Assalamualaikum
Setiap kali tibanya hari istimewa seperti harijadi atau anniversary mesti sinonim dengan kad, bunga dan coklat kan? Kadang tu sampai boring sebab hadiah yang lebih kurang sama cuma bezanya tahun berlainan sahaja. Tau tak wanita dan wangian tak boleh dipisahkan. Jadi apa kata kita hadiahkan dengan set hadiah Enchanteur yang telah di packing dalam bungkusan menarik dan comel. Tak perlu had kan hadiah dan jadi lebih kreatif dan terbuka. Set
hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis
atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap
dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen.
Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar,
tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih
penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan
Set Hadiah Enchanteur Comel dan Wangi Buat Teristimewa
Set Hadiah Miniature Enchanteur Paris |
Comel kan set hadiah mini wangian Enchanteur?? Setelah menerima set hadiah mini wangian Enchanteur yang comel dan wangi ini, penerima akan dapat menikmati
pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan
mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik,
teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan
perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.
Menyedari penghargaan yang diberikan
terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang
disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan -
sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari
penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan
bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah
dibawa di dalam beg tangan.
ENCHANTEUR telah membina reputasi
sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan
dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami
berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah
pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.
5 Set Hadiah EDT Enchanteur Paris
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My
Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh
kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu
wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian
floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan
bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman
suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah
sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel
dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben.
Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama
Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT
Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi
Watsons seluruh negara.
Set Hadiah Mini Enchanteur Paris Belle Amor & Mon Amie |
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah
ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie
adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona
terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis
idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang
sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa
istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons
sahaja.
SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
Set Hadiah Enchanteur Paris Mon Amie |
Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz
15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya
hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza.
Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan
mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan
haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia
terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh
negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)
Set Hadiah Mini Belle Amour dan Mon Amie dipasangkan bersama Romantic |
Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan
set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle
Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini
bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap
detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan
kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di
seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.
ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga
RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT
SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain
itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di
Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.
Jadi jika hari istimewa hampir tiba jangan lepaskan peluang memberikan ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS buat yang teristimewa. Pasti akan tersenyum seharian 💗💗💗
Jadi jika hari istimewa hampir tiba jangan lepaskan peluang memberikan ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS buat yang teristimewa. Pasti akan tersenyum seharian 💗💗💗
Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
3 Comments
suka wangian dr enchanteur....wangiii ..aritu ada menang giveaway dpt perfume enchanteur
ReplyDeleteDari dulu suka Enchanteur.. Wangi
ReplyDeletepackaging cntikk sgt.. mmg sesuai sgt bg hadiah,hntran pun lawa kot. slm perkenalan.tq singgah blog
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)