Tutorial Icon Highlight di Profile Instagram

Assalamualaikum


Semalam Marsha ada upload status tentang icon highlight di Instagram yang Marsha 'mengadap' buat semalam setelah baby beri kerjasama untuk ibu mengadap lama sikit handphone. Kira semalam ada mood sikit untuk serikan profile instagram dengan icon highlight yang comel-comel...hihi. Ada beberapa kawan blogger minta Marsha buat tutorial buat icon highlight ni. Jadi jom baca | Tutorial Icon Highlight di Profile Instagram

Tutorial Icon Highlight di Profile Instagram

Sebenarnya nak buat icon highlight di profile instagram ni simple je. Marsha sebenarnya ikut tutorial dari blogger FizaRahman. Dah lama baca tutorial tapi tak terbuat. Sindrom M ni kuat sangat kali ni. Tapi kali ini Marsha share 2 tutorial. Tutorial kedua adalah hasil sharing dari blogger Lyana Ishak. Jom kita tengok

Tutorial 1

1. Install aplikasi Photo Layers.


2. Cari background melalui Google. Ambil background yang dalam posisi 'menegak' sahaja. Save dalam gallery atau photo.
3. Cari icon yang berkaitan juga melalui Google dan pilih icon yang file PNG sahaja untuk hasil lebih baik. Contoh : Icon beauty boleh google 'beauty icon png' dan akan keluar banyak icon yang transparent. Save dalam gallery atau photo.
4. Buka aplikasi Photo Layers - klik Background - album - pilih background yang telah di save tadi - done.

Klik Background - Album

Pilih Background yang disave dalam photo

Klik done

5. Klik add image - album - pilih icon yang telah di save - done.

Klik add image - album - masukkan icon yang tekah disave


6. Klik save  (JPEG, White) - siapp!!
7. Lepas tu boleh la edit cover highlight di profile instagram korang. Senang je kan??

Tutorial 2

1. Install aplikasi Pinterest.
2. Kemudian search dalam aplikasi Pinterest tu 'Insta Highlight Cover'.


3. Nah keluar macam-macam yang dah siap.
4. Korang klik gambar yang berkenan dan save gambar dengan klik kat 3 titik di sebelah kiri atas - download image.

Pilih - klik 3 titik

Download image

5. Haa....boleh edit cover highlight di profile instagram.

Jadi ikut lah pilihan korang nak pilih tutorial yang mana. Semuanya cantik!!. Lepas ni Marsha pasti profile instagram korang mesti cantik-cantik. 

Selamat Mencuba!!



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review
Blogger Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

7 Comments

  1. Senang kan marsha bila dah tahu buat. Lepas ni boleh tukar-tukar highlight cover ☺

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing Marsha.. dedua step nie belum pernah cuba. Kak Sue guna Canvas ja..

    ReplyDelete
  3. salam singgah. wah terima kasih sharing. terus nak cuba buat. hehhehee

    ReplyDelete
  4. kita try tutorial fiza, tak boleh sbb tak ada apps tu dalam playstore kita..so guna picsart je..

    ReplyDelete
  5. Ok.. Nnt ada kerajianan nk try tgk. ..
    Tq sharing kak marsha

    ReplyDelete
  6. ohh kena download app2 pulak.. adui baca tutorial rajin nak buat tu hii

    ReplyDelete
  7. kena ig business ye baru boleh buat highlight ni ye

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us