Assalamualaikum
Travel dan Marsha tak dapat dipisahkan. Marsha memang pantang kalau tahu ada kawasan yang cantik dan tenang untuk bercuti. Dah makin berumur ni kawasan tanah tinggi atau tenang memang menjadi pilihan. Jauh dari hiruk pikuk bandar dan kesesakan lalulintas. Mungkin sebab rutin harian Marsha pun sibuk jadi ketenangan adalah pilihan yang utama. Peluang bercuti bersama keluarga Team Blogger Pantai Timur memang Marsha tak lepaskan. Memandangkan lokasi sangat dekat dan tenang apa salahnya kan?..hihi. Disamping kenal dengan lebih dekat famili Team Blogger Pantai Timur, kami juga dapat bercuti dengan keluarga besar. Kemana lokasi kami? Lokasi kali ini ialah The Cedar at Bidor. Jom baca | The Cedar at Bidor Pilihan Marsha Sekeluarga Mencari Ketenangan
The Cedar at Bidor Pilihan Marsha Sekeluarga Mencari Ketenangan
Dah menjejakkan kaki di sini |
Besar kan Villa The Cedar @ Bidor ni |
26 Nov yang lepas kami bercuti bersama keluarga besar Team Blogger Pantai Timur di The Cedar at Bidor. Tak sangka pula di Bidor rupanya ada penginapan yang indah jauh dari kesibukan kota. 2-3 hari sebelum Marsha dah mula buka laman web The Cedar at Bidor untuk melihat kemudahan serta suasana melalui gambar-gambar yang dikongsikan di website The Cedar at Bidor. Hati ini memang tak sabar sangat!! Bila tiba harinya lepas jaga exam SPM dalam kul 3 petang kami bertolak ke destinasi yang awesome ni. Beberapa famili Team Blogger Pantai Timur dah selamat sampai sebab mostly dari Kelantan & Terengganu. Hanya 2 famili termasuk Marsha dari Ipoh dan Batu Gajah. Perjalanan selama 1 jam memang mengujakan. Tak sabar nak sampai ke The Cedar at Bidor ni. Meh layan video dulu. Dalam video ini juga ada kemudahan yang disediakan di The Cedar @ Bidor ni.
Kiranya kami yang 2nd last sampai tepat jam 4 petang. Masa sampai tu ramai tengah terjun infinity edge swimming pool, ada yang tengah buat persiapan nak barbeque, yang tengah main pool , karaoke dan anak-anak main dalam kids play room. Banyak betul aktiviti yang boleh dibuat disini. Usai masuk bilik dan ambil beg semua dari dalam kereta Marsha turun membantu kawan-kawan team untuk barbeque malam ni. Tolong pun sikit-sikit sebab banyak yang dah siap...hihi. Kemudian Marsha teman suami & anak-anak merasmikan Infinity Edge Swimming Pool yang best tu sesambil menikmati view yang sangat cantik dari The Cedar at Bidor.
Barbeque
Aktiviti yang paling Marsha suka bila berkumpul ramai-ramai ialah barbeque. Bukan apa, selain dapat makan ramai-ramai, ianya secara tak langsung mengeratkan lagi silaturrahim antara kami Team Blogger Pantai Timur. Memandangkan mostly adalah kali pertama Marsha jumpa walaupun sudah mesra di alam maya. Aktiviti macam ni memang sangat ditunggu-tunggu oleh kami semua.
Untuk barbeque ni tak susah, kita hanya sediakan barang basah dan ramuan sendiri. Ada pembantu yang ada di The Cedar at Bidor ini membantu untuk menghidupkan api bara dan kami hanya bergotong-royong barbeque sahaja. Biasalah kalau bab bakar membakar ni kita serah pada kaum Adam ye dak...hihi. Kaum Hawa dah siang dan perap waktu petang tadi.
Para encik suami ber barbeque |
Pada malam ni juga kami sambut Birthday 2 orang iaitu Kak Ira (blogger) dan juga anak Sis Awa. Meriah betul dengan suprise delivery dari Soffie Suprise dan juga penghantaran kek dari Desuebakery. Jadi kalau korang yang kat bidor nak sambut Birthday atau hari istimewa yang lain boleh hubungi suprise delivery dan juga buat tempahan kek.
Blogger snap pic sebelum serbu makanan..hihi |
Kesayangan |
Suprise Delivery |
Malam kami berlabuh dengan ceria dan gembira. Seronok tengok anak-anak pun sangat gembira. Jumpa kawan-kawan baru dorang.
Kemudahan di The Cedar at Bidor
Banyak kemudahan yang disediakan di The Cedar at Bidor ni. Antaranya ialah:
• 8 Bilik Tidur + 8 Bilik Air dalam Bilik + 2 Toilets (di bahagian bawah)
• Outdoor Dining Area
• Wet Kitchen + Dry Kitchen
• Kids Play Room
• Pool Table
• Karaoke Lounge/Living Room
• Barbecue Area
• Infinity Edge Swimming Pool
• Private Riverfront Beach
• Gepai Waterfall is just 5 minutes away!
Kids Play Room |
Kawasan Barbeque |
Banyak kan kemudahan yang disediakan? Memandangkan ada kitchen dan juga barbeque area jadi kami semua bercadang untuk masak-masak sendiri dan juga barbeque disamping mengeratkan silaturrahim antara kami. Untuk korang yang plan nak menginap disini pun Marsha sarankan bawa barang2 basah dan masak-masak disini. Sebab nak keluar makan tu boleh je dalam 10 minit tapi feel dia lain....memang Marsha suggest korang masak-masak kat sini. Perkakas masak semua dah disediakan.
Sunrise di The Cedar at Bidor
Marsha tak lepaskan peluang menikmati sunrise bersama encik suami di The Cedar at Bidor ni pada keesokan hari. Nikmat yang tak terkata bila berpeluang melihat sunrise kat sini. Fefeeling dating dengan encik suami sementara anak-anak masih dibuai mimpi....hihi. Best sgt!!
Info Lanjut
Untuk tempahan atau info lanjut, korang boleh rujuk maklumat di bawah yea..
Website: The Cedar @ Bidor
Facebook: The Cedar at Bidor
Instagram: @thecedarbidor
Alamat:
Lot 1852, Jalan Paku, Kampung Chang,
35500 Bidor, Perak.
No Tel:
+6012-6839979
Email:
thecedarbidor@gmail.com
Bergambar sekeluarga sebelum 'checkout' |
Dengan blogger Team BPT |
Terima kasih buat pihak The Cedar at Bidor atas kemudahan yang sangat selesa buat kami semua!!
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review
Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
12 Comments
seronok ! nyaman macam cameron je nampak dalam gmbr
ReplyDeleteCantik sgt kak tempatnya.. Ssuai sgt nk buat gathering kat sini...suka tgk view kolam tu..
ReplyDeletemacm nak pergi lagi pulak... tak leh lupa sampai skrg sbb terlajak best!
ReplyDeletePermandangan dia memang lawa snagat.. Nanti boleh buat family day kat sini kena menabung dulu tengok harga kat web boleh tahan hihihi
ReplyDeleteBestnya view dia cun sangat tenang je. Ada rezeki boleh la jejak kaki situ
ReplyDeletebest bestt! part BBQ yang marvelousss tu hehehe
ReplyDeletekalau buat familyday sini konfirm best! sukanya tengok pemandangan situ
ReplyDeleteTenangnya rasa. Lawa pulak view tu.Ana dah forward pada sedara mara tentang tempat ni utk future gathering.
ReplyDeleteCantik sangat view dekat The Cedar ni.. Nyaman sebab jauh dari hiruk pikuk bandar ❤️
ReplyDeleteWah, cantik tempatnya. Teringin nak pergi.
ReplyDeleteIshhh tgk pic last tu. .Seriau aih. .Xjatuh ka...
ReplyDeleteByk kemudahan dia ya. .
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)