Cadbury Dairy Milk Lickables Yay or Nay??


Assalamualaikum


Bab cekelat ni kan memang ler menjadi favorite Marsha sekeluarga. Tak kira lah cekelat apa pun janji sedap dimakan...nyummy!! Kalau kat rumah cekelat atau nama rasmi dia coklat memang wajib menjadi penghuni tetap peti ais kat umah. Bila rasa stress, cekelat lah penawar dihati....hihihi. Korang mesti familiar dengan satu coklat yang menjadi kegilaan anak-anak kecil sebab ada mainan tetapi trauma buat parents...Marsha pun sama..hahaha. Ala Kinder Joy la....hihi. Sekarang ni Cadbury telah keluarkan satu produk baru ala-ala Kinder Joy juga iaitu Cadbury Dairy Milk Lickables. Sebab apa Marsha cakap ala-ala Kinder Joy? Sebab konsep dia sama coklat + mainan. Tapi Lickables ni sedap tak? Meh baca entri Marsha sampai habis ya!! | Cadbury Dairy Milk Lickables Yay or Nay??

Cadbury Dairy Milk Lickables Yay or Nay??

2-3 minggu lepas Marsha ternampak iklan Lickables ni kat TV. Wow menarik!! Actually Kakak Anith memang suka jenis 'egg chocolate' ni tapi Marsha pun dah lama puasakan kakak Anith dari Kinder Joy sebab harganya dah makin meningkat. Kakak Anith pun dah tak heran dah sebab dia pun tahu harganya macamana. Bila 1st time tengok iklan Lickable ni di TV memulanya tak heran pun. Tapi bila baca beberapa komen pengguna di iklan di social media yang membuatkan Marsha nak cuba. Biasalah komen ada positif, ada negatif. Pandangan masing-masing kan? Ada suka ada tak.

So last week Marsha telah beli satu Cadbury Dairy Milk Lickables ni untuk Kakak Anith. Memandangkan Baihaqi masih kecik lagi jadi Marsha belikan untuk Kakak Anith je la. So kira kakak kongsi dengan ibu...hahahaha. Tambahan pula mainan yang hadiah tu Pokemon yang menjadi minat Kakak Anith. Harga? RM3.90....bleh tahan juga harga pengenalan dia. Kakak Anith apa lagi sangatttt gumbira....lalalalalala....hihi. Sebenarnya Marsha teringin nak mencuba rasa coklat di dalam bekas ungu yang comel itu.

Cadbury Dairy Milk | Lickables


Bagi Marsha rasa coklat dia sedap. Macam coklat cadbury yang bar kecik-kecik tu. Cuma lain dari Kinder Joy, Kinder Joy ada bebola biskut. Macam Lickables ni coklat dan bahagian atas tu ada macam coklat rice tapi bukan coklat rice. Sedap dan bagi Marsha sesuai untuk anak anak kecil. Mainannya pula agak simple. Tak ada rezeki Kakak Anith nak Pickachu sebab Kakak Anith dapat yang lain. Bukan mainan tapi key chain. Sabtu lepas harga dia pun dah naik ke RM4.20. Jadi harga nya lebih kurang je dengan Kinder Joy. 


Cadbury Dairy Milk | Lickables

Cadbury Dairy Milk | Lickables


Jadi kalau korang nak cuba untuk anak-anak boleh je. Sedap dengan bungkusan ungu yang comel macam makhluk asing dalam iklan tu....hihi. Takdelah rasa macam yang dalam komen tu. Cuma mainan tu kalau bertuah dapat yang best...hihi. So, jom lah ber Lickables jom...Yayyy!!....hihi





Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

3 Comments

  1. Tak cuba lagi.. Sesekali beli untuk anak-anak okaylah..

    ReplyDelete
  2. Macam-macam inovasi sekarang ni yer. coklat pun dah high tech hehe..

    ReplyDelete
  3. Mimi memang hantu coklat tau tapi kalau sejemput macam tuh memang tak puas makan dan bagi mimi.memang mahal

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us