakan Balm Bayi Tok Syed ini. Untuk testimoni yang lain dan update terkini boleh klik SINI
Jom kita tengok testimoni video pula.
Ini pula Testimoni Marsha sendiri selepas menggunakan Balm Bayi Tok Syed ni untuk Baihaqi.
Untuk update terkini dan testimoni video yang lain boleh klik SINI
Marsha yakin lepas korang baca penerangan dan detail serta testimoni Balm Bayi Tok Syed ni korang mesti nak cuba kan? Jom dapatkan Balm Bayi Tok Syed ni. Wajib ada satu setiap isi rumah sebagai 'first aid kit' walaupun tak ada bayi. Detail tentang harga Balm Bayi Tok Syed:
Harga: RM80
Berat: 45 g
Untuk medapatkan Balm Bayi Tok Syed ni boleh membuat pesanan secara terus melalui laman web rasmi Tok Syed ataupun pengedar yang sah yang berada berhampiran korang. Pastikan beli yang ada hologram untuk memastikan ianya original. Jika ada keraguan terus berhubung dengan pihak TSD. Kalau lagi senang terus je ke www.toksyed.com untuk pembelian terus sampai ke pintu rumah korang.
Untuk maklumat lanjut mengenai Balm Bayi Tok Syed dan jika berminat untuk menjadi pengedar:
Official Website
Page Jualan
Page Pengedar
Page Register Pengedar
Facebook
Instagram
Youtube
No Telefon
0168262990
Marsha
Part Time Blogger Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
29 Comments
Bagus khasiat balm ni.. semua golongan blh guna kan
ReplyDeleteBetul kalau baby boleh guna memang semua peringkat umur pun boleh guna :)
DeleteMak-mak yg ada anak kecik, sila la sediakan balm tok syed ni kat rumah...
ReplyDeleteYes mesti fiezz....yang xde anak kecik pun boleh tau
Deletemacam menarik je balm ni, nak kena dapatkan satu untuk diri sendiri hopefully it works
ReplyDeleteInsyaAllah Syafiera...Marsha guna memang best. Boleh cuba..:)
Deletekiranya balm ni bau lavendar lah kan? bahan bahan semulajadi yang digunakan pun banyak kelebihan tersendiri
ReplyDeleteBetul tu bau dia boleh relief stress
DeleteOo..sapu nipis pun dah ok ek. Ok la lebih menjimatkan
ReplyDeleteTak perlu tebal sangat...ikut keperluan
DeleteAda lavender ni, dah la wangi, boleh la juga tenangkan baby meragam sebab kurang sihat
ReplyDeletebetul sangat tu aima...:)
DeleteAna dh guna balm ni marsha. Memang best. Masalah hidung tersumbat pun dah berkurang. Bau dia pun wangi.
ReplyDeleteWahhh baguslah. Selesa pada kulit bayi. Jimat pun jimat.. Wangi pun wangi...
ReplyDeleteNak try jugaklah Balm Bayi Tok Syed ni. Pertama kali Sal dengar dan bila baca testimoni yg pernah guna macam mujarab je utk selsema. Lately ni anak selalu kena selsema..
ReplyDeletenak cuba jugak la kalau baik untuk kanak-kanak. yang best pakai nature produk.
ReplyDeleteBoleh saya gunakan untuk anak saudara saya.
ReplyDeleteLepas ni baby Baihaqi tak ada masalah perut kembung dh..sure bau pun boleh menenangkan..
ReplyDeleteNak kena ada ni satu dekat rumah..bahnnya nampak menarik
ReplyDeleteBila ada anak kecik, paling menakutkan bila anak batuk atau selsema.. mau tak tido malam dibuatnya. Bagus ada balm mcm ni. Mak2 mesti suka punya.
ReplyDeletetak tahu pun balm ini banyak kebaikan.. akan di syorkan kepada kawan yang ada baby
ReplyDeleteMmg wajib ada baby balm ntk anak..susah jatuh sakit. Hari2 apply dikawasan yg btol.. kdg2 ena pon guna..hehe..tp produk ni boleh pakai ntk sume golongan, apa salahnya mencuba
ReplyDeleteOreng dewasa boleh guna juga ker? kadang-kadang kena selsema...
ReplyDeletewah.. besar ye balm nya.. TB paling suak bila tahu kandungan tias sls, tiada paraben.. pendek kata semuanya selamat utnuk digunakan ke atas bayi mahupun orang dewasa
ReplyDeletewah... siap ada bauan lavender... menyamankan sgt tu.. bukan baby je.. mak babay pun sekali pakai nnti...
ReplyDeletekiranya org dewasa pun boleh guna jugak eh, multipurposelah kalau beli..mmg tak rugi, boleh cuba!
ReplyDeletewahhhhhhhh! dah ramai cakap pasal balm ni. Tapi harga dia memang rm80 eh? Takde promosi ke, heeeee
ReplyDeleteWahh..bagus utk baby klu gitu kak pun nk belikan utk cucu kak yg 3 bln
ReplyDeleteRamai yang bagi feedback prroduk ini ok, nak try
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)