Assalamualaikum
Disember dah semakin menutup tirai 2018. Lagi 2 minggu kita dah nak buka tirai 2019 pula. Pejam celik kejap sahaja masa berlalu. Dah nak bertemu 2019 pun. Jadi kali ini Marsha nak share dengan korang semua tentang Althea. Kalau yang selalu singgah blog Marsha memang akan selalu baca tentang Althea dan juga produk-produk yang sangat best kat sana. Althea ini adalah satu platform bagi peminat skin care, make up dan juga penjagaan diri yang sangat berminat produk-produk dari negara K-POP. Bermacam brand yang menarik dan best ada disana dengan harga yang sangatttt berbaloii!! Korang boleh je layari website ALTHEA Korea atau install applikasi di telefon pintar untuk shopping. Paling best parcel akan dikurier terus dari Korea ke doorstep korang. Menarik kan? Kali ini Marsha nak share dengan korang 10 produk di website ALTHEA yang menjadi 'Wishlist' Marsha. Nak tau apa dia? Jom | Top 10 Produk Yang Menjadi 'Wishlist' Marsha di ALTHEA
Top 10 Produk Yang Menjadi 'Wishlist' Marsha di ALTHEA
Kalau korang nak tau tahun 2018 ini agak kerap juga Marsha shopping online di ALTHEA melalui aplikasi ALTHEA. Produk-produk dia sangat menarik sampaikan kalau la Marsha ni jenis cop duit, semua nak borong serba satu kat sana...hihi. Kalau korang ingat di ALTHEA ini hanya untuk peminat make-up semata. Ohhh...no no no!! Di ALTHEA ni bukan sahaja make-up tapi semua produk penjagaan diri ada. Skin care, penjagaan rambut, penjagaan kaki dan banyak lagi. Banyak betul Marsha nak story kat korang keterujaan Marsha dengan ALTHEA ni tapi jom kita tengok apakah Top 10 Produk Yang Menjadi 'Wishlist' Marsha di ALTHEA ini.
Top 10 My Wishlist |
Ok gambar diatas itu adalah top 10 produk 'wishlist' Marsha. Actually, Marsha bukan lah make-up addict. Marsha lebih kepada penjagaan diri dan juga skin care. Juga guna simple make-up sahaja. Marsha juga prefer produk yang senang bawa travel sebab Marsha selalu travel. Kadang balik kampung dan banyak lagi. Jadi jom kita tengok dengan 'detail' apakah 10 produk yang menjadi wishlist Marsha.
Wishlist #1
Cherry Blosson Water Cushion |
Ini adalah produk pilihan pertama dalam Top 10 Wshlist Marsha. Marsha memang peminat segala jenis 'cushion' produk terutamanya BB Cushion & Water Cushion. Bagi Marsha ia adalah produk yang wajib ada untuk semua wanita. Apa yang menarik minat Marsha tentang CORINGCO Cherry Blossom Water Cushion ini ialah mengandungi semua 'resepi' foundation. Dalam satu ada Primer + Concealer + Glossy Moisture. Jadi tak perlu nak pakai banyak lapis. Senang untuk travel juga.
Info Lanjut: https://my.althea.kr/cherry-blossom-water-cushion
Wishlist #2
Milk Peel Cream Mask |
Marsha juga peminat mask. Kalau korang perasan dalam wishlist Marsha ini ada beberapa jenis mask yang menjadi pilihan Marsha. Salah satunya ialah Althea Milk Peel Cream Mask ini. Ini adalah produk terbaru dari Althea sendiri dan Marsha sudah cuba. Memang best sangat!! Bau susu nya yang wangi dan selepas guna terasa kulit ala-ala baby. Best sangat. Jadi ia memang menjadi produk yang wajib Marsha ada. Dari segi travel pula, botol kecil yang senang dibawa masuk dalam handbag je. Memang menjadi pilihan Marsha.
Info Lanjut: https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask
Wishlist #3
Althea Petal Velvet Set ( Petal Velvet Powder #& Petal Velvet Sunaway) |
Petal Velvet Set ( Petal Velvet Powder & Petal Velvet Sunaway ) pula menjadi pilihan Marsha sebab teksturnya sangat ringan dalam menjaga kulit Marsha. Petal Velvet Powder menjadi pilihan Marsha sebagai loose powder dan saiznya yang kecil amat menyenangkan Marsha sebagai traveller. Petal Velvet Sunaway pula menjaga kulit Marsha dengan SPF 50 ++++. Teksturnya yang ringan dan tidak bercapuk serta pakaging yang sangat senang dibawa travel.
Info Lanjut: https://my.althea.kr/petal-velvet-set
Wishlist #4
PETIFEE Black Pearl & Gold Hydrogel Eye Patch |
Sebagai seorang ibu, mata panda memang sinonim. Tak cukup tidur ekoran terjaga sebab baby nak menyusu adalah biasa. Jadi untuk menjaga mata Marsha memilih Black Pearl & Gold Hydrogel Eye Patch sebagai wishlist Marsha. Memang sangat memerlukan produk ni supaya mata Marsha nampak sihat bertenaga walaupun mempunyai anak kecil. Ucapkan selamat tinggal kepada mata panda!! Review yang sangat positif membuatkan Marsha sangat nak cuba produk ini.
Info Lanjut: https://my.althea.kr/black-pearl-gold-hydrogel-eyepatch
Wishlist #5
Alteha Real Fresh Skin Detoxer Set |
Ini memang produk favorite Marsha. Memang ada stok dekat rumah tau! Satu set ada 2 produk iaitu Rose dan Green Tea. Uniknya ia ialah cleanser dan mask 2 in 1. Rose untuk penggunaan waktu pagi dan Green Tea untuk penggunaan waktu malam (sebelum tidur). Buat yang nak cepat bersiap macam Marsha ni memang sangat-sangat diperlukan. Mask hanya selama 10 saat sahaja kemudian automatik menjadi cleanser membersihkan kulit dengan bersih. Menarik kan? Setiap kali menggunakannya memang jatuh cinta. Produk esklusif ALTHEA memang sangat terbaik!
Info Lanjut: https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set
Wishlist #6
CALMIA Silky Soft Foot Cream |
Selain dari penjagaan kulit muka dan make-up, penjagaan kaki juga amat Marsha titikberatkan. Mesti nak kaki yang lembut juga kan. Kira overall seluruh tubuh kena lembut dan sihat. Baru lah badan rasa lebih sihat dan bertenaga. Betul tak? Mengandungi 'Shea Butter' dan juga Macadamia Oil membuatkan kaki lebih lembut dan lembap. Juga tekstur yang tidak melekit. Penggunaan Silky Soft Foot Cream ini akan menjadikan Marsha lebih yakin pada diri sendiri.
Info Lanjut: https://my.althea.kr/calmia-silky-perfect-foot-cream
Wishlist #7
INNISFREE Super Volcanic Stick Mask |
Produk yang ke 7 yang menjadi pilihan Marsha ialah INNISFREE Super Volcanic Stick Mask 2X. Mask yang senang bawak travel jugak ni sebab dia bentuk 'stick'. Jadi kat mana-mana pun boleh guna. Memang syok habis ni. Ia adalah penjagaan mudah pori dimana dan bila-bila masa sahaja. Mempunyai partikel kecil yang akan 'nyahkan' blackhead. Memang sangat suka produk ini.
Info Lanjut: https://my.althea.kr/super-volcanic-stick-mask-2x-27g
Wishlist #8
ETUDE HOUSE My Beauty Tool_Lovely Etti_Standing Hair Brush |
Cute tak Standing Hair Brush dari ETUDE HOUSE ini? Ia adalah berus rambut didatangkan bersama cermin dan juga boleh berdiri. Suka dengan warna dan kecomelan dia Marsha bercadang nak berikan ia pada anak perempuan Marsha, Anith. Kebetulan pula, bulan Disember adalah bulan hari lahirnya. Boleh dia bawa travel hanya masukkan dalam handbag comel dia. Mesti dia suka sangat!! Jadi ia juga memang menjadi 'wishlist' Marsha untuk kali ini.
Info Lanjut: https://my.althea.kr/my-beauty-tool-lovely-etti-standing-hair-brush
Wishlist #9
CHICA-Y-CHICO One Kill Eyeliner |
Eyeliner adalah antara produk make-up yang Marsha selalu guna. Untuk nampakkan mata lebih bertenaga dan juga nampak ceria. Dengan mata berus yang tajam membuatkan eyeliner yang dibuat tidak comot. Lebih senang digunakan. Tentunya lebih senang untuk bawa travel. Memang in love sangat!!
Info Lanjut: https://my.althea.kr/one-kill-eyeliner
Wishlist #10
COLOR DEEP 12 Color Eyeshadow Palette |
Dah sampai dah ke 'wishlist' Marsha yang ke #10. Seperti eyeliner, eyeshadow juga menjadi pilihan wajib Marsha kalau mengenakan make-up. Jadi 12 Color Eyeshadow Palette Neutral City sangat sesuai. Warna yang sesuai untuk Marsha guna secara harian samada siang atau malam. Tak terlalu terang dan just nice sahaja. Datang dengan 'dual ended brush' yang memudahkan eyshadow di blend.
Info Lanjut: https://my.althea.kr/12-color-eyeshadow-palette-1-5g-12ea-neutral-city
Okay, inilah semua Top 10 yang menjadi wishlist Marsha. Review yang Marsha baca semua best-best membuatkan hati ini rasa tak keruan nak memiliki kesemuanya. Kalau berpeluang memiliki semua ini sekaligus memang seronok sangat. Mana tau kan ia akan menjadi kenyataan kan? Untuk korang yang nak shopping di ALTHEA Korea ni, jangan lupa ke website ALTHEA ataupun install aplikasi ALTHEA untuk shopping. Memang harga sangat berbaloi!!
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
2 Comments
uu, mmg best semua brg2nya, packaging pulak cute..lagi geram..
ReplyDeletebest produk althea ni
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)