Dapatkan Wajah V-SHape dengan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask


Assalamualaikum

Zaman sekarang penjagaan wajah memang sangat penting tak kira perempuan atau lelaki. Selain dari penjagaan kulit, bentuk wajah juga kini amat dititikberatkan. Bentuk wajah V-Shape kini menjadi kegilaan yang mempunyai wajah yang nipis dan bujur yang sempit ke hujung tajam pada dagu. Ia adalah trend yang paling 'hot' di kalangan wanita hari ini. Wajah berbentuk V adalah sesuai kerana ia cenderung untuk membuat wajah kelihatan lebih feminin. Untuk dapatkan wajah bentuk V-Shape ini ada yang cenderung buat rawatan dan juga sanggup membuat pembedahan. Aishh tak sanggup la Marsha. Tapi sekarang ini wajah bentuk V-Shape boleh dimiliki dengan mudah. Hanya pakai sleeping mask sahaja. Tak percaya?? Meh baca | Dapatkan Wajah V-SHape dengan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask 

Dapatkan Wajah V-SHape dengan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask 

Kini lebih senang, tak perlu nak buat rawatan urutan, pecah lemak atau pembedahan untuk dapatkan bentuk muka V-Shape. Hanya konsisten amalkan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask sebelum tidur dan secara natural bentuk muka V-Shape idaman akan dimiliki. Hanya bersantai dirumah sambil dapatkan wajah V-Shape yang tentunya selamat. Sambil tidur je tak perlu susah-susah. Dalam masa yang sama juga kulit jadi lebih muda. Awet muda uolss...hihi



ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask


ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask 

ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask adalah produk dari Korea. Produk dari Korea ni lebih sesuai dengan kita kerana ia disesuaikan dengan kulit Asia. Produk ini dicipta oleh pakar dermatologi Korea, membawa rawatan professional ke rumah yang dirumus khas untuk menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan, menegangkan kulit dan mendapatkan bentuk muka V-Shape. Kerlass uolsss!!
Pakaging yang menarik

Seperti yang kita sedia maklum, jika kita tak menjaga kulit dari remaja lagi kolagen akan berkurang dan kulit kita akan semakin tua. Kalau seiring dengan umur boleh dimaafkan. Tapi kalau nampak lebih tua dari umur lagi sedih kan? Kalau boleh nak awet muda je walaupun umur menginjak setiap tahun. Jadi ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask memang dikhaskan untuk membantu mengatasi masalah yang amat dipentingkan oleh setiap orang.

Kebaikan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask 

Fokus utama ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask ini ialah:

  1. Memadatkan kulit.
  2. Memperbaiki kulit yang kendur.
  3. Menegangkan kulit.
  4. Anti-Penuaan.
Tekstur yang ringan

Kandungan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask 

Water, Butylene Glycol, Squalene, Alcohol Denat., Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Glycerin, Hydrogenated Poly (C6-14 Olefin), Chondrus Crispus Extract, Saccharum Officinarum (Sugarcane) Extract, Glyceryl Stearate, Caprylic/Capric Triglyceride, Caprylic/Capric/Myristic/Stearic Triglyceride, Macadamia Integrifolia Seed Oil, Niacinamide, PEG-40 Stearate, Cetearyl Alcohol, Cyclopentasiloxane, Argania Spinosa Kernel (Argan) Extract, Anemarrhena Asphodeloides Root Extract, Curcuma Longa (Turmeric) Root Extract, Prunella Vulgaris Flower/Leaf/Stem Extract, Tagetes Erecta (Marigold Flower) Flower Extract, Dioscorea Japonica (Yam) Root Extract, Morus Alba (White Mulberry) Root Extract, Salvia Officinalis (Sage) Extract, Pentylene Glycol, Synthetic Beeswax, Cyclohexasiloxane, PEG-100 Stearate Polyacrylate-13 Polyisobutene, Palmitic Acid, Caprylyl Glycol, Stearic Acid, Tocopheryl Acetate, Adenosine, Polysorbate 20, Sorbitan Isostearate, Sodium Deoxycholate, Myristic Acid, Arachidic Acid, Lauric Acid, 1,2-Hexanediol, Sorbitan Laurate, Oleic Acid, Sodium Cocoyl Glutamate, Hydroxyethylcellulose, Acetyl Dipeptide-1, Cetyl Ester Alcohol, Carbomer, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Fragrance.

Pengalaman Setelah Menggunakan Seminggu Secara Konsisten

Marsha telah mencuba ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask  konsisten setiap malam selama seminggu. Lately Marsha memang selera makan dan muka dah nampak chubby. Kali pertama mencuba ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask ini pun dah jatuh hati. Teksturnya sangat lembut (silky smooth), ringan, mudah menyerap ke dalam kulit dan mempunyai haruman yang ringan (light scented).

Kesan yang terbaik


Setelah konsisten penggunaan selama seminggu, Marsha dapati ada perubahan pada kulit dan bentuk muka Marsha. Biasanya kalau kawan yang belum jumpa depan-depan akan menganggap Marsha sebagai seorang yang agak chubby. Tapi bila jumpa sebenarnya Marsha kurus je. Jadi bila konsisten seminggu amalkan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask setiap malam sebelum tidur, bentuk muka Marsha dah mula nampak V-Shape sedikit. Memang tak sangka!!

Kulit wajah Marsha pula lebih lembut, garisan halus nampak berkurang, kulit menegang dengan baik. Tak kendur macam sebelum amalkan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask. Paling best bila encik suami tegur Marsha nampak berseri. Wah bila encik suami puji ni memang seronok!!! Selepas kali pertama guna pun bila bangun esok paginya kulit rasa freshhh sangattt!!

Cara Penggunaan

  1. Ambil sejumlah ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask setiap malam sebelum tidur selepas pemakaian serum dan pelembap. Boleh juga dijadikan pelembap sebelum tidur.
  2. Ratakan ke seluruh wajah dengan urutan dari dagu ke pipi dan juga leher untuk membantu menegangkan kulit dan mendapatkan V-Shape.
  3. Kemudian dap dap kan keseluruh wajah.
** Amalkan setiap malam sebelum tidur untuk dapatkan kesan yang lebih efektif.

Maklumat Lanjut

Nak dapatkan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask ni? Korang boleh dapatkan di Watsons Online dengan harga RP RM199. Tapi sekarang ni Watsons Online ada buat sale dan harganya sekarang RM169.15 sahaja. Murah tu!!!

Jadi jangan lepaskan peluang untuk memiliki bentuk muka V-Shape dan awet muda dengan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask. Dapatkan dengan harga promotion di Watsons Online ataupun di outlet Watsons berhampiran korang yea!!


Marsha
Part Time Blogger Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

1 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us