Assalamualaikum
Lagi beberapa hari lagi akan tiba minggu gaji atau lebih glamer dengan nama hari Pay Day. Sempena hari Pay Day ni Shopee telah menawarkan satu kempen tawaran yang sangat menarik buat semua pelanggan Shopee. Tawaran ape tu? Jom baca | Nikmati 18%
Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari
Shopee, platform
e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari
Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat
membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh
menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini,
termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk
promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee
yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.
“Tahun lepas, kami
mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi
sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan.
Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan
tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak
aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee |
Pada masa yang
sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan
tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul
12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam
hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk
pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular,
diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya,
pemindahan bank.
Tabiat Membeli Belah Pengguna Shopee Sempena Hari Gaji |
Berikut merupakan
kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:
No
|
Kategori
|
Kategori
Kecil
|
1
|
Mobil & Gajet
|
Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa
& Bateri
|
2
|
Kesihatan & Kecantikan
|
Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan;
Berus & Peralatan Solek
|
3
|
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
|
Fesyen Kanak-kanak; Permainan &
Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan
|
4
|
Pakaian Wanita
|
Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur;
Gaun
|
5
|
Perabot & Perhiasan Rumah
|
Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk
Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur
|
*Sila rujuk infografik dilampirkan
Shopee akan
memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen
bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama
terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi.
Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh
menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih
termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak
& Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit &
Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama
dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan
Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di
seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan
digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan
pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad,
hingga kehabisan stok.
Diskaun Produk Elianto |
Diskaun untuk Produk XES |
Sepanjang kempen
ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26
Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling
Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai
RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh
menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee
sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000
termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas
Dyson.
Untuk maklumat
lanjut, layari www.shopee.com.my.
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
Mengenai Shopee
Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara
dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna
pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan
pembayaran dan logistik yang kukuh.
Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan
menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan
produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah,
kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan
kecergasan.
Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura
sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia,
Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital,
eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan.
Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan
kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New
York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
12 Comments
Ok..standby dalam bakul..nanti dah boleh checkout
ReplyDeleteTak sabau nak checkout
ReplyDeletesemalam dh termasuk kat website shopee ni..dah tersangkut tapi tak masuk cart lagi..tetiba lupa pw..sabo je la..haha
ReplyDeleteJom kita shopping jom..
ReplyDeleteduku memang minatt eliantoo
ReplyDeleteOk dah save date utk bershopeeing. Tinggi tu cahs back dia kan. Rugi xjoin shopeeing.
ReplyDeleteBestnya leh shopping macam2 nanti.. tak sabarrr
ReplyDeleteBanyak tu 18% cashback. Confirm ramai menyopink ni!😊
ReplyDeleteTahniah shopee. Suka shopping dekat shopee sebab murah.
ReplyDeleteWahhh shopee sana sini lahh
ReplyDeleteLia x pernah shopping kat Shopee lagi. Selalu Lazada yer. Next time nak try lah shopping sini plak.
ReplyDeleteharitu punya sale memang betul lah sale kaw kaw. habis rambang mata dah haa habis duit haha
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)