Trip Travel Bersama Team BPT | Seharian Discover Lost World of Tambun 2019

Assalamualaikum


Kali ni trip travel Marsha bersama Team Blogger Pantai Timur ke Lost World of Tambun (LWOT) yang lokasinya di area Tambun, Ipoh. Ini kali pertama Marsha ke LWOT bersama Team BPT dan kali ke 2 Marsha kesini. Dah 7 tahun mengajar kat sini tapi ini baru kali ke 2. Sebab masa tak mengizinkan. Kerja hakiki terpaksa didahului...hihi. Ok jadi alang-alang cuti sekolah bulan Mac lepas kami 4 family dari Team BPT buat gathering di Ipoh dan plan untuk discover LWOT. Kenapa 4 family je? Sebab ini je yang boleh join. Yang lain dah ada program masing-masing dan ada yang bekerja. Ok Marsha sangat excited nak kongsi dengan korang. Jom baca, Trip Travel Bersama Team BPT | Seharian Discover Lost World of Tambun 2019

Trip Travel Bersama Team BPT | Seharian Discover Lost World of Tambun 2019

Kalau ke Ipoh, Perak memang tak sah kalau tak singgah ke LWOT ni. Memang ramai terutamanya bila cuti sekolah bukan sahaja pelancong dari luar, malah penduduk tempatan pun ramai yang menghabiskan cuti bawa anak-anak ke LWOT ni. LWOT adalah salah satu tarikan yang HOT jika bercuti ke Perak khususnya Ipoh.

Sebelum masuk ke LWOT kami dah bersarapan di Mc Donald's Sunway City, Tambun. Usai mengisi perut kami terus ke LWOT sebab taknak lepaskan peluang untuk menghabiskan masa seharian di sana. 

Tentang Lost World of Tambun (LWOT)


Lost World of Tambun (LWOT)  adalah destinasi keseluruhan keluarga yang penuh dengan pengembaraan. Keajaiban alam ini dikelilingi oleh hutan tropika yang rimbun, mata air panas semulajadi, ciri-ciri batu kapur yang menakjubkan dari 400 juta tahun dan tujuh taman tarikan yang menakjubkan menjadikannya destinasi siang dan malam yang muktamad untuk lawatan unik eko-pengembaraan untuk pengunjung dari semua peringkat umur . Tidak jauh dari Lost World Hotel, bilik penginapan yang sempurna selepas melalui hari pengembaraan yang panjang. 

Lost World Of Tambun menawarkan bukan sahaja "Lost Paradise" yang menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan dan sihat untuk semua peringkat umur tetapi juga persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan pelbagai unsur pendidikan yang menyeronokkan di sekitar taman tema. Kami juga satu-satunya taman tema di Asia Tenggara dengan mata air semulajadi ditambah pula dengan pelbagai tarikan dan tunggangan. 

Entiti perniagaan dan kumpulan MICE boleh menjalankan aktiviti team building atau mesyuarat  mereka di mana-mana 7 bilik di hotel dan di lokasi taman tema (termasuk Gua Kepura) yang menawarkan kapasiti antara 10 hingga 200 orang. 

Kami bangga kerana dapat memulihkan tempat kebanggaan pencarian timah  ke mercu tanda ikon yang kini menempatkan Lost World Of Tambun pada peta pelancongan Malaysia. Inilah sebabnya kita adalah "Bukan Hanya Taman Tema!"

Tarikan Di Lost World Of Tambun

Mempunyai 2 tarikan utama iaitu Taman Tema dan juga 'Night Park' memang memberikan kepuasan yang menyeluruh pada pengunjung. Keseluruhannya ia mempunyai 64 tarikan, 10 taman dan 109 spesis haiwan. Banyak kan? Memang kalau ke LWOT kena spend seharian paling minimum pun. Jadi jom kita tengok tarikan yang ada di Taman Tema dan 'Night Park'.

Taman Tema



  • Lost World Water Park
  • Lost World Amusement Park
  • Lost World Tin Valley
  • Lost World Tiger Valley
  • Lost World Petting Zoo
  • Lost World Adventure Park
Lost World Adventure Park

Night Park


  • Lost World Hot Spring Night Park
  • Lost World Hot Springs & SPA
  • Luminous Forest
  • Crystal SPA


Pengalaman Team BPT di Lost World Of Tambun (LWOT)

Kami ke LWOT jam 12 tengahari dan disambut mesra oleh staf LWOT kemudian kami dipakaikan tiket yang berbentuk gelang tangan yang kalis air sebab nanti nak mandi-manda kan. So kami dibawa pusing ke tempat-tempat yang kering dulu seperti Lost World Petting Zoo, Animal Care Center dan banyak lagi. Kemudian, kami di bawa ke kawasan Lost World Glamping untuk lunch.

Lost World Petting Zoo

Lost World Petting Zoo

Lost World Petting Zoo

Capture kenangan di Lost World Petting Zoo

Animal Care Center

Animal Care Center



Usai lunch kami dibawa ke Tiger Valley untuk melihat persembahan atau 'feeding time' untuk harimau. Kemudian kami ke kawasan Lost World of Glamping sekali lagi untuk minum petang dan diberikan masa sendiri untuk menerokai keseluruhan LWOT ini. Jadi kami salin baju untuk mandi siap-siap...hihi.

Tiger Feeding Time


Sebelum kami mandi-manda di Taman Tema Air, kami ke HIPPO Kingdom dulu untuk melihat badak air dari jarak dekat. Biasa tengok dekat zoo pun banyak yang duduk dalam air kan. Jadi kat Hippo Kingdom ni kita boleh tengok dari dalam air. Mak ai....beso betul. Baihaqi nangis tengok...hahaha. Kat Hippo Kingdom ni juga ada beberapa haiwan liar seperti dubuk. Hmmm...dubuk dalam TV nampak kecik tapi ini menggerunkan...hihi

Underwater View


Besar kan HIPPO
Dubuk



Kemudian setelah pusing satu HIPPO Kingdom baru lah kami semua ke water park. Haa...kat sini kami berpecah bawa haluan masing-masing melayan anak-anak. Sempat juga berendam dalam kolam air panas. Kolam air panas pula menarik sebab ada suhu-suhu tertentu. Ada sampai suhu 40++. Marsha tak tahan kepanasan...hahaha.

Sebahagian Water Park

Pool Air Panas

Pool Air Panas

Anak-anak memang seronok main permainan, mandi di Lost World Water Park, merasai berendam dalam air panas di Lost World Hots Spring & SPA, boleh belajar tentang haiwan di Lost World Petting Zoo, berkenalan dengan badak air, dubuk dan banyak lagi.

Kalau nak merasai pengalaman mendulang timah pun boleh. Di Lost World Tin Valley, akan ada staff yang akan membantu untuk kita mendulang timah dengan betul. Untung-untung dapat timah. Ye dak??..hihi
Tin Valley


Salah seorang anak kawan cuba mendulang


Jom Mendulang

Untuk lebih tarikan, di sepanjang jalan ada kiosk untuk pengunjung mencuba nasib bermain permainan. Kalau berjaya dapat voucher dan juga coklat tau!!

Cuba Nasib Main Game


Malam pula merasai pengalaman di Luminous Forest, juga menonton persembahan-persembahan yang menarik yang dijadualkan pada waktu malam.

Luminous Forest


Penat tapi berbaloi seharian berada dalam LWOT ini merasai pengembaraan yang sangat seronok dengan pelbagai tarikan yang sangat menarik. Memang lepas ni macam nak pegi lagi dan mungkin nak 'stay in' pula di Lost World of Glamping. Kita 'stay in' dalam khemah pula cari kelainan..hihi.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut dan waktu operasi tentang LWOT ini korang boleh rujuk maklumat yang Marsha sertakan di bawah:

Waktu Operasi


THEME PARK

Open Mon-Fri: 11:00am till 6:00pm
Weekends, School and Public Holidays: 10:00am till 6:00pm
Closed on Tuesday, except on Malaysian school & public holidays.

LOST WORLD HOT SPRINGS NIGHT PARK

Open daily: 6:00pm till 11:00pm
Crystal Spa Treatment: 12.00 noon till 11:00pm
Luminous Forest: 8:00pm till 10:00pm


Alamat:

Sunway Lost World Water Park Sdn. Bhd. (240342-P)
No.1, Persiaran Lagun Sunway 1,
Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan,
Malaysia

Theme park tel: 
+605 542 8888
Hotel tel:
+605- 540 8888
Fax: 
+605- 542 8899

Email: 
lostworldoftambun@sunway.com.my



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

13 Comments

  1. Wahhhh banyak binatang kat Zoo Lost World ye. Tak pernah tahu pun hehe. Ade rezeki nanti boleh pegi. In shaa Allah

    Saya follow sini!♡
    [Jemput blogwalking blog saya] :)

    ReplyDelete
  2. best sgt mar... mcm2 ada kat Tambun Lost World ni eh

    ReplyDelete
  3. Belum pernah sampai pagi kat sini. .Mcm2 ada noh

    ReplyDelete
  4. Last pergi sini masa awal mengandungkan Syafi 5 tahun lepas. Lepas ni plan nak bawa Syafi g sini pulak.

    ReplyDelete
  5. TEMPAT SANTAI MENARIK BERSAMA KELUARGA

    ReplyDelete
  6. penah ke LWOT ni..mmg best..kalau bawak budak2 mmg suka la dorang..kenalkan dorang secara face to face dengan haiwan-haiwan ni..mandi kolam tu mmg aktiviti wajib la klu ada budak2 ni...

    ReplyDelete
  7. bestnya... tak pernah sampai sana lg...
    mcm2 aktiviti betul blh bt ye

    ReplyDelete
  8. best gilaaaa. ray suka sgt pergi zoo. i'll be in awww each and every time.

    ReplyDelete
  9. Menariknya, ada petting zoo lagi, mesti anak2 suka.

    ReplyDelete
  10. kayanya seru ngajak anak ke sini wisata sambil edukasi.

    ReplyDelete
  11. wow bestnya LWOT ni mama penah sampai sekali aje

    ReplyDelete
  12. saya ada 2 tiket percuma ke lost world ni. tak tahu bila boleh pergi ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us