Assalamualaikum
Mengapa WD-40 dipercayai ramai dan mesra kepada alam sekitar?
Diasaskan pada 1953, produk Syarikat WD-40 sentiasa menemani
pengguna di seluruh dunia sebagai produk yang perlu ada tidak kira sama ada
diletakkan di bawah sinki, garaj mahupun kotak peralatan sejak berdekad
lamanya. Penggunanya yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk
mekanik dan jurutera, membuktikan ia adalah
produk selamat yang sentiasa dipercayai ramai.
Environmental Free |
Kepercayaan yang diletakkan oleh pengguna terhadap produk ini
mendorong syarikat untuk terus melakukan pelbagai usaha bagi melindungi
pengguna dan pada masa sama, memelihara alam sekitar.
Sebagai contoh, formulasi yang digunakan untuk produk popular di
dalam tin biru kuning, Produk Pelbagai Guna WD-40 tidak mengandungi bahan kimia
penyebab kanser, benzena yang digunakan dalam pembuatan plastik, resin, nilon
dan banyak lagi. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat akut
dan sum-sum tulang. Pada kebiasaannya ia digunakan sebagai pelarut cat untuk
industri, bahan pengilat, peluntur cat, petrol dan lain-lain.
Produk Pelbagai Guna WD-40 sememangnya produk biodegradasi atau
mudah diurai iaitu menepati panduan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan
Ekonomi (OECD) bagi biodegradasi (Kaedah 301 – kaedah ujian biodegradasi
aerobik). Bekas yang digunakan untuk produk ini juga bersifat kitar semula,
sama seperti bekas keluli yang lain.
Ia juga mematuhi Sekatan Bahan Terlarang Kesatuan Eropah (RoHS)
yang bermaksud ia tidak mengandungi plumbum
(Pb), merkuri (Hg), kadmium (Cd), hexavalent chromium (Cr6), polybrominated
biphenyls (PBB) atau polybrominated diphenylether.
Add caption |
Bahan terlarang ini berbahaya kepada alam sekitar dan mencemarkan
tapak pelupusan sampah. Ia juga mengancam keselamatan pekerjaan ketika proses
pembuatan dan pelupusan.
Selain itu, produk syarikat bersifat mesra ozon memandangkan ia
tidak mengandungi Kloroflurokarbon (CFC) yang lazimnya terkandung di dalam
sesetengah produk aerosol dan boleh memusnahkan lapisan ozon bumi.
Propelan adalah sejenis bahan yang membantu menyembur keluar
Produk Pelbagai Guna WD-40 dari bekas tin. Bahan propelan yang digunakan di
dalam Produk Pelbagai Guna WD-40 ialah karbon dioksida (CO2) iaitu gas lengai.
Penggunaan CO2 juga mengurangkan bilangan sebatian organik tidak menentu di
dalam produk sekaligus menjadikannya lebih baik kepada alam sekitar.
Memandangkan penyembur WD-40 adalah bahan mudah terbakar, syarikat
melakukan yang terbaik untuk sentiasa mengingatkan pengguna dan paling utama
ialah penyembur berkenaan mesti diuji untuk mengetahui jarak mudah terbakar dan
pembalikan api iaitu sama ada semburan itu akan berbalik kepada pengguna. WD-40
tidak memberi kesan pembalikan api tetapi ia masih mempunyai keupayaan untuk
menyalakan api dan dikategorikan sebagai bahan mudah terbakar.
Menerusi pengguna setianya di 176 negara di seluruh dunia, WD-40
sentiasa berbangga dengan usaha yang dilakukan dalam aspek penjagaan pelanggan
serta keprihatinan terhadap alam sekitar yang menjadi sebab mengapa pengguna
terus bergantung kepada produk ini dalam menyelesaikan masalah seharian.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk WD-40 atau data
teknikal mengenainya, sila rujuk http://wd40.asia.
Tentang syarikat WD-40®
Syarikat
WD-40® adalah
pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti
ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan
pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-hakisan untuk lapisan luar Atlas
Missile (peluru berpandu) dan ia diubah
kepada produk penyelesaian yang pantas bagi tujuan membersih dan melindungi,
melonggarkan bahagian yang berkarat, menghilangkan kelembapan dan lain-lain.
Produk syarikat WD-40®
sentiasa menjadi pilihan mereka yang
profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka
seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit.
Hari ini WD-40®
boleh diperolehi di seluruh dunia dalam
pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40®
Specialist™, WD-40® BIKE dan WD-40®
Specialist™ Automotive.
Rangkaian produk WD-40®
boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat
lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia
Maklumat lanjut dan gambar, sila hubungi Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6012 362 7205
Email chan@greatworksmarketing.com
Marsha
Part Time Blogger Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
18 Comments
item wajib ada untuk setiap rumah.
ReplyDeleteDipercayai ramai kerana ia berkesan sebagai anti karat, pelindung anti-hakisan membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat dan TB memang akan standby satu dirumah sebab pasti akan guna punya WD-40 ni
ReplyDeleteada baca pasal produk ni sebelum ni! suka tentang ciri dia yang mesra alam dan tak ada CFC.. dengan cuaca tak menentu sekarang, kita kena lebih gunakan produk begini!
ReplyDeletehave not tried this product before. looks promising from your review
ReplyDeleteSebelum ni selalu je dengar pasal brand ni tapi tak sangka pulak banyak functionnya. Nanti boleh juga beli letak sebotol dekat rumah
ReplyDeleteLia suka sangat WD40 lepas tahu banyak betul kegunaan dia. Kita yang perempuan pun boleh je pakai. Mudah kan!
ReplyDeleteRamai dah tahu pasal WD40 ni..kami mmg pakai ni dah lama utk kerja2 kat site
ReplyDeleteMmg banyak kegunaan WD-40 ni. Wajib ada kat semua rumah, semua benda boleh pakai.
ReplyDeleteTerima kasih kerana menitikberatkan alam sekitar.
ReplyDeletebenda ni memang perlu ada and memang husband beli ni, best bila tahu its good for environment
ReplyDeleteWajib kena ada kat rumah ni.
ReplyDeleteThank you for sharing
Nice sharing. I just know about this. Thanks for the info
ReplyDeleteProduk mesra bumi....patut ada kat setiap rumah ni...
ReplyDeleteBagus WD
ReplyDeleteBagus WD-40 ni. Kat rumah pun ada satu.
ReplyDeleteMmg ada satu kt rumah spare...
ReplyDeleteSebab suami selalu guna
Produk ni bagus, satu rumah, satu WD-40. Hehehe. Bertahun simpan kat rumah. Guna waktu emergency! Pagar sangkut. hahaha
ReplyDeleteproduk yang bagus dan menarik.
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)