Assalamualaikum
Pigmentasi atau lebih dikenali sebagai jeragat adalah masalah yang paling dirisaukan oleh semua individu tak kira wanita ataupun lelaki pada masa kini. Malah masalah ini menjadi semakin berleluasa ekoran cuaca panas yang melampau.Jika tiada penjagaan yang khusus, jeragat amat susah untuk dihilangkan. Ianya mengambil masa dan juga rawatannya memerlukan duit yang agak banyak. Jadi sebelum memulakan sebarang jenis rawatan pigmentasi, ia adalah lebih baik untuk kita melabur di dalam krim sunblock atau serum yang bagus. Sebab utama untuk masalah pigmentasi adalah pendedahan pada matahari. Pendedahan kulit selama bertahun-tahun kepada sinaran UV yang terang tanpa perlindungan sesuai boleh menyebabkan bintik-bintik hitam yang hodoh.
Jeragat terjadi bila kolagen dalam kulit kita makin berkurang dan kulit kita terdedah pada sinaran UV yang tinggi. Jadi pada masa kini banyak produk untuk mencerahkan jeragat tumbuh macam cendawan. Tapi adakah ianya yang terbaik? Kali ni Marsha nak kongsikan 4 produk pilihan popular yang dipercayai oleh pengguna untuk mengatasi masalah jeragat ini. Mencuba langkah penyelesaian semulajadi kami ini adalah satu cara yang bagus untuk memulakan perjuangan melawan bintik-bintik hitam di muka yang dikenali sebagai pigmentasi. Apakah 4 produk pilihan tersebut ? | 4 Produk Pilihan Untuk Mengatasi Jeragat Dengan Berkesan
4 Produk Pilihan Untuk Mengatasi Jeragat Dengan Berkesan
Ada banyak produk untuk dipilih. Ada yang mengandungi pelembap tambahan dan sentuhan asas bagi penyelesaian menyeluruh. Ada juga yang jenis single treatment. Jadi korang kena lah bijak memilih. Paling penting yang mana serasi dengan kulit.
1. Neutrogena Rapid Tone Repair Dark Spot Corrector
Telah terbukti bahawa Vitamin C mampu membantu mengurangkan tanda pigmentasi dan mencerahkan kulit. Koleksi Neutrogena Rapid Tone mengandungi Vitamin C dan Retinol, iaitu sejenis Vitamin A yang membantu tanda penuaan.
Rapid Tone Repair Dark Spot Corrector adalah rawatan khas untuk melawan bintik hitam yang sukar untuk dihilangkan. Jadi ia antara produk yang menjadi pilihan untuk mencerahkan kembali bintik hitam yang degil.
2. SK-II Whitening Spots Specialist
Antara jenama mewah, SK-II juga mempunyai penyelesaian bagi masalah yang disebabkan oleh pigmentasi dan masalah kulit yang lain.
Mereka mempunyai dua produk di dalam koleksi Whitening Power Spots Specialist mereka yang membantu anda melawan bintik-bintik hitam, tanpa mengehadkan masa yang anda luangkan di bawah matahari. Ada dua produk dalam koleksi ini iaitu Whitening Power Spots specialist dan Spots Care and Brightening Cream.
3. Bio Oil
Bio Oil selalu muncul di semua tempat sebagai penyelesai masalah yang berkaitan kulit. Ianya murah dan lembut pada kulit anda. Ia adalah penyelesaian yang terbukti bagi masalah stretchmark dan parut jerawat, dan turut berfungsi untuk mencerahkan tanda pigmentasi dengan berkesan.
4. DR. BEAU Pure Natural Skin Oil @ Serum DR. BEAU
Walaupun ianya produk local, iaitu produk keluaran bumiputra dari Teja Herbs tetapi kualiti setaraf dengan produk antarabangsa dan pastinya HALAL. Ini memang ciri-ciri utama yang Marsha titikberatkan. Ia juga amat unik kerana pakaging ia dalam bentuk kapsul dan memudahkan penggunaannya.
4 Sebab Marsha 'in love' dengan DR BEAU Pure Natural Skin Oil ini
Kandungan Serum Dr Beau yang Berkualiti & Semulajadi
Ia mengandungi 7 bahan yang sangat-sangat berkualiti untuk merawat kulit yang bermasalah:
- Vitamin E mempunyai pelbagai manfaat untuk merawat kulit dan menjadikan kulit awet muda.
- Rosehip Oil bertindak untuk melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
- Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
- Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
- Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
- Wheat Germ oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
- Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.
Bab ni memang Marsha suka sebab Marsha ni memang kerap travel. Kadang balik kampung pun travel jugak kan. Jadi Marsha tak perlu bawa balik satu bekas untuk bekalan. Hanya bawa kapsul yang nak digunakan sahaja. Boleh pakai 'on the go' je letak dalam handbag atau letak dalam 'pill case'. Jadi sangat mudah untuk individu seperti Marsha yang suka travel.
Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit
Kulit Marsha adalah jenis kombinasi. Jadi sangat lah susah nak mencari produk yang serasi dengan kulit Marsha ini. Tapi dengan serum DR BEAU ni korang jangan susah hati. Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Kandungan yang ada dalam serum DR BEAU ini mempunyai manafaat untuk merawat semua jenis kulit. Tak kira samada kulit sensitif, berminyak, kering ataupun kombinasi. Semuanya sesuai kerana serum ini 'multi action' serta melembap dan menjaga kulit kering dan berminyak.
Tekstur Yang Ringan & Tidak Berminyak
Marsha ni cerewet orangnya. Tekstur produk antara yang Marsha 'pandang' dahulu kerana ia berkaitan dengan keselesaan Marsha semasa aplikasikan sesuatu produk. Kalau lepas pakai mula rasa rimas dan berat. Bermakna produk itu nanti akan jadi 'tukun' dalam almari solek...hihi.
Tekstur DR BEAU serum ini sangat ringan dan tidak berminyak. Tak terasa macam pakai apa-apa pun setelah apply dekat wajah. Walaupun kadang-kadang tu seharian di sekolah wajah masih nampak bertenaga. Bila tak rasa rimas dan kulit masih bertenaga memang best sangat!!
Tekstur DR BEAU serum ini sangat ringan dan tidak berminyak. Tak terasa macam pakai apa-apa pun setelah apply dekat wajah. Walaupun kadang-kadang tu seharian di sekolah wajah masih nampak bertenaga. Bila tak rasa rimas dan kulit masih bertenaga memang best sangat!!
Cara Penggunaan DR BEAU Pure Natural Skin Oil
Cara penggunaan DR BEAU Pure Natural Skin Oil ini semudah ABC. Hanya ambil satu kapsul untuk sekali penggunaan. Kemudian titiskan terus ke wajah dan urut wajah dengan lembut biar serum sekata di wajah. Boleh juga titiskan di telapak tangan dan ratakan ke wajah dengan urutan menaik. Supaya kulit wajah lebih tegang. Gunakan selepas mencuci muka dan pemakaian toner pada waktu malam. Dicadangkan guna setiap hari 2 kali sehari iaitu pagi dan malam untuk kesan yang terbaik.
Bab penggunaan serum DR BEAU ni Marsha sangat suka sebab tak ada masalah serum tumpah ke atau terlebih guna ke sebab satu kapsul tu dah estimate sesiap untuk sekali penggunaan. Jadi satu bekas mengandungi 20 kapsul untuk atau 20 hari penggunaan.
Review Marsha setelah Seminggu Menggunakan Serum DR BEAU
Setelah 4 hari menggunakan Serum DR BEAU ini, Marsha perasan kulit Marsha semakin lembap dan bermaya. Sebab sekarang cuaca panas hujan tak tentu jadi kulit Marsha jadi kering. Mungkin faktor kurang minum air juga. Jadi Serum DR BEAU ini membantu kulit Marsha menghidrat. Ada kawan tegur kulit wajah pun dah tak nampak kusam. Alhamdulillah happy sangat dengar.Pemakaian bedak pun smooth je tak nampak bercapuk dah lepas apply Serum DR BEAU ni. Tak perlu nak apply foundation. Serum DR BEAU ini sendiri dah membantu kulit jadi smooth. Lepas tu Marsha perasan bintik jeragat pun dah nampak makin pudar. Walaupun belum pudar sepenuhnya kerana baru 4 hari guna, tapi kesan dia selama 4 hari pakai tu sangat best. Bila jeragat dah 100% pudar nanti tak perlu nak pakai foundation untuk tutup cela jeragat.
Selebriti Lufya pun amalkan Serum DR BEAU ni tau....
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang produk Serum DR BEAU ni & juga cara pembelian boleh rujuk maklumat dibawah:
Website : Teja Herbs
Facebook: Dr Beau Malaysia
Instagram: @drbeau_official
Telefon: 016-963 3443
Marsha
Part Time Blogger Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
13 Comments
Nice. tgh cari solution masalah jeragat ni
ReplyDeleteaa. memang terbaik ni.
ReplyDeleteHarus cuba ni 👍👍👍
ReplyDeleteBotol kecil, tapi banyak kegunaan.. Jeragat ni memg tak lawa bila ade dekat muka.. Oily tak muka pakai dr beau ni
ReplyDeleteberkesan ye kak guna dr beau ni.. kita teringin nk try juga nnti
ReplyDeletemenarik produk Dr Beau..ingatkan produk luar negara...boleh la nanti akak usha websitenya nk tau harga..
ReplyDeleteGood sharing Marsha.. Kak Sue suka serum yang tak berminyak.. baru rasa selesa kan..
ReplyDeleteMemang betul tu dengan cuaca panas terik, penjagaan kulit sememangnya harus. Mya pun akan pakai serum dan krim UV sebelum keluar rumah. Tapi bagus juga Dr.Beau ni ya, pakai satu kapsul je dah cukup untuk seluruh muka.
ReplyDeleteMenarik produk dr.beau ni... Tergoda nak beli juga..
ReplyDeleteBio oil tu pun ana pernah guna. Tp skrg ana pakai dr beau je. Best sgt sebab kulit jd lembap dan sihat
ReplyDeleteWow makin cantiklah akak nnti
ReplyDeleteWow... Menarik...
ReplyDeleteBest pakai ni parut cepat pudar 😍
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)