Assalamualaikum
Wangian sinonim dengan sesiapa sahaja. Semua individu sukakan bau yang wangi sepanjang hari kerana ia berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. Begitu juga dengan Marsha. Rutin harian yang sibuk membuatkan diri agak stress dan bauan wangi semasa mandi dapat menenangkan. Kalau korang nak tahu Enchanteurtelah memperkenalkan satu rangkaian mandian iaitu dalam rangkaian Enchanteur Paris. Jom baca lebih lanjut |Bau Badan Wangi Seharian Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris Baharu.
Bau Badan Wangi Seharian Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris Baharu
Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah dan bermakna? Pemilihan gel mandian yang sesuai dan betul merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.
Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, . Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.
Kini, pengalaman di bilik mandi boleh dipertingkat dan mencipta momen indah. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.
Jom manjakan diri kita dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel
1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)
Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.
2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)
Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual.
3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)
Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.
Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari.
Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
6 Comments
sekarang PC guna yang purple tu..
ReplyDeleteSeharum semerbak...Silap² xnak keluar bilik mandi..kekeke
ReplyDeleteWangikan mandian enchanteur ni. Kinah punya dah nak habis dah
ReplyDeletebest kan Marsha mangiii ya amat :)
ReplyDeletetengok yang ni packaging dia lawa. bau tu agak da wangi.. memang Enchanteur ni famous kan wangi2 ni =D
ReplyDeletecara nak beli
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)