Assalamualaikum
Lately di media sosial terutamanya Facebook, Instagram dan juga Twitter bersilih ganti tentang Raja Buah iaitu DURIAN. Sape tak suka durian kan? Mostly rakyat Malaysia memang peminat tegar durian tak kira kaum mana pun. Semua sukaaa!! Marsha antara salah seorang rakyat Malaysia yang menjadi peminat tegar durian. Dalam pantang pun makan durian cuma dengan kuantiti yang dibenarkan sahaja...hihi. Kali ni setelah tamat berpantang dan Baihaqi pun dah 10 bulan, musim durian kembali. Banyak dah kawan-kawan post kat socmed (social media) tentang durian ni. Hati pun dah tak keruan...huhu. Tapi yang bestnya seiring dengan musim durian ini, McDonald's telah keluarkan kembali Durian McFlurry yang digilai ramai pada beberapa bulan lepas sehingga sold out!! Kali ini Marsha tak kan ketinggalan untuk merasai Durian McFlurry ini.
Durian McFlurry |
Makan Sebanyak Mana Mahu Durian McFlurry di All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry
Kebetulan encik suami memang nak belanja berbuka puasa dengan McDonald's jadi Marsha amik kesempatan untuk merasai Durian McFlurry yang digilai ramai. Tau tak kenapa Durian McFlurry ni digilai ramai? Sebab ia menggunakan DURIAN D24 SEBENAR!! Pendek kata memang rasa durian real lah....sedappppp.
Sedappppp!!! |
Memang betul McDonald's menjanjikan kesedapan tak terkata melalui Durian McFlurry nya. Actually ini kali pertama marsha makan makanan atau dessert yang dibuat dari atau bersama durian. Sebelum ni memang tak lalu. Marsha hanya lalu makan durian semata sahaja. Kali ini Marsha beranikan diri cuba dan tak sangka terus fall in love!! Janji McDonald's memang ditepati...hihi.
Tengok isi durian D24 yang SEBENAR |
All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry akan diadakan sempena musim raja buah yang sangat viral ini. Jadi, Marsha nak ajak korang semua join All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry ni sebab korang boleh makan sebanyak mana yang korang mahu dengan sekali bayaran sahaja. Haa....best kan? Kalau sekarang ni kita ada makan sebanyak mana durian dengan sekali bayaran tertentu. McDonalds pula anjurkan All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry untuk pelanggan setia mereka. Jangan ketinggalan untuk join!!
All-You-Can-Eat D24 |
Untuk pengetahuan korang, All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry ini akan diadakan mengikut maklumat di bawah:
Tarikh: 17 Julai 2018, Selasa
Masa: Sesi 1- 3.00pm-4.00pm, Sesi 2- 5.00pm-6.00pm
Tempat: Semua restoran McDonald’s seluruh negara
Masa pendaftaran: 30 minit sebelum setiap sesi bermula
Bilangan peserta untuk setiap sesi: 20 orang
Harga pendaftaran: RM10 (dewasa dan kanak-kanak berumur 4-12 tahun), percuma untuk yang berumur 3 tahun ke bawah
Dengan hanya bayaran RM10 korang boleh makan sehingga puas. Jadi kalau nak merasa makan Durian McFlurry puas-puas kena cepat daftar untuk jadi 20 orang pertama setiap sesi. Sape cepat dia dapat makan Durian McFlurry!! Marsha beli satu Durian McFlurry pun rm9.00 tau. Jadi memang berbaloi sape yang cepat daftar untuk All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry ni. Jadi sekali lagi Marsha ingatkan korang JANGAN KETINGGALAN untuk daftar sesegera mungkin okay!! Kalau tak geget jari la korang...hihi
Ceria bersama Durian McFlurry |
Untuk maklumat lanjut tentang All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry ni korang boleh ke FAN PAGE McDonald's dan baca terma dan syarat dia tau. Jadi 17 hb ni ikut sesi yang ada korang pegi daftar sesegera mungkin di restoren McDonald's berdekatan korang untuk makan #DurianMcFlurry ini. Marsha pun macam nak join jer...berbaloiii. Jommm!!!
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
6 Comments
waaaah eat all you can hehe tapi rasanya 1 bekas tu ckup dah kalo banyak2 mau muak nak muntah jugak. untuk peminat tegar boleh try =D
ReplyDeleteWaahh!! syoknyaaa boleh refill sebanyak mana kita mau
ReplyDeleteAla... Mkn x ajak ai... Hihi
ReplyDeletetak boleh jadi nihh...terliur dah wehhh
ReplyDeleteMenarik sangat ni. Mau berbondong yg datang,tapi boleh 20 org je sekali sesi. Kena berebut, hihi
ReplyDeletesedappp. rugi sapo tk grab DURIAN MCFLURRY
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)