Tak Menyesal Pilih ASMAK Baby Care Untuk Baihaqi


Assalamualaikum


Baihaqi adalah anak kedua Marsha yang sekarang ni berumur 1 tahun 5 bulan. Baihaqi ini dari kecil kulitnya agak sensitif. Tak boleh terlalu panas atau berpeluh, mulalah naik ruam di kulitnya terutamanya di bahagian wajah dan juga badan. Akan naik bintil-bintil putih yang menyebabkan Baihaqi kurang selesa dibuatnya. Pemilihan produk yang digunakan juga perlu diambil serius sebab kalau tak serasi memang kulit Baihaqi akan menjadi rengsa. Jadi Marsha memang berhati-hati dalam pemilihan mandian, syampu dan juga bedak untuk Baihaqi. Walaupun banyak jenama produk bayi diluar sana tetapi kebanyakannya tidak sesuai dengan kulit Bahaqi. Jadi Marsha pun mula mencari produk yang bebas bahan kimia kerana dah terbukti kulit Baihaqi sangat sensitif. Marsha ada mencari produk yang sesuai akhirnya buat keputusan untuk mencuba ASMAK Baby Care. Kebetulan pula, sebelum ni Marsha dah mencuba satu produk dari keluaran syarikat MHAMSB yang sama iaitu Minyak Herba Asmak yang memang Marsha guna untuk Baihaqi seawal 3 bulan lagi kerana batuk dan selsema. Memang sangat serasi dengan Baihaqi. Jadi tanpa was-was Marsha mencuba produk ASMAK Baby Care ini untuk Baihaqi. 

Tak Menyesal Pilih ASMAK Baby Care Untuk Baihaqi


Pemilihan produk bayi untuk Baihaqi bukan boleh suka-suka pilih je sebab Baihaqi mempunyai kulit yang sensitif. Sebelum mencuba sesuatu produk, selain dari keberkesanan penggunaan produk sebelum ini, Marsha juga telah meneliti kandungan bahan yang digunakan. Sebab itu Marsha memilih ASMAK Baby Care untuk cuba pada Baihaqi. 

Bila sampai je produk ASMAK Baby Care ini terus Marsha excited!! Kenapa tak nya, ia datang dalam design kotak yang sangat eksklusif ala 'Gift Box' gitu. Alahai dah satu kes sayang nak buka riben comel yang mengikat kotak yang comel. Ini kalau nak buat gift dekat saudara-mara atau kawan-kawan pun sesuai ni...hihi



Dalam kotak design eksklusif ini mengandungi 5 produk dari ASMAK Baby Care iaitu

  1. ASMAK Baby Care Baby Wash 
  2. ASMAK Baby Care Powder 
  3. ASMAK Baby Care Lotion 
  4. ASMAK Baby Care Essential Oil 
  5. ASMAK Baby Care Sevenis Hair Oil
Tudia set lengkap terus. Tak perlu dah nak beli satu-satu. Dalam satu kotak yang cantik ni dah mengandungi 5 produk ASMAK Baby Care yang lengkap dari hujung rambut ke hujung kaki penjagaan bayi. Paling best ASMAK Baby Care Wash adalah mandian 'Top to Toe'. Boleh digunakan sebagai mandian dan juga syampu. Penggunaan 2 dalam 1.

Cara Penggunaan ASMAK Baby Care

Langkah 1: ASMAK Baby Care Baby Wash



Kandungan: Kaolin, Portulaca Extract, Papaya Extract, Lavender Essential Oil
Berat: 200 ml
Harga: RM36

Hanya picit sedikit dan belai bayi korang dari hujung rambut ke hujung kaki. Kandungannya pekat, jadi tak perlu guna banyak. Jadi boleh guna lama dan menjimatkan. Haruman bunga ros dan chamomile membuatkan Baihaqi wangi je. Asyik nak gomol-gomol je Baihaqi kalau lepas mandi..hihi. Juga mengandungi minyak kayu putih, minyak aprikot dan vitamin E. 

Langkah 2: ASMAK Baby Care Lotion


Kandungan: Aqua, Emullium Delta, Clove Oil, Ginger Oil, Portulaca Extract
Berat: 200 ml
Harga: RM36

Usai je mandikan Baihaqi, dah lap kering tiba masa untuk menyapu ASMAK Baby Care Lotion pada kulit Baihaqi. Sambil-sambil belai dengan lembut, kita urut sekali dengan kasih sayang sebab ianya adalah bonding time anak dan ibu. Losyen ini mengandungi haruman yang menenangkan dan akan membuat si manja lebih tenang dan lebih wangi. Kandungannya dari minyak halia, ekstrak bunga Portulaka dan minyak cengkih. Wah...minyak halia, kembung perut pun boleh dielakkan.

Langkah 3: ASMAK Baby Care Essential Oil



Kandungan: Clove Oil, Nutmeg Oil, Peppermint Oil, Sweet Almond Oil
Berat: 30 ml
Harga: RM31

Hanya beberapa titis untuk sapuan yang menyeluruh pada badan bayi ataupun pada kawasan tertentu sahaja. Terpulang pada ibu. Essential Oil ini memberikan ketenangan kepada bayi dan membantu bayi lebih mudah tidur. Marsha suka ambil masa guna essential oil ini dengan mengurut lembut bahagian belakang, tapak kaki, bahagian depan badan dan juga wajah Baihaqi. Baihaqi nampak lebih selesa dan tenang. Ia juga membantu melegakan bayi ketika kurang sihat dan memberikan bayi rasa lebih selesa dan berbau harum. 

Untuk ibu-ibu yang mempunyai masalah 'susu drop' boleh amalkan ASMAK Baby Care Essential Oil ini sebagai ikhtiar untuk menangani masalah kekurangan susu badan. Kandungan dari Clove Oil (minyak cengkih), nutmeg oil, peppermint oil dan sweet almond oil.

Langkah 4: ASMAK Baby Care Powder


Kandungan: Kaolin, Portulaca Extract, Papaya Extract, Lavender Essential Oil
Berat: 85 g
Harga: RM31

Dah bonding time bersama Baihaqi dan ASMAK Baby Care Essential Oil, langkah seterusnya sapukan bedak bayi pada tubuh Baihaqi dan ratakan ke seluruh badan. Sangat sesuai digunakan selepas mandi kerana haruman Lavender essential oil membuatkan Baihaqi berbau harum, berasa lebih tenang dan dapat tidur dengan lena. 

Bahan utama ialah tanah liat jenis kaolin yang terbukti bagus untuk kulit. ASMAK Baby Care Powder ini juga mengandungi ekstrak betik dan ekstrak Bunga Portulaka.

Langkah 5: ASMAK Baby Care Sevenis Hair Oil


Kandungan: Virgin Coconut Oil, Olive Oil, Argan Oil, Tea Tree Oil, Caster Oil, Babassu Oil, Light Mineral Oil
Berat: 150 ml
Harga: RM29 (SM); RM31 (SS)

ASMAK Baby Care Sevenis Hair Oil ni sangat la best penggunaannya. Hanya penggunaan yang sedikit untuk rambut bayi yang lebih sihat, bersinar, kuat, lembut dan berbau wangi. Marsha selalu botak kan kepala Baihaqi. Rambut yang tumbuh sangat cepat dan bersinar. Cantik je rambut yang baru tumbuh. Diperbuat dari 7 jenis minyak, sebab tu ada perkataan 'Sevenis'. 7 jenis minyak ni memberikan khasiat dan manafaat kepada rambut bayi agar menjadi lebih kuat dan sihat.

Kandungannya terdiri dari light mineral oil, tea tree oil, babassu oil, VCO, olive oil, argan oil dan haruman yang sangat wangi.


Marsha memang amalkan produk ASMAK Baby Care ini pada Baihaqi dan sungguh tak menyesal pilih ASMAK Baby Care ini untuk Baihaqi. Baihaqi memang serasi dan kulit dia lebih lembut, lebih tenang dan rambut lebih kuat serta bersinar. 

Dengan pakaging dalam kotak design eksklusif ni boleh la Marsha buat sebagai gift untuk adik-adik dan kawan-kawan yang bakal bersalin nanti. Tak susah-susah dah nak cari hadiah dan balut..hihi. Beli je online atau agen terus hantar ke alamat penerima. Betul tak?? Dengan harga yang berpatutan pula tu.  Oh ya...produk ASMAK Baby Care ini ada no rujukan KKM setiap produk. Jadi memang trusted!!

Maklumat Lanjut


Website :

FB page:

IG:

Hotline:
019-9708897

Whatsapps: 


Marsha
Part Time Blogger Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

10 Comments

  1. Terbaik la, harga pun berpatutan 👍

    ReplyDelete
  2. Wah...ada set bayi loni ASMAK erkk..lengkap..kalau elok boleh teruskan..

    ReplyDelete
  3. Best kan.. MF pun pakaikan utk anak juga.. Mmg anak pun suka...

    ReplyDelete
  4. Kotak dia eksklusif.. Set dia pun lengkap memang sesuai sgt ni kalau nak buat gift kan kak

    ReplyDelete
  5. mek ada juga pakai ni. alhamdulillah okei. kena dengan amani dan amzar

    ReplyDelete
  6. wah.. bestnya produk ni kan marsha.. sebab bahan2 di organik je. tak la risau nak guna

    ReplyDelete
  7. Bagusla asmak ade keluarkan prpduk baby.. Selamat digunakan

    ReplyDelete
  8. 2nd son saya pun kulit sensitif juga, maybe nak try brand ni in future..tq share marsha.

    ReplyDelete
  9. product organik mmg menjadi pilihan kebanyakkan keluarga...bagus untuk bayi kan...

    ReplyDelete
  10. KaN kak..kita pon dh jatuh hati dgn asmak baby care ni.. Baby aora pon selesa je pakai..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us