Assalamualaikum
Pejam celik hanya ada beberapa minggu lagi cuti sekolah berbaki. Ada ibu bapa yang mengambil keputusan untuk menyiapkan keperluan persekolahan anak-anak seawal mungkin sebab bimbang tidak sempat dengan masa disebabkan kerja dan juga saiz yang diperlukan 'out of stock'. Memandangkan tahun 2019 sudah diberi kelonggaran untuk memakai samada kasut hitam atau putih. Ada juga yang membuat persiapan 'last minute' disebabkan menunggu bonus tahunan yang akan dapat di akhir tahun kerana bonus tahunan itulah bajet untuk persediaan sekolah anak-anak. Bagaimana pula dengan golongan yang kurang mampu atau yang kurang bernasib baik? Persediaan untuk anak-anak pasti tetap ada cuma mungkin semampu yang mereka ada sahaja. Baiki atau betulkan yang mana masih boleh digunakan atau apa sahaja yang boleh dijimatkan memgikut kemampuan mereka. Wang lebih penting untuk langsaikan yuran sekolah anak-anak dan banyak lagi. Dengan ini Mc Donald's Malaysia telah memberikan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik untuk persediaan buka sekolah nanti. Jom baca lanjut | Sumbangan McDonald's Sebanyak RM480,000 Amat Bermakna Kepada Golongan Yang Kurang Bernasib Baik di Kelantan
Sumbangan McDonald's Sebanyak RM480,000 Amat Bermakna Kepada Golongan Yang Kurang Bernasib Baik di Kelantan.
Khamis lepas, 13 Disember 2018 telah berlangsung satu majlis komuniti di McDonald's Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kelantan dimana McDonald's Malaysia telah mengumumkan sumbangan berjumlah RM484,100 melibatkan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin tegar di Kelantan. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan hari ini termasuk sumbangan zakat, pelantikan belia asnaf ke program perantisan McDonald’s, dan penyerahan pek "Kembali ke Sekolah" kepada 841 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga miskin bandar di Kelantan untuk persiapan sesi persekolahan tahun 2019.
Program "Kembali ke Sekolah"
Majlis yang berlangsung di McDonald’s Pandu-Lalu Pengkalan Chepa ini turut menyaksikan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” yang merupakan program tahunan McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Matlamat utama adalah untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan menyediakan persiapan persekolahan anak-anak yang kita tahu sekolah akan dibuka pada awal Januari dan sebilangan besar pelajar akan berpakaian sekolah dan mempunyai peralatan sekolah yang baru.
Program "Kembali ke Sekolah" mendapat sokongan yang kuat dari francaisi dan rakan-rakan perniagaan McDonald’s, di mana ia bertujuan menghulurkan bantuan kepada lebih 17,000 kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar di seluruh negara dengan pemberian set pakaian sekolah baharu. Setiap kanak-kanak menerima 1 set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah, dan sebuah beg sekolah untuk persediaan memulakan sesi persekolahan tahun 2019. Keseluruhan sumbangan di bawah program "Kembali ke Sekolah" tahun ini adalah melebihi RM1.7 juta. Di Kelantan, seramai 841 orang kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar menerima pek ini.
Happy sangat bila tengok anak-anak mengukir senyuman yang lebar ketika diberikan set persiapan untuk persekolahan pada tahun hadapan. Marsha pasti mereka sangat gembira medapat set persalinan yang baharu untuk mereka gunakan pada sesi persekolahan pada awal Januari nanti. Memang tak sabar nak menunggu ketibaan buka sekolah nanti.
Menurut Azhar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, program "Kembali ke Sekolah" adalah amat penting untuk McDonald's dan RMHC kerana ia memberi bantuan kepada kanak-kanak sekolah rendah dari golongan kurang berkemampuan dan miskin bandar. “Kanak-kanak adalah pemimpin masa hadapan negara, dan pengalaman pembelajaran yang mereka lalui adalah sesuatu yang amat penting bagi kami. Melalui program “Kembali ke Sekolah”, kami berharap usaha ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan keluarga kanak-kanak yang terlibat dan memberi motivasi kepada kanak-kanak ini untuk memulakan tahun persekolahan yang baharu dengan penuh keyakinan,” tambah Azhar.

Happy betul anak-anak |

En Azhar, Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia |
Sumbangan Zakat McDonald's
Sumbangan zakat McDonald's juga telah diagihkan kepada golongan berkemampuan dan juga miskin tegar di negeri ini pada hari tersebut. “Kami berterima kasih kepada McDonald's Malaysia kerana memenuhi kewajipan zakat kepada negeri Kelantan hari ini. Bukan itu sahaja, inisiatif lain yang diumumkan hari ini juga menunjukkan komitmen McDonald’s dalam melibatkan diri membantu golongan yang kurang bernasib baik," kata Dr Haji Nik Mohd Azlan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) selaku tetamu kehormat dalam majlis komuniti ini.
"McDonald’s Malaysia, di bawah pemilikan baharu Kumpulan Reza, telah memenuhi kewajipan zakatnya sejak tahun lalu, kerana ia merupakan entiti perniagaan yang 100% dimiliki oleh umat Islam. Kumpulan Reza adalah syarikat yang memiliki dan mengurus kesemua cawangan McDonald’s di wilayah barat dan selatan Arab Saudi secara eksklusif sejak 20 tahun lalu," kata Pengarah Kanan Sumber Manusia, McDonald's Malaysia, Azhar Darbi. Azhar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, turut berkata bahawa McDonald’s akan terus melaksanakan kewajipan zakat apabila tiba masanya, kerana zakat adalah kaedah untuk mengurangkan kemiskinan dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai umat Islam.
Program Perantisan McDonald's Malaysia
Program perantisan McDonald’s adalah sebahagian daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Pensijilan SLDN oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD) yang merupakan salah satu usaha restoran khidmat segera ini untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat serta memupuk bakat baharu. Bagi Marsha ini adalah program yang bagus dalam membantu para belia dari golongan asnaf mencapai cita-cita mereka. Jadi mereka tidak akan terabai ekoran ketiadaan wang dan mendapat peluang yang cerah untuk lebih berjaya.
"Kami mengalu-alukan para belia dari golongan asnaf di negeri Kelantan untuk menyertai program perantisan kami. Tempoh latihan adalah selama 18 bulan di mana para perantis akan menerima latihan praktikal dan pembelajaran teori di dalam kelas. Sebaik sahaja mereka menamatkan program ini, mereka layak untuk bekerja di restoran McDonald's sepenuh masa. Di samping itu, program ini juga membolehkan mereka untuk mempelajari kemahiran sepanjang hayat," kata Azhar.

Selain mendapat manfaat dari penajaan penuh program latihan, setiap perantis juga diberi elaun bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma. Sangat menarik program ini dan para belia tak perlu bimbang lagi.
Rumah Ronald McDonald ke-2 di HUSM
Menurut Azhar lagi, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) turut meluaskan inisiatif kemasyarakatan di Kelantan dengan penubuhan Rumah Ronald McDonald (RMH) kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan. Rumah ini merupakan rumah persinggahan yang menyediakan kemudahan penginapan kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang menjalani rawatan di HUSM atau hospital lain di sekitar Kota Bharu.
RMH yang dijangka siap pada awal tahun hadapan merupakan kediaman berkelengkapan penuh dengan 18 buah bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik TV, bilik permainan, dan lain-lain kemudahan untuk penghuni. Penubuhan rumah ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan keluarga pesakit kanak-kanak yang terlibat di samping menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan demi memastikan keluarga dapat berada dekat dengan anak-anak mereka.
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
3 Comments
Alhamdulillah...
ReplyDeletesemoga bantuan itu akan berterusan utk membantu orang lain...
alhamdulillah..meringankan bebanan mereka yang memerlukan...
ReplyDeletesatu projek amal yang boleh menyumbang buat mereka yang memerlukan, Tahniah MCD
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)