Asssalamualaikum
Korang mesti pernah dengar Farm In The City (FITC) kan? Farm In The City ni dah selalu meniti di bibir-bibir kawan-kawan Marsha yang bercuti ke Selangor dan kawasan yang berdekatan. Selalu juga Marsha tengok kawan-kawan update keseronokan bawa anak-anak kat sana. Ini membuatkan Marsha berazam nak bawa anak-anak juga ke Farm In The City satu hari nanti. Alhamdulillah impian Marsha sebagai seorang ibu akhirnya tercapai bila pada 26 Oktober 2018 lepas Suami & Marsha berpeluang membawa anak-anak mendekati alam sekitar bersama-sama haiwan di Farm In The City ini. Mengapa Marsha sangat teruja? Sebab ianya adalah konsep yang Marsha sangat suka. Kalau kita ke zoo, kita hanya akan dapat lihat haiwan dari jauh tetapi tidak di Farm In The City. Kat sini anak-anak boleh kenal haiwan dengan lebih dekat. Selain konsep 'Close To Nature', apa lagi yang menarik di Farm In The City ini? Jom terjah | Farm in The City, Sri Kembangan Tarikan Anak-Anak Mendekati Haiwan Dengan Lebih Dekat
Farm in The City (FITC) , Sri Kembangan Tarikan Anak-Anak Mendekati Haiwan Dengan Lebih Dekat
Terletak di Sri Kembangan area Atmosphere adalah lokasi yang strategik untuk Farm In The City ini sebab haiwan-haiwan yang ada memerlukan suasana yang natural jauh dari kesibukan kota. Mula-mula sampai ke sini memang dah sangat teruja. Tak sabar nak bawa anak-anak masuk kedalam. Dah siap-siap beg susu dan pampers Baihaqi, kami terus masuk ke Farm In The City. Walaupun di kawasan parking agak panas sebab kami sampai pun almost dalam jam 2 petang. Sebab hari jumaat kan. Encik suami nak solat Jumaat dulu. Bila masuk kedalam, baru je sampai dah rasa sejuk sebab seluruh kawasan FITC ini sangat redup. Memang macam kawasan hutan natural. Sangat selesa. Paling best ia juga mesra 'stroller'. Ada laluan untuk kita tolak 'stroller'. Sangat selesa.
Entrance |
Usai menguruskan tiket, kami terus masuk dan kali ini kami di layan oleh staf-staf FITC yang sangat friendly. Setiap pit stop yang ada sesi beri makan untuk haiwan memang ada staf FITC yang menunggu. Kalau rasa makanan yang diberikan tidak cukup, kita boleh beli makanan tambahan di kaunter yang disediakan. Setiap pit stop haiwan kita akan dapat bagi haiwan makan. Dari sekecil-kecil haiwan seperti burung hingga sebesar haiwan seperti Llama. Best kan??
Kami bermula dengan Turtle & Tortoise Farm. Ada pelbagai jenis kura-kura dan penyu yang ada. Yang paling mengujakan ialah kura-kura gergasi yang berumur 30 tahun yang masih aktif. Dikenali sebagai Aldabra Tortoise. Ia adalah spesis kura-kura kedua terbesar di dunia. Wah bertuah betul dapat bermesra dengan kura-kura ini. Kura-kura gergasi ini dibiarkan bebas dalam kandang mereka, oh ya kita boleh masuk kandang mereka & bagi makan tau. Sangat best dapat pegang dan usap kura-kura gergasi in real. Memula tu rasa seram jugak tapi lama-lama rasa best pula. Sebab ini adalah pengalaman kami sekeluarga kali pertama 'close to nature' dengan haiwan.
Aldabra Tortoise |
Bagi makan |
Ada banyak lagi farm sperti Reptiles Cavern, Passion Fruit Garden, Free-Flight Bird Aviary, Savannah, Vegetables & Fruit Farm, Fish & Swan Feeding, Kampung House, Pet Village & Longkang-Fishing, Jungle Walk, Twilight Creatures, Exhibition Hall, Kampong Mahmood, Pelican Quay, Star Animal "Falabella", Desert House, Pony Ride, Pony Stable, Mbek-mbek House dan Cow & Ostrich. Ha....banyak kan? Kami menghabiskan masa sepetang dalam FITC ni. Sampai tutup operasi FITC ni....hihihi. Korang boleh rujuk guide map dibawah tau.
Map FITC |
Kemudahan di FITC
Banyak kemudahan yang ada di FITC ini dan korang tak perlu bimbang jika bawa anak-anak kecil. Selain mesra 'stroller', FITC juga mempunyai kemudahan lain seperti:
- Tandas
- Staircase (untuk tolak stroller)
- Parking yang luas
- Rest Kiosk
- Token Machine
- Animal Food Machine
- Surau / Prayer Room
- Cafe / Restoren
- Photo Corner Shop
- Gift Shop
Restoren/Cafe |
Animal Food Machine |
Tarikan Istimewa di FITC
Free-Flight Bird Aviary
Ini pula kawasan favorite Marsha sebab kita boleh merasai pengalaman memberi makan burung dengan bebas. Dekat sini ada staf FITC yang menunggu untuk agihkan makanan dan beri panduan kita cara untuk memberi makan dekat burung. Memang seronok sangat kat sini. Meh layan video Marsha ni.
Seronok kan? Pengalaman yang tak dapat dilupakan tau. Jom korang alami pengalaman yang best ini.
Baihaqi tengok je |
Fish & Swan Feeding
Di kawasan ini, kita boleh bagi ikan dan angsa makan. Paling menarik sebab kita dapat beli makanan di Animal Food Machine. Wow, ini membuatkan kami sangat teruja!! Pengalaman pertama Kakak Anith. Biasa kita guna mesin beli token je kan. Kali ini beli makanan ikan dan angsa menggunakan mesin.
Ibu beli token dulu |
Kakak Anith beli makanan |
Dah dapat |
Bagi makan ikan |
Dah selesai masukkan kotak dalam pondok khas |
Longkang-Fishing
Ini pun antara aktiviti menarik lain dari lain kat sini. Anak-anak boleh buat aktiviti Longkang-Fishing dengan menangkap ikan kecil dalam longkang menggunakan jaring kecil. Kakak Anith ralit betul dengan aktiviti ini. Sebab kat tempat lain tak ada. Memang seronok betul Kakak Anith.
Longkang Fishing |
Pony Ride
Yeay dekat FITC ini ada Pony Ride. Tetapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan pada hari Marsha datang, hujan lebat jadi Kakak Anith tak sempat nak naik Pony Ride. Maybe next time kita datang lagi.
Token untuk Pony Ride |
Sebenarnya semua tempat menarik tapi Marsha 'highlight' kan tarikan yang tak ada di tempat lain yang membuatkan FITC ini sangat istimewa. Banyak spesis haiwan yang kita boleh tengok dan bermesra di FITC ini tau. Mostly haiwan dibiarkan bebas dalam kawasan masing-masing untuk kita bermesra. Overall memang sangat fun kat sini. Anak-anak pun nampak happy sebab dapat mendekati haiwan-haiwan disini. Memang pengalaman pertama untuk anak-anak Marsha. Baihaqi seronok bagi makan kat arnab. Seronok betul dia.
Baihaqi bagi makan arnab |
Jadi sempena cuti sekolah ini, jika korang bawa anak-anak bercuti ke KL atau Selangor boleh la jadikan FITC ini antara destinasi wajib korang. Sure tak rugi. Memang sangat seronok kat sini. Kalau boleh spend seharian kat sini.
Harga Tiket
Untuk maklumat lanjut dan harga tiket, korang boleh rujuk maklumat dibawah:
Harga Tiket:
Normal Price:
Adult - RM55
Senor Citizen - RM45
Children - RM45
MyKad Discount:
Adult - RM37
Senior Citizen - RM30
Children - RM30
Kaunter Tiket |
Jadi jangan lupa bawa MyKad untuk lebih berbaloi ya!! Nak beli tiket online pun boleh. Ada day pass dan annual pass juga. Boleh beli di:
Website FITC : Farm In The City
Info-info tambahan pun korang boleh dapatkan di website diatas ya!!
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
2 Comments
bestnya kak dapat tengok dan sentuh2 haiwan tu.. banyak tak haiwan kat sana?
ReplyDeleteteringin nak ke farm in the city nie best kan bawa budak2
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)