Assalamualaikum
DETTOL adalah jenama antiseptik yang dari dulu meniti di bibir-bibir rakyat Malaysia dari tahun 1932 hingga kini. DETTOL bermula dengan sabun mandian berubat dan cecair pecuci luka yang terkenal satu masa dulu dan masih kekal pada masa kini malah diberi nafas baru. Teringat zaman-zaman kecil dulu dengan sabun DETTOL. Kini ada bermacam-macam produk dari DETTOL. Sudah ada mandian pelbagai bau dan juga fungsi yang lebih memfokuskan kepada sesuatu masalah. Apa yang Marsha suka dengan DETTOL ialah fokus utamanya ialah membasmi kuman. Sekarang DETTOL melancarkan semula rangkaian pembersih diri untuk melindungi isi rumah dari 100 kuman berbahaya. Nak tahu lebih lanjut? Jom baca | DETTOL Jenama Yang Dipercayai Sekeluarga Dari Dulu Hingga Kini.
DETTOL Jenama Yang Dipercayai Sekeluarga Dari Dulu Hingga Kini
Jenama DETTOL ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari. Marsha kini adalah Ibu DETTOL. Ibu-ibu diluar sana macamana pula?
Marsha kini Ibu DETTOL |
Marsha mendengar keluhan para ibu, maka Dettol, sebagai jenama
perlindungan kuman No.1 di dunia** kini melancarkan semula seluruh rangkaian
produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi semua keluarga di
Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya. Dettol ‘ProFresh’ dirumuskan untuk
memberi ‘perlindungan daripada bau badan selama 12 jam’ bagi memastikan kesegaran
sepanjang hari, walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Dettol
‘ProSkin’ menyediakan ‘kelembapan selama 8 jam’ untuk mengekalkan perlindungan
kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran
yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran
dengan penyaman udara yang berterusan.
DETTOL ProFresh Baru |
Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol telah
menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para
ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing. Jenama yang komited untuk
menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui
penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini .
Komitmen ini meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi
kesejahteraan pengguna. Tidak hairanlah jenama ini mendapat kepercayaan
daripada para ibu di seluruh dunia bagi membantu keluarga mereka mengekalkan
kebersihan diri dan seterusnya kesihatan mereka.
Dettol merupakan jenama perlindungan kuman No. 1 di Malaysia
sejak sekian lama. Dalam usaha jenama untuk mencari penyelesaian yang sesuai
bagi melindungi keluarga Malaysia daripada kuman, Dettol telah mengenal pasti
keperluan yang berbeza bagi produk pembersihan diri. Dua keperluan utama yang dikenal
pasti adalah ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’.
“Kita mandi untuk membersihkan badan. Selain daripada
keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam
yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga. Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka
selalunya bergantung kepada dua keperluan: ‘perlindungan bau’ yang selalunya
dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan
sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang
mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Ini merupakan satu
cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan
kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit.
Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan
untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi
kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman
penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’
memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama
lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti
sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus
Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.
Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi menjelaskan bahawa para ibu
pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan
dan kesihatan kulit keluarga.
"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka
aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada
masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak
kelihatan yang boleh melekat pada badan mereka. Bau
badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan
aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah. Produk pembersihan
diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga. Oleh
sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah
diuji secara dermatologi amatlah penting" kata Dr. Steven.
Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai
tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan. “Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit
bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya
menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada
peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk
pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar
sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya
lagi.
Kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka
daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat!
Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan;
Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare.
Dari kiri: Lasting Fresh, Cool, Fresh & Re-Energise |
Produk ini dijual di
pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46
untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula
900ml.
*34.1% (1.97 juta) isi rumah rakyat
Malaysia di seluruh Semenanjung telah membeli sebarang produk Pembersihan Diri
Dettol (Cecair+ Sabun Buku + Pencuci Tangan) sepanjang 12 bulan lepas. Sumber:
Kantar Worldpanel Malaysia
**Berdasarkan berdasarkan maklumat
yang dilaporkan oleh Nielsen menerusi Perkhidmatan Scan Track, Market Track dan
Retail Index bagi pasaran kategori Perlindungan Kuman (mengikut takrif Reckitt
Benckiser) bagi tempoh 52 minggu berakhir Mac 2017 bagi semua pasaran barangan
runcit
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
3 Comments
Dettol salah satu product yg nieyl suka...
ReplyDeletesesuai dengan kulit nieyl..lagipun wangi...
terbaik sharing
ReplyDeletememang best produk dettol ni, bau dia pon fresh jek...
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)