'Me Time' bersama Phillips Avent & Dibelai Ozmosis KL


Assalamualaikum


Ni adalah entry throwback last year...chewahhh bunyi macam lama je last year kan. Padahal baru je beberapa minggu kita meninggalkan 2017...hihihi. Ok pada bulan Ogos 2017 Marsha ada join contest anjuran Motherhood.com.my & disponsor oleh Phillips Avent. Alhamdulillah Marsha telah terpilih sebagai 20 orang pemenang yang layak memenangi sesi 'pampering' dengan Phillips Avent. Ingat ke dah tak dapat sebab dah lama join secara suka-suka je. Pada 31 Oktober Marsha mendapat Direct Message dari Phillips Avent melalui instagram yang menyatakan Marsha terpilih antara 20 pemenang. Sangat happy bila tahu keputusan dan masa tu dah 30 hari berpantang. 


'Me Time' bersama Phillips Avent & Dibelai Ozmosis KL

Mummy Time Out

Journey Marsha bermula pada jam 5.05 pagi menaiki ETS ke stesen KL Sentral. Alhamdulillah mendapat keizinan encik suami untuk 'Me Time' seharian dan anak-anak suami akan jaga. Sangat syukur sebab dapat keizinan suami. Lagipun suami cakap bukan senang nak terpilih untuk jadi antara 20 orang terpilih. Kebetulan masa ni pantang 44 hari dah lepas. Dah 51 hari. Jadi nikmati hadiah yang bakal Marsha terima nanti. Oh ya, gift yang Marsha akan reedem ni Marsha akan kongsikan dengan rakan Marsha, Hanani. Syarat dari Phillips boleh bawa plus 1 iaitu famili atau kawan2. Memandangkan adik Marsha kerja hari tu Marsha bawa Hanani untuk berkongsi rezeki contest dengn Marsha. Hanani offer nak amik Marsha kat KL Sentral. Alhamdulillah syukur sangat!!

Dalam ETS ke KL Sentral


Hari kejadian, Marsha bertolak dari Ipoh naik ETS jam 5 pagi. Jadi Marsha sampai KL Sentral awal tau dalam jam 7 lebih dan tunggu Hanani pick up di KL Sentral. Sementara menunggu Hanani sampai Marsha breakfast di KL Sentral dahulu. Jam 8 lebih hanani sampai then kami terus ke Ozmosis Spa, KL di Fraser Residence. Rupanya tak jauh pun dekat je dengan KL Sentral. Kami sampai awal jadi tak kelam kabut. Sampai terus menjamah refreshment yang disediakan. Semua sedap-sedap & cantik menu dia...hihi. Lepas makan barulah kami diminta register. Wah register terus dapat goodie bag plak tu. Goodie bag barangan Phillips Avent. Alhamdulillah memang rezeki. 

Dah sampai dah ke Fraser Residence

With my friend Hanani

Goodies Bag dari Phillips Avent My


Bila semua pemenang sampai, actually ada 3 sesi untuk para pemenang. 7 pagi, 7 petang & 6 malam. Jadi sebab bawa plus 1 jadi setiap sesi 12-14 orang. Ada yang bawa siblings, kawan dan juga ibu masing-masing. Sebab plus 1 bawa ladies juga...hihi. Kemudia kami telah diberikan taklimat ringkas.

Taklimat Ringkas


Selesai taklimat kami diberikan pembantu masing-masing dan teruskan dengan rawatan yang dipilih. Marsha dan hanani pilih pakej body massage. Jadi kami dapat sebilik. Bila masuk cantiknya bilik dia.....mewah....

Tempat Body Massage

Jakuzi

Shower

Tempat Rest




Sesi massage nya sangat best. Marsha dan Hanani dapat tukang urut yang betul-betul serasi dengan kitaorang. Terasa urutan dan rasa segar badan lepas massage. Kalau nak tahu ni kali pertama Marsha buat body massage di spa tau. Biasanya facial sahaja. Tu pun jarang sekali....hihi. Sebelum urutan tadi Marsha dah inform tukang urut Marsha masih dalam berpantang 60 hari jadi urutan yang dia buat sangat sesuai untuk ibu tengah berpantang. Siap urut naikkan rahim juga. Sangat selesa tau.

Kami selesai body massage hampir jam 1 tengahari kemudian terus dibawa untuk makan tengahari. Makanan tengahari telah disediakan mengikut pilihan order kami dalam email sebelum Time Out for Mummies ni. Marsha pilih daging dan Hanani pilih ayam. Tengoklah menu kami dari starter, main dish & dessert. Best kan??

With Hanani

Meja kitorang

Selfie sikit

Starter

Main Dish

Dessert


Sambil makan kami chit chat dengan pemenang lain dan lepas makan kami ada group photo kemudian bersurai ke destinasi masing-masing. Hanani hantar Marsha balik ke KL Sentral tetapi disebabkan tren ETS balik ke Ipoh jam 4 petang jadi Marsha amik peluang pusing-pusing di NU Sentral. Dapat lah beli ole-ole buat kakak Anith iaitu smiggle. Upah dia jaga adik....hihihi

Smiggle untuk Kakak Anith


Jam 4 petang Marsha bertolak balik Ipoh dan selamat sampai Ipoh jam 630 petang. Alhamdulillah moment best sangat dimanjai dan dibelai melalui pakej body massage di Ozmosis SPA Kuala Lumpur. Kalau kawan-kawan nak cuba belai diri di Ozmosis SPA, KL boleh rujuk maklumat di bawah ye:

Ozmosis SPA KL


Website : Ozmosis SPA KL

Tel: 
Bangsar: 603 – 2287 0380 / 03- 2201 2213
Fraser Residence : 603 – 2181 5122 / 03-2191 0977

Booking Email: marketing@ozmosis.com.my







Marsha
Part Time Blogger Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

0 Comments

Subscribe Us