Assalamualaikum
Alhamdulillah 13 April 2019 lepas Marsha dah selamat bersalinkan Baby T. Eh awat asik panggil Baby T? Sebabnya namanya belum berdaftar lagi. Jadi Marsha tak boleh nak reveal lagi. Jadi buat masa ni Marsha panggil dengan nama Baby T dulu ok. Ok usai Baby T keluar, Marsha dah sediakan set penjagaan bayi khas untuk Baby T dari Joielle Baby. Jadi 1 set Newborn dari Joielle Baby menjadi pilihan Marsha. Marsha memang memilih set penjagaan bayi dari Joielle Baby kerana ianya sesuai untuk kulit bayi yang sensitif. Nak tahu apa yang ada dalam Newborn Set dari Joielee Baby ini? Jom baca 👉 Set Penjagaan Bayi Pertama Baby T | Joielle Baby Menjadi Pilihan Marsha Untuk Kulit Bayi Sensitif
Set Penjagaan Bayi Pertama Baby T | Joielle Baby Menjadi Pilihan Marsha Untuk Kulit Bayi Sensitif
Memang sedia maklum, bayi baru lahir akan mempunyai kulit yang agak sensitif sebab kulit masih dalam fasa awal. Jadi jika kita menggunakan set penjagaan bayi yang mempunyai bahan kimia yang tidak sesuai, ia mungkin akan membuat kulit bayi keradangan atau naik ruam. Jika bayi mengalami masalah kulit seperti ekzema, penjagaan lebih rapi diperlukan. Jadi, memikirkan kulit bayi yang mudah terkesan dengan kesan yang buruk, Marsha memilih set penjagaan bayi dari Joielle Baby untuk Baby T.
Untuk pengetahuan, Joielle Baby ini telah berada di pasaran selama 4 tahun dan pakar dalam bidang penjagaan bayi. Ia juga menghasilkan produk bayi yang berkualiti mematuhi piawaian tertinggi yang telah ditetapkan dalam penjagaan bayi. Percaya bahawa setiap bayi layak mendapat keselesaan, keselamatan dan kegembraan mutlak, Semua produk Joielle Baby telah diuji secara dermatologi oleh Badan Pesijilan Eropah. Lebih memfokuskan kepada masalah kulit bayi dari kepala hingga hujung jari dalam setiap produk mereka. Untuk maklumat lanjut korang boleh terus ke website Joielle Baby.
Menurut Pengasas Joielle Baby, Puan Nabilah Abdullah " Kami bangga dengan apa yang kami lakukan dan prosuk yang kami jual kepada ibu kami. Kami memastikan bahawa produk kami adalah sesuatu yang kami sendiri akan guna sbagai ibu untuk anak-anak juga untuk diri kita sendiri. Banyak kajian telah dibuat untuk membuat produk kami".
Menurut Pengasas Joielle Baby, Puan Nabilah Abdullah " Kami bangga dengan apa yang kami lakukan dan prosuk yang kami jual kepada ibu kami. Kami memastikan bahawa produk kami adalah sesuatu yang kami sendiri akan guna sbagai ibu untuk anak-anak juga untuk diri kita sendiri. Banyak kajian telah dibuat untuk membuat produk kami".
Produk Di Dalam Newborn Set Joielle Baby
Nak tahu apa yang ada dalam Newborn Set dari Joielle Baby ni?
- JOIELLE BABY CREAM 100GM
- JOIELLE BABY OIL 250ML
- JOIELLE BABY LOTION 250ML
- JOIELLE BABY SHAMPOO 250ML
- JOIELLE BABY BATH 250ML
- JOIELLE BABY CHEST & TUMMY RUB 60GM
- JOIELLE BOX SET
JOIELLE BABY CREAM 100GM
Kebaikan:
Joielee Baby Cream ini membantu melegakan masalah ruam pada bayi. Ada 2 jenis ruam iaitu:
1. Ruam Panas (Ruam panas juga dikenali sebagai ruam gatal berbintik kecil dan merah (prickly heat atau miliaria) merupakan keadaan biasa yang berlaku kepada bahagian kulit yang boleh menjadi tersangat gatal.)
2. Ruam Susu (Ruam paling biasa adalah ruam susu. Ruam ini kelihatan seperti ruam merah pada bahagian dagu, pipi atau hidung bayi yang baru lahir. Bagi bayi yang lebih tua, ia kelihatan seperti jerawat putih pada muka atau bahunya.
Cara Pengunaan :
JOIELLE BABY OIL 250ML
Kebaikan:
Kebanyakan produk Joielle Baby diperkayakan dengan Aloe Vera dan juga Vitamin E dan menggunakan kebanyakan dari bahan-bahan semulajadi. Ia juga berbau harum di masa yang sama membaiki dan membantu masalah kulit bayi yang sensitif. Jom tengok kebaikan Aloe Vera dan Vitamin E:
Joielle Baby Oil ini membantu meberikan kelegaan kepada kulit bayi selepas mandi dan membuatkan kulit bayi rasa halus dan lembap. Ia juga membantu melegakan masalah Kerak Kepala pada kulit kepala bayi (“Infantile seborrheic dermatitis”, yang juga dikenali sebagai ‘cradle cap’, menyebabkan tompokan sisik di kulit kepala. Walaupun tidak serius, ia boleh mengakibatkan kerak yang keras dan sisik putih atau kuning.)
Cara Penggunaan
JOIELLE BABY LOTION 250ML
Kebaikan:
Bau Joielle Baby Lotion ini sangat wangi. Teksturnya juga lembut untuk kulit bayi. Hmmm....Marsha pun tumpang pakai sebab lembut sangat teksturnya...hihi
Cara Penggunaan
JOIELLE BABY SHAMPOO 250ML
Kebaikan:
Joielle Baby Shampoo ini sesuai untuk melegakan masalah Kerak Kepala (“Infantile seborrheic dermatitis”, yang juga dikenali sebagai ‘cradle cap’, menyebabkan tompokan sisik di kulit kepala pada bayi. Walaupun tidak serius, ia boleh mengakibatkan kerak yang keras dan sisik putih atau kuning.)
Cara Penggunaan:
JOIELLE BABY BATH 250ML
Kebaikan:
Joielle Baby Bath membantu melegakan beberapa masalah yang biasa dialami oleh bayi terutamanya yang mengalami kulit yang sensitif. Baby T pun cepat naik ruam bila berpeluh. Sekarang ni cuaca di Ipoh memang panas. Jadi ruam yang dialami oleh Baby T mengandungi biji air yang bernanah. Antara masalah yang lain ialah:
👉Ruam Lampin (Ruam Lampin merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi dan kawasan alat sulit bayi)
👉Eczema - Gatal-gatal dan berair atau kering mengelupas(Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk)
👉Ruam Panas (Ruam panas juga dikenali sebagai ruam gatal berbintik kecil dan merah (prickly heat atau miliaria) merupakan keadaan biasa yang berlaku kepada bahagian kulit yang boleh menjadi tersangat gatal).
👉Ruam Susu (Ruam paling biasa adalah ruam susu. Ruam ini kelihatan seperti ruam merah pada bahagian dagu, pipi atau hidung bayi yang baru lahir. Bagi bayi yang lebih tua, ia kelihatan seperti jerawat putih pada muka atau bahunya)
Cara Penggunaan
JOIELLE BABY CHEST & TUMMY RUB 60GM
Diperkaya dengan Eucalyptus, Rosemary dan juga Peppermint membuatkan bayi rasa lebih nyaman dan lega.
Kebaikan:
Joielle Baby Chest & Tummy Rub ini membantu bayi dalam masalah kembung perut terutamanya. Baby T tidak diganggu masalah kembung perut setelah konsisten menggunakan setiap kali lepas mandi.
Cara Penggunaan:
Semua rangkaian produk Joielle Baby ini bebas S.L.S, Paraben, Steroid dan yang paling Marsha suka ia HALAL.
Untuk dapatkan semua produk yang Marsha share ini, tak kira nak beli loose ke, nak beli set newborn macam Marsha bersama gift box yang comel ni ke, korang boleh dapatkan di kedai-kedai :
- Penjagaan ibu
- Mid Valley Megamall
- Happikiddo
- Citta Mall Outlet
- Babyland SS2
- Pick A dress (Airul Khairiyah)
- Bangi
- Tateh
- Babyku
- Moms House Baby Shop
- Fabulous Mom
- Marrisa Shoppe
Berita Baik
Kalau korang nak dapatkan produk Joielle Baby seperti Marsha ni, Marsha ada berita baik untuk korang tau!! Dapatkan 10% diskaun dengan setiap pembelian di website Joielle Baby. Gunakan kod kupon dibawah untuk dapatkan 10% diskaun. Banyak tu!!
Coupon code : marshaliza02
Maklumat Lanjut
Website :
Instagram :
Facebook :
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
10 Comments
Comelnya set ni. Nampak sgt berguna utk anak anak
ReplyDeleteBestnya, mesti baby T suka ada 1 set penjagaan dia. Senang dah, Marsha. Btw, TAHNIAH !
ReplyDeleteLengkap ya semua dalam satu set..
ReplyDeleteWah satu set lengkap barang dia.. Mcm beat je tengok.. Packaging pin comel je
ReplyDeleteBagusnya ada set skincare baby ni.. Bahan2 dia pun natural je..
ReplyDeleteWah Toly Joy pon dah ada produk baru.. 17 tahun dulu, masa Fatin baby pon guna Toly joy.. Masa tu Toly joy brand senang dapat kat pasaraya. Toly joy dah up sekarang tahniah..
ReplyDeleteset skincare ni wangi gile...
ReplyDeleteBagus ada set untuk baby ni senang takyah beli satu2
ReplyDeleteoh sesuai untuk kulit sensitif ye? Bagus sangat la untuk bayi.
ReplyDeleteThis set is good as presents for baby shower or baby party. Nanti i will check it out.
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)