Assalamualaikum everyone!!
Kejap je kan dah nak masuk minggu ke empat Januari 2018. Rasa baru je sambut tahun baru kan? Pejam celik dah nak habis Januari 2018 rupanya. Lagi 2 minggu dah nak masuk Februari dan kawan-kawan yang berbangsa cina mesti tengah buat persiapan untuk menyambut Tahun Baru Cina yang akan datang pada pertengahan Februari nanti. Marsha pasti persiapan mesti meriah kan? Memandangkan Tahun Baru Cina ni sekolah cuti agak lama juga. Dari 15-19 Feb jadi mesti ramai yang nak bercuti kan? Lima hari tu cuti. Boleh bawa anak-anak bercuti holiday naik flight ke pelbagai destinasi. Nak balik kampung pun boleh bawa anak-anak naik kapal terbang.
Marsha pun tengah planning nak bawa Kakak Anith dan juga Bahaqi bercuti sempena Tahun Baru Cina nanti. Nak bercuti naik kereta pun sebenarnya ok tapi sekarang bila cuti lama kereta-kereta banyak membanjiri jalanraya terutamanya di Malaysia ni dan akan jadi kesesakan lalulintas. Jadi mood bercuti pun mungkin akan hilang bila kita antara mangsa kesesakan lalulintas. Betul tak? Jadi dengan harga tiket yang berbaloi memang sangat sesuai kita bawa anak-anak bercuti menaiki kapal terbang even hanya balik kampung. Rasa macam nak bawa Kakak Anith dan Baihaqi ke Sabah la sempena cuti Tahun Baru Cina nanti. Rasa dah boleh mula tempah tiket penerbangan dan hotel kan? Wah rindunya kesejukan di kaki Gunung Kinabalu dan juga keindahan bukit bukau disana.
Haa....nak tanya pengalaman korang. Biasa naik flight bercuti ke luar atau dalam negara korang suka beli tiket penerbangan dan tempah hotel dimana? Direct dengan web penerbangan ke? Kalau selain direct web Air Asia, Malaysia Airline System (MAS), Malindo dan banyak lagi ada tak korang guna laman web atau aplikasi yang lain? Sekarang ni banyak platform online yang menawarkan tiket penerbangan sehala atau dua hala dengan harga yang murah. Marsha memilih Traveloka sebagai platform online pilihan kegemaran Marsha. Ini kerana Traveloka menawarkan tiket penerbangan termasuk hotel kira pakej la. Jadi senang Marsha nak bercuti. Tak perlu buka 2 atau 3 laman web untuk menempah tiket penerbangan dan juga hotel secara berasingan. Lagipun harga yang ditawarkan Traveloka amat berbaloi dan yang paling best ia tiada caj tersembunyi. Harganya adalah JUJUR...💗.
Korang pernah dengar tak Traveloka? Buat yang belum pernah dengar atau belum tahu meh Marsha story sedikit tentang Traveloka ini.
Traveloka
Traveloka Platform Penempahan Online |
Traveloka ialah salah satu platform penempahan online yang memberi kemudahan kepada individu yang suka travel dan bercuti dengan menyediakan penempahan tiket kapal terbang samada sehala atau dua hala dan juga bilik hotel dengan harga yang mampu milik. Penempahan tiket kapal terbang dan juga bilik hotel bagi destinasi domestik dan juga antarabangsa ditawarkan oleh Traveloka dengan mudah melalui laman web atau aplikasi telefon bimbit. Jadi tak perlu beratur di kaunter syarikat penerbangan semata-mata untuk menempah tiket kapal terbang dan tak perlu menelefon hotel untuk membuat tempahan. Semua hanya dihujung jari sahaja dengan Traveloka.
Paling menarik, harga yang dinyatakan adalah yang terbaik dan paling kompetetif untuk tiket penerbangan dan hotel di Asia Tenggara di dalam satu platform. Mudahkan! Traveloka menawarkan harga jujur tau maksudnya tak ada 'hidden charge'. Jadi kita bayar dengan harga tersebut tanpa tambahan yang lain. Selain itu, korang juga boleh buat perbandingan harga terus dekat Traveloka. Yang menarik bagi Marsha, potongan-potongan harga yang sentiasa ditawarkan oleh pihak Traveloka ni sangat menarik. Traveloka memang kerap kali buat potongan harga tau jadi tunggu je sale dari Traveloka.
Buat yang masih baru dengan Traveloka, dan nak buat penempahan tiket kapal terbang dan juga hotel boleh terus buka laman web Traveloka atau download aplikasi Traveloka di telefon pintar melalui Apps Store atau Google Apps. Ok cara nak membuat tempahan online guna laman web Traveloka atau aplikasi Traveloka senang sahaja. Hanya sign up dahulu untuk pertama kali dengan username dan password yang korang telah set kan. Kemudian boleh sign in dan terus buat tempahan online tiket kapal terbang dan hotel ke destinasi pilihan masing-masing. Senang kan?? Jangan risau sebab lebih 20 syarikat penerbangan yang berkolaborasi dengan Traveloka. Jadi jangan risau tiket habis ya???
Laman Web Rasmi Traveloka |
Aplikasi Traveloka di Telefon Pintar |
Cara bayaran nya pula senang sahaja. Traveloka menerima bayaran melalui visa, mastercard, AMEX, online banking dan juga FPX. Jadi tak perlu nak ke bank dan withdraw wang. Hanya klik-klik dah siap bayar...hihi. Jadi jangan tunggu lama-lama lagi terus ke web Traveloka atau download aplikasi Traveloka untuk tempahan online segera.
Pelbagai cara pembayaran dengan Traveloka |
Haaa...buat yang planning nak bercuti sempena Cuti Tahun Baru Cina ni kan ada peluang tau. Peluang apa tu?? Peluang nak memenangi contest yang dianjurkan Traveloka khas sempena Tahun Baru Cina ni. Jom kita tengok...
Traveloka Fly & Win CNY Contest
Sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba nanti Traveloka telah menganjurkan satu contest khas untuk pelanggan Traveloka iaitu Traveloka Fly & Win CNY Contest. Hadiah yang ditawarkan sangat lumayan tau. Rugi kalau tak join.
Contest ini berkonsepkan 'mini game' . Jadi Marsha pasti game ini sangat fun dan dalam masa yang sama boleh memenangi hadiah yang lumayan. Jadi cara permainan juga telah diterangkan sebelum korang join 'mini game' nanti.
Terma dan syarat untuk join CNY 2018 Contest ini ialah :
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia berumur 18 tahun keatas pada Januari 2018.
- Penyertaan bagi peserta di bawah 18 tahun pada Januari 2018 perlu mendapat kebenaran ibubapa.
- Peserta perlu membaca dan memahami terma dan syarat sebelum menyertai contest ini.
Contest ini akan bermula pada jam 00.00 pada 22 Januari 2018 hingga jam 23.59 malam 28 Januari 2018.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai Traveloka Fly & Win CNY Contest ini. Hadiahnya sangat lumayan iaitu pelancongan ke pelbagai negara. Boleh dapatkan maklumat lanjut syarat permainan dan hadiah yang ditawarkan di CNY 2018 Contest.
Jangan tunggu-tunggu lagi ye cepat-cepat join Traveloka Fly & Win CNY Contest ni tau. Mana tau korang bertuah untuk memenangi hadiah yang lumayan dari Traveloka. Marsha pun nak join juga ni. Tak boleh lepaskan peluang....💪💪
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
21 Comments
wah..terbaikk traveloka,dah pernah guna untuk book hotel,memang senang dan yang paling best dapat diskaun lagi. Ok nanti boleh try gak nak join contest..
ReplyDeletewah..Traveloka buat contest lagi...
ReplyDeleteall the best Marsha ... manatau menang hadiah utama kan.
ReplyDeleteJom join contest ni marsha. Senang je tu. Kumpul markah dan menang.
ReplyDeleteWahh selalu guna Traveloka juga. Ada contest macam ni memang kena joinlah gayanya! Menarik! Thank you atas perkongsian ni!
ReplyDeleteAiyah, I have buy my flight ticket to Hong Kong and Kuching before Traveloka Announce this. really miss the chances.
ReplyDeleteEmi la pengguna setia Traveloka. memang selama ni duk beli ticket flight & booking hotel melalui Traveloka. Best sbb traveloka selalu kasi discount code. Ni dan2 dia buat contest, rugi kalau tak join.
ReplyDeleteDah lh boleh dapat tiket flight murah dgn traveloka, boleh menang hadiah lagi. Bestnya !!
ReplyDeleteTerbaik semoga menang!
ReplyDeleteBelum pernah cuba book flight dgn Traveloka. Mungkin lepas ni boleh try kat sini pula. Why not kalao Traveloka bagi harga yang lebih murah kan? Tambahan pula ada contest, mana tahu untung boleh travel ke tempat best!
ReplyDeleteWow, sangat menarik nie!!!
ReplyDeleteAda game contest laaa....bestnyaaaa...jom-jom..mana tau leh mennag plak
ReplyDeleteSaya dah install app traveloka tapi godek belum lagi. Website dah godek. Kalau kite register dengan dieorang, banyak gila boleh dapat diskaun
ReplyDeleteBestnya kalau dapat bercuti dengan mudah kan, mudah maksudnya dari booking flight, hotel semua dalam satu website je macam di Traveloka ni kan.. nak pulak ada app untuk android .. boleh la menempah guna hujung jari je.. tap2.. dah settle.. hee.. alamak.. ada contest .. boleh join ke tu.. nak gak menang pi seoul korea tu.. hee
ReplyDeletemimin pun join . sbb tak susah nak join. game dia pun best. good luck EHH collect angpoww
ReplyDeletenak join la. hope dapat menang aamiin
ReplyDeleteWah..bestnya traveloka ni...siap ada contest n game lg..hadiah pun best kannn
ReplyDeleteBestnya kalau dapat pergi melancong ni...
ReplyDeletewah ada contest
ReplyDeleteSis tak pernah lagi cuba tempah tiket dgn Traveloka nti sis akan cuba kalau gi mkn angin
ReplyDeleteall the best semua yang join tu.. ceq givap tekan2 markah dok gitu je hehe..
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)