Kulit Lembap dan Bermaya Hanya 3 Langkah Dengan Althea Bare Essentials

Assalamualaikum


Hai korang!! Dalam FB Marsha aritu, Marsha ada share produk baru Althea iaitu Althea Bare Essential kan? Ada juga video dekat youtube di SINI. Hari ni pula, Marsha nak share tentang penggunaan Althea Bare Essential hanya sebanyak 3 langkah yang simple untuk dapatkan kulit yang lembap dan bermaya. Jom baca entri Marsha | Kulit Lembap dan Bermaya Hanya 3 Langkah Dengan Althea Bare Essentials sampai habis ya!!

Kulit Lembap dan Bermaya Hanya 3 Langkah Dengan Althea Bare Essential 

Untuk pengetahuan korang, Althea telah launch baby yang baru iaitu Althea Bare Essentials yang Marsha pasti lately meniti di bibir-bibir peminat Althea khususnya. Ramai nak mencuba 'baby' baru Althea ni dan Marsha tak terkecuali tau. Alhamdulillah awal April 'baby' baru Althea iaitu Bare Essentials selamat mendarat di alamat tetap Marsha dari nun jauh Korea. Special kan??? Ini yang bestnya kalau shopping kat Althea. Pesanan kita akan dihantar direct dari Korea.

Direct Dari Korea



Marsha telah selamat unboxing Althea Bare Essential ni...jom layan video unboxing.





Althea Bare Essentials ini terdiri dari 3 produk yang best iaitu Contour Cleanser, Primer Water & Fixer Cream. Hanya 3 produk bisa membuatkan kulit menjadi lebih bermaya dan cantik tanpa mengenakan make up yang tebal. Menarik kan? Sesetengah produk ada yang memerlukan lebih dari 3 produk baru nampak kesan yang ketara. Buat pengetahuan korang, Althea Bare Essentials ini memfokuskan kepada makeup base. Dengan penggunaan produk yang best ini, make up akan lebih sekata dan nampak lebih flawless dan bertenaga.

Jom kita tengok kandungan ketiga-tiga produk Bare Essentials ini:

  • Contour Cleanser - Ice Plant & Lemon Verbena Leaf
  • Primer Water - Snow Lotus & Patented dewdrop Technology
  • Fixer Cream - Trehalose, Green Tea & Baobab Tree

Althea Bare Essentials


Menarik kan semua kandungan yang ada dalam semua produk Bare Essentials ni kan? Semuanya premium tetapi dengan harga yang MAMPU MILIK.

Hanya 3 Langkah Dengan Althea Bare Essentials


Penggunaan Althea Bare Essentials ini sangat simple dan senang tetapi kesan nya amat ketara. Bila menggunakannya selama 2 minggu, perubahan ketara yang Marsha dapat lihat ialah kulit Marsha jadi lebih lembap dan tona kulit sudah menjadi sekata. Penggunaan make up juga agak senang kerana Marsha jadikan Bare Essential ini sebagai make up base yang sangat sesuai. Jadi make up tak heavy seperti sebelum ini. Kulit juga boleh bernafas.

Jom kita tengok langkah-langkah penggunaan Bare Essentials ini:

Langkah Pertama

Contour Cleanser

Picitkan sedikit Contour Cleanser di tangan dan cuci muka dengan berus pencuci muka.

Langkah Kedua

Primer Water


Titiskan beberapa titik Primer Water dan kenakan di seluruh bahagian wajah. Sebenarnya Primer Water ini merupakan kombinasi dua dalam satu diantara toner dan primer. Jadi tak perlu guna tomer ya.

Langkah Ketiga

Fixer Cream


Ambil sejumlah kecil Fixer Cream dan sapu keseluruhan wajah. Fixer Cream ini bertindak sebagai pelembap yang memberikan kelembapan kepada kulit wajah selama 24 jam. Jadi kulit wajah akan nampak segar dan bertenaga sepanjang hari. Namanya fixer jadi ia merawat kulit yang bermasalah.

Siapp!!!

Senang je kan nak cantik hanya 3 langkah sahaja.

Langkah penggunaan skincare yang banyak dan complicated akan meletihkan kulit wajah. Apa kata gunakan langkah yang simple dan berikan apa yang kulit kita perlukan. Jadi, Bare Essentials ialah pilihan yang sesuai. Harga?? Sangat MAMPU MILIK!! Hanya RM116 sahaja untuk 1 set. Jadi jom grab sebelum OOS. Nanti geget jari...:)

Untuk maklumat lanjut:
Website : Althea Kr
Facebook: Althea




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

3 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us