Jom Pi Pasar| Kupon RM20 Jimatkan Perbelanjaan Mingguan



Assalamualaikum



Jom Pi Pasar | Pasar adalah tempat wajib Marsha jejak setiap hujung minggu untuk beli stok bahan basah. Kat pasar lebih banyak pilihan dan lebih segar berbanding tempat lain. Tambah lagi kat pasar ni ada ulam-ulam kampung macam kulat sisir, pucuk paku dan ulam-ulaman kampung. Kalau kat pasaraya susah nak dapat tau. Tapi kan, setiap minggu atau dua minggu sekali Marsha perasan harga barang basah makin meningkat. Sebagai contoh daging, sekarang harga yang import/sejukbeku lebih kurang RM20-RM30 sekilo. Kalau yang tempatan/kampung punya mencecah RM30 keatas sekilo. 

Harga Daging | Sumber: Google


Memang agak terasa terbeban dengan peningkatan harga barang basah sekarang. Kadang terpikir macamana dengan yang kurang berkemampuan nak beli barang basah?? Harga makin naik dan naik. Kalau makan kat luar pun tak larat hari-hari dan lagi banyak duit mengalir Tapi untuk warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dah boleh tarik nafas lega sebab ada program Jom Pi Pasar.


Jom Pi Pasar| Kupon RM20 Jimatkan Perbelanjaan Mingguan


Seperti yang kita sedia maklum, kos sara hidup sekarang makin meningkat. Peningkatan kos sara hidup ini memberi kesan kepada seluruh warga Malaysia. Semua orang terasa dengan kenaikan harga barang terutamanya barang-barang basah. Cuti Hari Buruh hari tu Marsha amik kesempatan ke pasar  berhampiran rumah untuk beli daging sebab teringin nak makan daging bulgogi. Daging import/sejuk beku RM24/kg dan daging tempatan RM32/kg. Pucuk paku seikat RM1. Jadi memang terasalah harga barang-barang basah naik.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga bebanan harga barang basah meningkat sangat ketara berbanding di Ipoh. Jadi untuk meringankan beban warga yang kurang berkemampuan, pihak DBKL telah melancarkan satu program iaitu Program Jom Pi Pasar dimana kupon sebanyak RM20 diedarkan kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang layak. Walaupun nilainya nampak kecil, tapi masih boleh beli ayam atau ikan dengan sedikit sayur tau. Kalau bajet sekali ke pasar RM50, dengan kupon RM20 ini dah banyak jimat. Jadi RM20 yang selebihnya boleh disimpan untuk keperluan lain pula seperti bekal anak-anak ke sekolah.

Jom Pi Pasar | Sumber: Google


Program Jom Pi Pasar ini juga dapat menggalakkan orang ramai membeli barang di pasar kerana kita sedia maklum ramai peniaga tempatan yang berniaga di pasar untuk mencari rezeki. Dalam masa yang sama program seperti ini dapat membantu kedua belah pihak secara tidak langsung. Jadi inisiatif DBKL dalam menyantuni warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sangat tepat. Bukan pembeli atau pengguna sahaja yang dapat kebaikan malah penjual juga. Orang kata situasi menang-menang gitu.

Jom Pi Pasar| Sumber: Google


Marsha sangat menyokong Program Jom Pi Pasar ini kerana dengan program sebegini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa masih ada yang mengambil berat walaupun kos sara hidup makin meningkat. Moga program sebegini dapat diperluaskan di negeri-negeri lain juga oleh PBT yang terlibat. Sambil membantu yang kurang berkemampuan, juga dapat membantu peniaga-peniaga tempatan juga. 

Jom Pi Pasar!!



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

18 Comments

  1. menarik program ni, membantu menjimatkan sedikit blanja dapur :))

    ReplyDelete
  2. Bagus program macam ni. Perlu diteruskan

    ReplyDelete
  3. kalau cm ni lah hari2 nak pergi pasar haha

    ReplyDelete
  4. Ringan beban mereka yg memerlukan...

    ReplyDelete
  5. Mengurangkan kos sara hidup seharian walau hanya RM20 shj

    ReplyDelete
  6. belanja barang barang dapur memang byk pakai duit..kalau ada kupon nih dapatlah jimat kan.

    ReplyDelete
  7. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  8. byk sayuran boleh dibeli dengan harga rm20 tu

    ReplyDelete
  9. bantuan untuk penduduk kurang kemampuan di KL

    ReplyDelete
  10. Dapat kupon RM20.00 macam-macam lauk tambah kinah beli. Memang bagus inisiatif ni tambah pula harga barang sekarang semuanya mahal.

    ReplyDelete
  11. RM20 besar nilainya buat mereka yg susah..program yg sgt bagus

    ReplyDelete
  12. Jom pi pasar banyak jugak dapat beli dengan kupon ne

    ReplyDelete
  13. Rm20 ni..boleh beli lauk seminggu jug ni 😉

    ReplyDelete
  14. wau..boleh beli lebih lagi la barang kat pasar tu

    ReplyDelete
  15. Walaupun hanya Rm20 tapi sangat bermakna dgn kehidupan hari ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us