Assalamualaikum
Malang memang tidak akan berbau. Jika berlaku kecemasan ataupun yang berkaitan kita akan automatik menjadi panik dan cemas kerana ianya tidak boleh dijangka. Jika berdua atau lebih ramai mungkin panik akan berkurang sedikit. Kalau kita berseorangan? Memang tau la kan panik dia tu macamana sampaikan 'blur' untuk buat apa-apa. Marsha juga tidak terkecuali dan disebabkan itu Marsha sudah bersedia dari awal dengan install aplikasi MMSOS yang dikenali sebagai 'Panic Button' jika berlaku kecemasan di masa akan datang. Apakah aplikasi MMSOS ini? Apa kebaikannya? Jom baca entri kali ni sehingga titik penamat. MMSOS| Aplikasi 'Panic Button' Wajib Ada di Waktu Kecemasan
MMSOS| Aplikasi 'Panic Button' Wajib Ada di Waktu Kecemasan
Untuk pengetahuan korang semua, MMSOS "Panic Button" merupakan aplikasi bantuan kecemasan "Creating Awareness". Dicipta khusus untuk membantu para pengguna jika berlaku kecemasan dimana sahaja berada selama 24/7 dan selama 365 hari.
Aplikasi MMSOS |
Merupakan kempen menanam dan menyemai kesedaran rakyat akan kepentingan aplikasi MMSOS ini, dengan hanya menekan “Panic Button” para pengguna yang berdepan dengan kecemasan seperti kecemasan kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, membantu dalam memaklumkan ahli keluarga bila berlaku kecemasan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti tayar pancit atau rosak dan mengatur ambulan. Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, dengan kerjasama bantuan ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah diakses.
Bantuan diberikan dengan pantas |
Bantuan di mana sahaja |
MMSOS beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan. Apabila berlaku kecemasan, mereka hanya perlu menekan butang kecemasan dan team SOS Response akan membantu pengguna mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mendapatkan bantuan yang terdekat dengan anda. Anda sebagai pengguna boleh monitor status anda melalui aplikasi ini.
Team MMSOS yang komited |
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di Play Store dan Apps Store dengan hanya klik http://bit.ly/2mC6Y03. Kemudian buat pendaftaran dengan memasukkan butiran diri.
Kelebihan Melanggan Aplikasi MMSOS
• Percuma ‘Personal Accident Insurance’ (value worth 50,000).
• Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365).
• Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’.
• Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person, 3D2N + Dining). • ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta.
• ‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta.
• ‘Ambulance fees’.
• Percuma ‘towing’.
Pengenalan aplikasi ini adalah tepat pada masanya, sekali gus dapat membantu kerajaan dan polis memastikan kadar jenayah di seluruh negara terus menurun dan rakyat sentiasa berasa selamat. Ia juga membantu dalam mengurangkan kos bebanan pengguna.
Bantuan diberikan tanpa menghiraukan keadaan |
Team MMSOS |
Jadi korang jangan pikir lama-lama. Install dan langgan aplikasi MMSOS 'Panic Button' yang mudah ini dalam perlindungan secara menyeluruh. Hanya tekan "Panic Button", bantuan akan segera tiba tanpa membuat panggilan telefon.
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
0 Comments
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)