Baihaqi Milestone - Berjalan di Usia 11 Bulan

Assalamualaikum


Lama betul tak update entri blog terbaru. Start update 2 hari lepas setelah berminggu tak ada mood nak mengadap laptop. Penangan berbadan dua kali ni lain macam. Penyakit M ya amattt!! Tapi Marsha kena juga gagahkan diri updated blog. Kena lawan la kan??...hihi. Marsha ni jarang story pasal famili kecil Marsha. Jadi hari ni giliran Marsha untuk share tentang family kecil Marsha ni. Marsha nak simpan segala memori dalam blog ni untuk tatapan masa tua dan anak cucu nanti...insyaAllah. Jadi kali ni Marsha nak share tentang milestone anak kedua Marsha iaitu Baihaqi. Alhamdulillah Baihaqi dah officially berjalan di usia 11 bulan. Jom baca lebih lanjut| Baihaqi Milestone - Berjalan di Usia 11 Bulan.

Baihaqi Milestone - Berjalan di Usia 11 Bulan

Macam juga ibu-ibu lain, Marsha juga nantikan progress milestone Baihaqi sejak dia baru lahir sehingga hari ni. Dari dia mula buat senyuman, meniarap, mengesot, merangkak, bercakap dan berjalan. Kenapa Marsha dok nantikan bila Biahaqi boleh berjalan? Sebab Kakak Anith mula berjalan umur 10 bulan. Jadi sangat nantikan. Bukan nak compare cuma nak tengok progress macamana sebab setiap anak tak sama kan.

Ikutnya Baihaqi dah boleh menapak sambil pegang dinding atau sofa dah lama. Dari umur 8 bulan lagi. Cuma bila lepaskan tangan dia tak berapa yakin. Kemungkinan badan dia berat sebab berat dia mencecah 10 kg. Faktor dari itu, dia mungkin ambil masa untuk balance kan badan. Lagi satu dia jenis kalut & nak cepat je. Jadi tak sempat nak balance kan badan. Macam Kakak Anith dia ‘cool’ sikit...hihihi

Alhamdulillah....apa apa pun Baihaqi dah boleh jalan. So kita tunggu pula bila dia nak dapat ‘mulut’. Sekarang pun dah riuh rendah suara dengan satu suku kata. Sekarang ni boleh sebut ma, bah, uh...hihi. Memang riuh betul. Marsha suka perhatikan progress anak-anak sebab ia momen indah bagi seorang ibu. Sebelum melabuhkan entri kali ni, meh layan video pendek Baihaqi yer...




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

3 Comments

  1. haha..budak bam bam ni..tgk video dia, mmg nmpk dia jenis nak cepat..

    ReplyDelete
  2. Kak marsha berbadan dua ka! ! Tahniah kak.. .

    ReplyDelete
  3. Wahhh dh bole berjalan. .jenuh kepung nnt tu. ..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us