Assalamualaikum...Hai korang!!
Feeling great today?? Of course la kan kita memang kena feel great setiap pagi untuk datangkan kualiti kerja yang terbaik setiap hari. Tak kira lah kita seorang bekerjaya ataupun housewife. Semua ada kerja kan. Jadi stress mana pun feeling great setiap pagi memang diperlukan. Persoalannya, apa yang membuatkan kita feeling great setiap hari?? Kalau orang perempuan Marsha pasti kalau kita rasa kulit kita sihat, automatik kita rasa sangat yakin dan hebat kan?? Sebab Marsha pun macam tu. Kaum adam pun Marsha rasa yang sama juga. Betul tak?? Keyakinan diri ni memang sangat penting untuk seseorang tentukan kualiti kehidupan seharian mereka. Jadi Marsha nak share 1 produk yang pasti akan mengembalikan keyakinan korang pada waktu pagi sehingga waktu tidur dan hari-hari seterusnya. Jom baca | Real Fresh Skin Detoxer Hanya 10 Saat untuk Rutin Harian
Real Fresh Skin Detoxer Hanya 10 Saat untuk Rutin Harian
10 saat untuk rutin harian?? Serius?? Nak tau serius tak serius korang wajib baca habis entry Marsha kali ni sebab Marsha nak dedahkan apa rutin 10 saat tu. Nak gosok gigi pun lebih 10 saat tau...hihi. Marsha dapat Real Fresh Skin Detoxer ni dalam gift box Althea Angles. Apa pula Althea Angles tu? Nanti Marsha story next post tau. Entri Althea Angels memang kena speciall!!..hihi. Actually, Real Fresh Skin Detoxer ini adalah hasil kolaborasi Althea X Get It Beauty. Hasilnya bagi Marsha memang da bomb!! Real Fresh Skin Detoxer ini adalah masker yang kita akan apply di kulit muka selama 10 saat - cuci - siap!! Ringkas je kan? Mempunyai 2 jenis varian iaitu Rose dan Green Tea.
Real Fresh Skin Detoxer - ROSE (Refining)
Untuk varian ROSE, ia dirumus khas untuk rutin harian pada waktu pagi. Fungsinya ialah untuk membuang kotoran yang terkumpul semalaman semasa kita tidur. Ia juga memberikan kesegaran untuk permulaan hari yang positif. Varian ini mengandungi kelopak mawar yang sebenar dan ekstrak dari mawar Grasse yang dipilih khas dari Selatan Perancis. Wah hebat betul!! Juga membantu memperbaiki kulit, mengecilkan liang pori dan menghilangkan kerengsaan pada kulit.
Paling best ia adalah pencuci muka & masker 2 in 1!! Jadi dalam masa yang sama ia menyuburkan kulit dalam masa yang sangat singkat iaitu 10 saat sahaja. Sangat singkat!!
Real Fresh Skin Detoxer - Green Tea (Purifying)
Varian Green Tea, dirumus khas untuk penggunaan waktu malam sebelum tidur. Apabila jam menginjak 1000 malam, sel kulit akan menjadi aktif. Jadi penggunaan Varian Green Tea ni amat sesuai untuk meningkatkan proses regenerasi semulajadi kulit dengan kulit betul-betul bersih dan sedia untuk berehat.
Varian Green Tea ini mengandungi daun teh hijau muda dan ekstrak asli dari lereng bukit di Pulau Jeju. Wah Pulau Jeju adalah satu tempat yang Marsha teringin nak pergi. Hope one day dapat kesana lihat green tea sendiri di Pulau Jeju. Ia membantu membersihkan kulit dan memberikan kulit bernafas dengan baik semasa kita tidur. Jadi kulit tidak tersumbat dan lebih segar.
Cara Penggunaan Real Skin Detoxer
Penggunaan untuk kedua-dua varian adalah sama. Jom kita tengok cara penggunaanya:
1. Sapukan Real Fresh Skin Detoxer dengan lapisan yang agak tebal.
2. Biarkan selama 10 saat.
3. Gosok perlahan-lahan secara membulat atau gunakan alat pembersih muka.
4. Bilas hingga bersih.eeeeeeeeeeeeeeeee
Jom tengok video dibawah
Pengalaman Marsha Menggunakan Real Fresh Skin Detoxer ( Rose & Green Tea)
Pengalaman menggunakan kedua varian Real Fresh Skin Detoxer ni sangat mengujakan. Mana tak nya sebab pertama kali bersua dengan masker 2 in 1 yang hanya 10 saat. Ini sangat mengujakan. Sebab marsha tak pernah dengar pakai mask hanya 10 saat. Biasanya paling kurang pun 20 minit. Betul tak?? Jadi ia memang sangat mengujakan.
Hasil penggunaan Real Fresh Skin Detoxer ini secara konsisten membuatkan kulit Marsha lebih lembut. Bintik hitam berkurangan. Rasa segar sepanjang hari dan bila bangun tidur pun kulit rasa fresh sangat walaupun belum mandi...hihi. Jadi kalau korang nak mencuba memang sangat recommended sangat. Kat mana nak dapatkan?? Haa meh la korang dapatkan di laman web Althea Korea. Boleh juga install aplikasi & terus order. Direct shipping dari korea tau!! Rujuk link kat bawah yer...
Althea.kr
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
2 Comments
suka sangat dengan kesan penggunaan kedua-dua skin detoxer ni. best! baunya pun wangi je..
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
boleh usha ni baca review kak marsha boleh hilangkan bintik2 hitam tu..
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)