Penghargaan Untuk Guru? Calonkan Guru Favorite Korang di Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019

Assalamualaikum


Seperti yang korang semua tahu, guru adalah lilin yang membakar diri demi untuk kejayaan anak-anak murid. Apa yang guru korang buat semua adalah untuk melihat korang berjaya. Marsha juga adalah seorang guru mengikut jejak langkah abah. Alhamdulillah dah tahun ke 7 berkhidmat sebagai seorang guru dan sangat mencintai profession ini. Kepuasan kami sebagai seorang guru bila tengok anak-anak murid cermerlang dalam JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan juga Intelektual. Itu sudah memadai bagi kami sebagai seorang yang bergelar GURU. Entry kali ni Marsha nak share satu program yang telah dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia sebagai penghargaan untuk guru-guru yang berkorban masa dan tenaga demi untuk anak-anak murid mereka. Jom baca | Penghargaan Untuk Guru? Calonkan Guru Favorite Korang di Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019

Penghargaan Untuk Guru? Calonkan Guru Favorite Korang di Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019



Kalau korang nak tahu, Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan Anugerah tahunan yang dianjur dan dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada para guru yang melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik. Tahun ini merupakan tahun ketiga inisiatif ini dilaksanakan, dan ia telah dilancarkan pada 1 Mac 2019 oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee bin Malik sempena Hari Guru yang bakal tiba pada 16 Mei kelak. Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia



Setiap penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru. Wah sangat lumayan kan?? Ia adalah untuk penghargaan guru kesayangan korang. Jadi apa salahnya kan?? Tapi yang membuat pencalonan juga tetap mendapat hadiah tau!! Pencalon guru tersebut pula akan menerima baucar McDonald’s bernilai RM200. Haa....best!!


Ada pelbagai kriteria yang akan diambilkira dalam pemilihan pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s yang bakal menerima wang tunai bernilai RM5,000 ini. Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha meningkatkan pencapaian pelajar, teknik pengajaran yang inovatif, tindakan melebihi tugas-tugas hakiki untuk membantu pelajar dan juga impak positif guru terhadap diri pelajar. 


Cara-cara Membuat Pencalonan

Cara-cara nak buat pencalonan sangat senang. Semudah ABC orang kata....hihi. Meh tengok cara nya:

  1. Pergi ke link: https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominate
  2. Isi maklumat korang / pencalon
  3. Isi maklumat guru yang nak dicalonkan
  4. Jika ada buat video youtube boleh letak link di bahagian ke 3 (Optional)
  5. Tekan butang HANTAR.
Senang je kan? 

Yang paling penting, korang kena buat pencalonan dengan CEPAT tau sebelum tarikh tutup pencalonan iaitu 31 MAC 2019.

Untuk korang lebih faham lagi tentang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s ni boleh tengok video dibawah:


Bila tengok video ni memang sangat-sangat rasa terharu. Jadi kalau korang nak memberikan penghargaan kepada guru kesayangan korang yang sanggup berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk melihat korang berjaya, Marsha memang suka korang buat pencalonan guru korang di Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s ini. Melalui program yang khas ini kita mempunyai peluang untuk mengiktiraf guru kita di mata semua. Melihat bagaimana pengorbanan seorang insan yang bergelar guru berkorban untuk anak didik mereka.

Cepat Bertindak!!

Jadi, korang semua kena cepat buat pencalonan di link dibawah sebelum 31 MAC 2019 ini.

https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominate

Maklumat lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 boleh didapati di https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi

Jom buat pencalonan sekarang!!

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

4 Comments

  1. teringat zaman sekolah dedulu. haih.. rindu yang x dapat diulang lagi =D

    ReplyDelete
  2. hargailah guru anda. mungkin ini hanya kecil saja usaha, tapi mungkin ini bermakna bagi guru kita

    ReplyDelete
  3. besar pengorbanan seorg guru

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us