Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018 Wajib Grab!!


Assalamualaikum


Tahun ni Malaysia sangat banyak cuti yang bersambung-sambung. Last week dah habis cuti 3 hari bersambung Cuti Kemerdekaan dengan weekend. Minggu ni ada lagi cuti 4 hari pula bersambung Keputeraan Baginda Yang Di Pertuan Agong juga 1 Muharram. Next week pun ada lagi cuti bersambung selama 3 hari. Bila cuti lebih dari 2 hari biasanya ramai yang akan buat plan untuk bercuti. Yang bujang nak bercuti bersama kawan-kawan dan yang dah berkeluarga confirm lah akan bercuti dengan keluarga tersayang kan?..hihi. Biasanya cuti macam ni sesuai untuk 'short trip' di dalam negara sahaja. Sebab masa pun singkat. Tapi ada juga yang sempat ke negara jiran untuk 'short trip' macam Marsha last week...hihi. Tapi kalau nak lagi best cuti panjang seperti cuti sekolah akhir tahun adalah masa yang sesuai untuk melancong ke luar negara. Korang kalau plan nak keluar negara korang akan survey atau beli dimana? Matta Fair? Kebanyakannya bila Matta Fair berlangsung memang sangat ramai yang akan kesana mencari pakej-pakej luar negara yang berbaloi.

Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018 Wajib Grab!!

Matta Fair memang sangat seronok pergi untuk cari pakej-pakej yang menarik dan murah. Marsha antara peminat utama Matta Fair ni. Tapi bila ramai sangat berpusu-pusu dengan anak-anak kecik akan jadikan mood tu kelaut...hahaha. Ye la dengan ramai-ramai lepas tu bawak anak-anak kecil pasti tak selesa. Belum tambah dengan jammed lagi. Dari bersemangat last-last ajak balik...hihi. Kenapa bersusah payah jika kita boleh dapatkan pakej yang menarik dan murah hanya dihujung jari je? Duduk rumah sambil main dengan anak-anak sambil tengok pakej-pakej yang menarik dan murah dan boleh terus buat tempahan. Jimat masa dan juga tenaga, betul tak? 

Korang nak tau, sekarang ni Traveloka telah mengadakan Traveloka Sale yang gempak seakan-akan Matta Fair yang berada dihujung jari korang je. Menarik kan? Pernah dengar tak Traveloka? Meh Marsha cerita serba sedikit tentang Traveloka ni.

Traveloka

Traveloka ialah salah satu platform penempahan online yang memberi kemudahan kepada individu yang suka travel dan bercuti dengan menyediakan penempahan tiket kapal terbang samada sehala atau dua hala dan juga bilik hotel dengan harga yang mampu milik. Penempahan tiket kapal terbang dan juga bilik hotel bagi destinasi domestik dan juga antarabangsa ditawarkan oleh Traveloka dengan mudah melalui laman web atau aplikasi telefon bimbit. Jadi tak perlu beratur di kaunter syarikat penerbangan semata-mata untuk menempah tiket kapal terbang dan tak perlu menelefon hotel untuk membuat tempahan. Semua hanya dihujung jari sahaja dengan Traveloka.

Traveloka


Paling menarik, harga yang ditawarkan adalah yang terbaik dan paling kompetetif untuk tiket penerbangan dan hotel di dalam satu platform. Mudahkan! Traveloka menawarkan harga jujur tau maksudnya tak ada 'hidden charge'. Jadi kita bayar dengan harga tersebut tanpa bayaran tambahan yang lain. Selain itu, korang juga boleh buat perbandingan harga terus dekat Traveloka. Yang menarik bagi Marsha, potongan-potongan harga yang sentiasa ditawarkan oleh pihak Traveloka ni sangat menarik. Traveloka memang kerap kali buat potongan harga tau jadi tunggu je sale dari Traveloka. Jadi kali ni Traveloka sedang mengadakan Traveloka Sale dan Matta Fair 2018 dan memang wajib grab!!

Traveloka Sale dan Matta Fair 2018


Traveloka memang menjadi pilihan Marsha sekeluarga. Baru-baru ni Marsha ke Hat Yai pun Marsha buat tempahan bilik melalui aplikasi Traveloka. Sangat mudah dan friendly dan hotel yang ditawarkan sangat puas hati dari segi harga dan juga servisnya. Yang paling menarik Traveloka menawarkan banyak tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera. Memang berbaloi-baloi!! Kebetulan tengah plan denga encik suami untuk bawa anak-anak jalan lagi tahun ni dan mungkin nak ke Bali atau Surabaya. Jadi memang sesuailah Marsha dapatkan pakej yang murah dan menarik.

Traveloka Salebration & Matta Fair 2018


Selain dari tawaran kupon diskaun, Traveloka juga menawarkan tawaran yang menarik untuk tempahan tiket penerbangan iaitu tawaran diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat. No Booking Fee!! Tempah sekarang untuk perjalanan pernerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi! Diskaun kupon pula 8% sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. Tertakluk pada terma dan syarat.

Destinasi


Tempahan boleh dibuat bermula dari 4 September hingga 10 September 2018. Jadi masa yang agak lama untuk decide dan plan destinasi percutian seterusnya. Paling menarik tempoh perjalanan dia tiada tarikh khusus! Tempoh perjalanan : Anytime!! Woohooo!!! Jangan lupa sambil tengok pakej untuk diri sendiri boleh war-warkan tawaran Traveloka Sale & Matta Fair 2018 kepada kawan-kawan dan juga keluarga ya!! War-war kan sekarang juga!!

Traveloka


Jadi kali ni Marsha berpeluang lagi dapatkan pakej yang berbaloi dan murah untuk destinasi Marsha sekeluarga seterusnya ke Bali atau Surabaya dengan Traveloka. Promosi macam ni bukan senang tau! Jadi bila ada promosi yang best ni kena cepat-cepat grab. Rugi kalau tak grab. Kalau terlepas alamatnya gigit jari je la....huhu.

Paling mudah cepat-cepat install aplikasi Traveloka di telefon pintar korang. Lagi jimat masa nak buat tempahan tau. Cepat-cepat install melalui Google Play atau App Store. Jom sama-sama grab Traveloka Sale & Matta Fair 2018 ni! Rugi tak grab!!




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

4 Comments

  1. Okay laju laju klik Traveloka. Boleh jimat banyak macam ni, untung sangat.

    ReplyDelete
  2. Traveloka Sale-abration memang di nanti-nantikan oleh kaki travel kan Marsha :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us