Assalamualaikum
'Laundry' ataupun mencuci pakaian adalah salah satu rutin harian Marsha selain masak dan banyak lagi kerja-kerja rumah. Mesti korang pun sama kan? Kalau berkeluarga ni rutin 'laundry' memang kena setiap hari sebab ahli keluarga yang ramai. Kadang-kadang mencuci pakaian menjadi rutin rumah yang paling lama, membuatkan masa kurang untuk bersama keluarga terutamanya. Ini kerana pemilihan sabun pencuci yang kurang berkesan. Dah basuh tapi tak menepati kehendak. Kadang tu kotoran masih ada. Penggunaan pula adalah maksimum tapi tidak mendapat kesan yang maksimum. Buntu rasanya nak mencuba pencuci pakaian yang mana lagi serasi. Akhirnya Marsha telah menjumpai penyelesaiannya. Nak tahu?? | Masa Laundry Menjadi Lebih Singkat dengan 5X Kuasa Cucian Menerusi TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent
Masa Laundry Menjadi Lebih Singkat dengan 5X Kuasa Cucian Menerusi TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent
TOP, jenama pencuci No. 1 di Malaysia kini merevolusikan pengalaman mencuci pakaian apabila membuktikan bahawa cucian penuh kuasa didatangkan dalam pakej kompak menerusi pengenalan TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent. Ia mampu memberikan 5X kuasa cucian dengan enzim turbo yang bertindak pantas untuk mengeluarkan kotoran lebih cepat menerusi satu penutup kecil sahaja.
Rekabentuk TOP TurboClean yang kompak nyata sepadan dengan formula ultra-pekat yang ada di dalamnya. TOP telah menghasilkan Enzim Turbo yang bertindak pantas dengan 5X kuasa pembersihan bagi menghilangkan kotoran tersembunyi, terutamanya sebum dengan cepat dan efektif. Jadi, pakaian penuh yang dibasuh dengan mode basuhan ‘Quick Wash’ dapat dibersihkan secara lebih berkesan, sama seperti pakaian yang dibasuh menggunakan pencuci konvensional pada kitaran cucian penuh.
Teknologi cucian inovatif ini terdiri daripada satu formula yang lima kali lebih pekat berbanding pencuci pakaian lain. Ia juga menghapuskan air yang tidak perlu yang membuatkan kebanyakan cecair pencuci menjadi lebih cair.
Dengan pilihan kitaran cucian ‘Quick Wash’ yang lebih singkat tetapi tetap efektif, TOP TurboClean dapat menjimatkan banyak masa, penggunaan air dan tenaga elektrik. Jadi anda ada lebih banyak masa untuk diluangkan bersama orang tersayang, menikmati hobi serta “me-time’ dan “self-care” untuk diri sendiri disamping menikmati gaya hidup yang mesra alam. Memang masa Marsha sangat jimat dan boleh buat kerja lain dalam satu masa. Tak perlu nak tunggu dengan lebih lama lagi.
Enzim Turbo di dalam TOP Turbo Clean membersih secara menyeluruh dengan kombinasi Multi-Surfaktan untuk “menyerang” dan melarutkan kotoran. Muti-enzim pula dapat menembusi jauh ke dalam gentian fabric untuk menguraikan kotoran manakala Polimer pula membantu mengeluarkan sebum serta menghalang kotoran daripada terbentuk semula.
Menurut Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn. Bhd., Encik Leroy Yoon, dengan pengenalan TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent yang kompak ini, satu segmen bahan pencuci premium baharu yang berprestasi tinggi bakal dibentuk. Sasaran utama produk ini adalah pengguna yang menghargai innovasi terkini yang memudahkan rutin mencuci pakaian serta menambah baik gaya hidup mereka, selari dengan janji jenama TOP iaitu Innovation for Better Living
“Cecair pencuci ultra pekat masih tidak digunakan secara meluas di Malaysia. kami percaya bahawa TOP TurboClean akan menjadi antara yang terawal dalam kategori ini dan bakal diperkenalkan secara meluas di Malaysia. TOP sememangnya terkenal kerana inovasi termajunya demi memenuhi keperluan pengguna dan merevolusikan pengalaman mencuci pakaian.
“Detergen dengan konsentrasi ultra agak sukar didapati di Malaysia, oleh itu kami yakin TOP Turbo Clean adalah antara yang pertama dalam kategori ini yang akan semakin dikenali di Malaysia. TOP terkenal dengan innovasi cemerlang untuk memenuhi kehendak pengguna dalam merevolusikan pengalaman mencuci pakaian. Dengan TOP TurboClean kami membuktikan bahawa innovasi yang hebat boleh didapati dalam saiz yang kecil & kompak tetapi dapat menambah baik rutin seharian dan gaya hidup pengguna secara signifikan. Ia mempunyai pelbagai kelebihan – jimat separuh masa mencuci, 5X kuasa membersih, jimat ruang, jimat air & elektrik dan dapat memberikan anda lebih banyak masa terluang untuk hal-hal yang lebih penting. Kami juga menetapkan harga yang berpatutan dengan kelebihan yang diberian oleh detergen ini,” kata Encik Leroy.
Satu botol 900g cukup untuk 45 cucian dan dapat menjimatkan ruang di kawasan mencuci pakaian agar kelihatan lebih tersusun dan kemas.“Pencuci pakaian baharu kami mampu mengubah cara rakyat Malaysia mencuci pakaian,” kata Leroy. “Kami ingin memberi pengalaman mencuci pakaian yang lebih baik di rumah, dan kami yakin inovasi ini akan berjaya menarik kelompok pengguna yang lebih luas – daripada golongan professional yang sentiasa sibuk, keluarga normal sehinggalah golongan urban yang mencucui pakaian di luar kediaman mereka.”
Rekaan penutup TOP TurboClean yang pintar mengurangkan risiko tumpahan atau melebihi had yang dicadangkan untuk satu cucian. Bahan pencuci yang berlebihan boleh menyebabkan buih menjadi banyak seterusnya memberi kesan kepada pakaian dan mesin basuh. Ia juga mengakibatkan pengguna tidak dapat memperoleh jumlah cucian yang sepatutnya. 5X kuasa cucian dalam masa yang singkat, saiz botol TurboClean yang kompak. Selain itu, ia juga mempunyai semua kelebihan pencuci TOP sedia ada seperti anti-bau hapak, anti-debu hama dan anti sebum sebagai jaminan kehidupan yang lebih bersih dan sihat.
Ia sesuai untuk mesin basuh cucian atas dan hadapan, selain boleh digunakan dengan kitaran Quick Wash sekaligus memberikan anda lebih banyak masa bersama keluarga, rakan-rakan mahupun melakukan aktiviti kegemaran. Ianya boleh didapati dalam dua varian, anda boleh memilih wangian segar Power Fresh atau bau floral Power Bloom yang sensasi, ia boleh didapati di seluruh negara dalam botol kompak 900gm pada harga RM20.15 sebotol. Manakala pek isian semula berharga RM16.45 bagi setiap pek.
💓TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent in Power Fresh mempunyai haruman yang segar dan terkini untuk aroma kebersihan yang mantap.
💓TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent in Power Bloom mempunyai haruman flora yang mendakap anda dalam wangian yang romantik dan menenangkan.
Marsha
Part Time Blogger Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
2 Comments
kena cari ni.. mmg bagus
ReplyDeletepernah cuba Top. yang biasa tu.. ini belum pernah jumpa.
ReplyDeletelama tak pergi groceries shopping =D
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)