Assalamualaikum
Salam 4 Syawal buat semua pembaca setia www.marshaliza.com. Moga semua berada dalam keadaan sihat dan gembira menyambut hari raya yang ditunggu-tunggu setelah sebulan kita berpuasa. Marsha pasti raya tahun ni memang best buat semua. Kebanyakkannya balik kampung kan?? Sebab jalan raya pasti jem bila hari raya menjelma menujukkan ramai yang balik kampung beraya. Bila balik kampung, peralatan mandian yang amat penting dalam penjagaan wanita dan lelaki. Lelaki ni lebih suka yang ringkas dan mudah tetapi versatil betul tak? Lelaki tak macam kita wanita, lelaki suka yang paling mudah dan tidak renyah tetapi mementingkan gaya gitu....hihi.
Jadi peralatan mandian yang pelbagai dari pencuci muka, mandian dan sebagainya sangat penting bagi lelaki dalam penjagaan harian cuma lelaki perlukan yang lebih mudah dan ringkas untuk tampil lebih yakin dan bergaya bila balik beraya. Dengan pelbagai produk mandian di pasaran, pilihan semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru
untuk si jejaka dengan formulasi yang direka khas untuk membersihkan muka dan badan
sekali gus! Nak tau dengan lebih lanjut? Meh baca Buih Mandian Dashing 2 dalam 1 Muka dan Badan | Pelengkap Keyakinan Si Jejaka
Buih Mandian Dashing 2 dalam 1 Muka dan Badan | Pelengkap Keyakinan Si Jejaka
Seperti wanita, lelaki juga perlu menjaga penampilan supaya tampak lebih yakin dan gagah. Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk
DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu, buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari. Jadi balik raya di kampung pun tak renyah. Hanya bawa balik 1 produk mandian boleh cuci muka sekali. Best kan??
DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.
Dashing 2 in 1 Face & Body Wash |
COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.
Dashing 2 in 1 Face & Body wash |
ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif.
Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.
ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.
Dashing 2 in 1 Face & Body Wash |
HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta dengan haruman Amber.
Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.
Dashing 2 in 1 Face & Body Wash |
Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.
Dashing 2 in 1 Face & Body Wash |
Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan. Ianya boleh dapatkan di farmasi dan pasaraya seluruh Malaysia. Jom dapatkan sekarang!!!
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
2 Comments
boleh terbayang bau Dashing yg strong ni..memang boleh terpikat bila en suami guna dulu..hehe
ReplyDeleteDashing dh ada mandian...baru tau...
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)