Assalamualaikum
Sekolah dah bermula pada awal Januari lepas. Kini dah hampir menginjak penghujung Januari. Setiap kali Kakak Anith ke sekolah memang hati terasa bimbang jika mendapat jangkitan penyakit yang mudah berjangkit. Tapi kegusaran Marsha telah hilang bila mengenali 'kawan' Kakak Anith yang sekarang ia dibawa setiap hari untuk menjadi benteng jika kuman nak menghampiri Kakak Anith. Lega sangat!! Jom la berkenalan dengan Kit Pembasmi Kuman Antabax| Kembali Ke Sekolah Dengan Ceria Bersama Kit Pembasmi Kuman Antabax
Kembali Ke Sekolah Dengan Ceria Bersama Kit Pembasmi Kuman Antabax
Pada tahun 2018, sebanyak 58,693 kes Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan sehingga 6 September 2018. Angka ini 127% lebih tinggi berbanding keseluruhan kes yang dilaporkan pada tahun 2017 dalam tempoh sama.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menganggarkan 80 peratus jangkitan tersebar menerusi tangan. Justeru, memastikan tangan sentiasa bersih dapat mencegah penyakit berjangkit daripada merebak. Dengan mengamalkan kebersihan tangan, risiko dijangkiti penyakit berjangkit seperti influenza, keracunan makanan serta Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) dalam kalangan pelajar dan keluarga mereka dapat dikurangkan.
Tetapi, air bersih mungkin tidak ada sepanjang masa bagi membolehkan anak-anak kita membersihkan tangan mereka daripada kuman. Kit pembasmi kuman dapat membantu anak-anak kita.
Kit Pembasmi Kuman Antabax, Rakan Kebersihan Anak Anda
Untuk memberi ketenangan minda, Marsha bekalkan Kakak Anith dengan Kit Pembasmi Kuman Antabax (Antabax Sanitizing Kit). Kit tersebut mengandungi Antabax Antibacterial Cleansing Wipes, Instant Hand Sanitizer dan Hand Sanitizer Spray, yang mudah dimuatkan di dalam beg galas anak anda. Ianya padat dan mudah digunakan untuk situasi di sekolah dan dalam kelas apabila air bersih mungkin tidak tersedia ada.
Kakak Anith bersama Kit Pembasmi Kuman Antabax |
Rangkaian produk pembersih Antabax dapat membantu membunuh 99.9% kuman berbahaya. Ia juga diformulasi dengan vitamin untuk kulit dan Aloe Vera untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan lembab. Sistem Perlindungan Derma yang mengandungi Serum Lembapan Mikro akan menjadikan tangan lebih lembut, licin dan segar. Diuji secara dermatologi dan terbukti lembut ke atas kulit yang paling sensitif, rangkaian pembersih Antabax sesuai untuk digunakan setiap hari, walaupun oleh anak-anak kecil.
Hand Sanitizer Spray untuk Kebersihan |
Menurut Pengurus Kanan Produk Jabatan Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi, bahagian Pemasaran Lam Soon, Mandy Lee, penjagaan kebersihan tangan harus diamalkan sejak usia muda kerana ia akan menjadi satu tabiat yang baik dan diingati sehingga mereka membesar.
“Sebagai ibu, saya juga berasa bimbang anak-anak mendapat jangkitan di sekolah. Sebab itulah penting bagi ibu bapa mengajar anak kecil mengenai kebersihan tangan, bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul dan bila hendak membasuh tangan yang kotor kerana ia merupakan cara paling mudah untuk penyakit berjangkit boleh merebak. Matlamat kami ialah untuk menjadikan penjagaan kebersihan yang baik satu amalan.”
Antabax Antibacterial Cleansing Wipes |
“Dalam ketiadaan air bersih dan sabun, Kit Pembasmi Kuman Antabax boleh menjadi alternatif terbaik untuk membersihkan tangan dengan cepat dan mudah. Kit ini sangat berguna untuk membersihkan tangan dan permukaan seperti meja dan barangan peribadi. Di tahun yang baru ini, kami ingin mengingatkan tentang pentingnya mengamalkan tabiat membersihkan tangan untuk mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit,” kata Lee.
Dimana Nak Dapatkan Kit Pembasmi Kuman Antabax?
Kit Pembasmi Kuman Antabax boleh didapati di farmasi-farmasi dan peruncit utama di seluruh negara. Untuk keselesaan anda, ia juga boleh dibeli menerusi e-stor Antabax di laman Lazada www.lazada.com.my/antabax .
Kit Pembasmi Kuman Antabax |
Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax dan mengikuti tip-tip kebersihan terbaik bagi menjalani gaya hidup yang sihat dengan penuh keyakinan, sila “Like” Facebook Antabax di www.facebook.com/NewAntabax atau ikuti Instagram rasmi Antabax di @antabax.
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
0 Comments
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)